Usahwan dan bintang selebriti, Asyraf Mazlan dan isterinya, Natasya Nazreen telah mengumumkan jantina kandungan anak sulungnya.

Perkara itu dikongsikan Natasya di Instagram miliknya pada Ahad.

“Its a GIRL,”tulisnya ringkas sambil disertakan kredit kepada beberapa pihak yang terlibat dalam majlis baby shower di Ampang, Kuala Lumpur.

IKLAN

Bertemakan warna merah jambu, pasangan sama cantik sama padan itu turut membuka ruangan komen kepada peminat untuk mencadangkan nama bayi mereka.

Terdahulu, pasangan ini diijabkabulkan pada 17 Ogos 2019.

Difahamkan, Natasya bakal melahirkan anak sulung pada bulan Ogos depan.

Foto : Instagram Asyraf Mazlan, Natasya Nazreen