Penyanyi, Faizal Tahir ada membuat pengumuman mengejutkan menerusi sebuah video di laman Instagram miliknya.

Video tersebut menceritakan tentang album terbaru yang akan dikeluarkan oleh penyanyi lagu Ragaman iu yang berjudul Rojak.

View this post on Instagram

Terima kasih. My last album ever. #WeRojak

A post shared by FT (@faizal_tahir) on

“Kita semua di Malaysia ini adalah Rojak. Kita Rojak disebabkan oleh orangnya. Orangnya Rojak, budayanya Rojak dan bahasanya Rojak.

“Kerana itu ianya sangat menarik dan sebab itu saya memilih nama Rojak untuk album ini kerana ia melambangkan Malaysia,” katanya menerusi video tersebut.

IKLAN

Namun, apa yang mengejutkan ramai pihak apabila Faizal mengumumkan bahawa album tersebut bakal menjadi album terakhirnya.

“One thing about this album, its actually my last album,” tulisnya.

Lantaran itu, video tersebut telah mendapat hampir 140,000 tontonan malah turut dihujani lebih 2,000 komen di Instagram.

IKLAN

Sehingga kini masih tiada pengumuman lanjut mengenai perkara berkenaan dan ia masih menjadi tanda tanya dikalangan peminat.

Melihat diruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut terkejut mendengar pengumuman tersebut.

“Its Actually My Last Album,”- ‘Rojak’ Sebagai Album Terakhir, Pengumuman Faizal Tahir Buat Peminat Terkejut? “Its Actually My Last Album,”- ‘Rojak’ Sebagai Album Terakhir, Pengumuman Faizal Tahir Buat Peminat Terkejut? “Its Actually My Last Album,”- ‘Rojak’ Sebagai Album Terakhir, Pengumuman Faizal Tahir Buat Peminat Terkejut?

IKLAN

Faizal Tahir yang sinonim dengan jolokan ‘Superman’ itu memulakan karier nyanyiannya apabila menyertai pertandingan realiti One In A Million.

Untuk rekod, Faizal telah pun memiliki empat album sebelum ini iaitu Aku Muzik Kamu, Adrenalin, Faizal Tahir, Anatomi dan yang terbaru Rojak.

Sumber: Instagram Faizal Tahir

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI