Pelakon, Zizie Ezette akhirnya berkongsi jantina anak ketiganya.
Dia berbuat demikian dalam satu majlis ringkas dipercayai untuk mengumumkan jantina anak yang dikandungnya itu.
Zizie yang juga merupakan isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin turut berkongsi foto semasa majlis itu berlangsung di laman Instagramnya.
“Girl, See you in March my sweet lil angel. #InsyaALLAH,” tulisnya.
Dalam pada itu, di ruangan komen dipenuhi dengan ucapan tahniah oleh netizen.
Zizie berkahwin dengan Bung pada tahun 2009 dan dikurniakan anak kembar pada 29 Disember 2017 iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette menerusi pembedahan.
Aktres itu juga mempunyai dua anak angkat, Naila Nurjenna, 3, dan Aaric Zayn Izette, 1.
Foto/Instagram: Zizi Ezette
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Yes! Thats My Sister, I Love You,” – Uqasha Bangga Raysha Rizrose Tonjol Kebolehan Menyanyi 12 Lagu Finalis AJL35
Pelakon Raysha Rizrose ada memuat naik satu klip pendek rakaman muzik video dia bersama rakan artis lain yang menyanyikan 12 lagu yang bakal bersaing di pentas Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL35).
Selain Rasyha, turut sama tampil menyumbangkan suara ialah penyanyi Azmi Saat, Dean Eiman dan Hannah Delisha.
Aktres berusia 24 tahun optimis lalu meluahkan rasa gembira dan syukur atas peluang yang diberikan dan berharap peminat terhibur menonton muzik video hasil kerjasama Valient Music itu.
Perkara tersebut dikongsikan Dewi Remaja 2015 ini menerusi satu posting di Instagram.
“AJL 35 medley. blessed to be given this opportunity. thank you @valientmusic. Pengalaman berkolaborasi dengan barisan penyanyi professional @hannahdelisha @azmi_saat @deaneiman.
“Hope you guys like it cause gosh ive been so anxious plus excited nak korang dengar! Let me know what you think!,” tulisnya.
Dalam pada itu, kakak kepada Raysha iaitu pelakon Uqasha Senrose juga meluahkan rasa bangga dengan adiknya yang turut berkebolehan dalam bidang nyanyian.
“MasyAllah so proud of you my sister dada sayang. @raysharizrose. Yes! thats my sister, i love you dada,” tulisnya.
Selain Uqasha, peminat turut memberikan komen positif selepas menonton perkongsian tersebut dan rata-ratanya turut memuji penampilan Raysha bersama artis lain.
Versi penuhnya boleh ditonton menerusi YouTube dan sehingga kini ia sudah pun ditonton lebih 200,000 kali.
AJL35 bakal bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam pada 14 Mac depan di TV3.
Foto: Instagram Raysha Rizrose
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Gayut Tiap Hari,”- Ini Respon Niena Azman Bila Ramai DM Fizikal Rendah Si Suami, Rody Kristal
Kata orang,jika si isteri lebih tinggi dari suami, pastinya murah rezeki.
Begitulah yang dialami pasangan Niena Azman dan suaminya Rody Kristal.
Niena yang juga penjaga gol futsal kebangsaan baru-baru ini ada memuat naik foto bersama Rody di Instagram.
“Bila dpt suami rendah ? klu la @adithya_jabbar tggi esok.. boleh la jd menara KLCC bile amek gambar ???
“ Apa pun percaya ketentuan Allah jodoh kte tu sentiasa melengkapi.. ada jugak DM mcm ne nk handle klu patner rendah.. senang je suruh diorg gayut tiap2 hari ??? ok! gurau je ?
“Insyallah xde kemalangan jiwa, just kte kene terima diorg bkn sb fizikal tp sb keperibadian mereka ❤ spread more love, pasti diorg nmpk cute dgn kependekkan diorg,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Nur Izwani ? Dekno ? (@niena_azmann) on
Lalu, netizen telah meninggalkan komen yang pelbagai terhadap fizikal pasangan itu.
Untuk rekod, pasangan tersebut berkahwin pada 27 April tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata sulung Adithya Jabbar, 3 bulan.
Foto: IG Niena
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cecah Usia 30 Hari, CP Juliana Evans Bawa Anak Hirup Udara Segar!
Pelakon Che Puan Juliana Evans berkongsi foto bersama anaknya, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah yang berusia 28 hari.
Perkara itu dikongsikan bintang filem Kami di Instagramnya.
“Baby Kamiliah deserves a day outside because she is 1 month old today!
“So we took her out to her grandparents house for a visit and some sunshine.
“Just made sure I wear an outfit that’s easy for breastfeeding to fulfil Mily’s demands,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Juliana Sophie Evans (@julianaevans) on
Difahamkan, Juliana sedang menuju ke rumah ibu bapanya sambil bergambat bersama Kamiliah yang berada di dalam stroller.
Terdahulu, Juliana berkahwin dengan Tengku Shariffuddin Shah pada April 2017.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah pada 12 Julai lalu.
View this post on InstagramA post shared by Juliana Sophie Evans (@julianaevans) on
Foto: Instagram Juliana Evans
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI