Melayangkan status persediaan untuk proses melahirkan anak pertama, Kaka Azraff yang kini sedang menunggu hari telah mendapatkan rawatan di hospital.

Kongsinya, dia telah menerima tanda awal untuk melahirkan anak.

Its almost time. Bismillah,” tulisnya.

“Its Almost Time,” Sudah Turun Tanda, Namun Kaka Azraff Terima False Alarm!

IKLAN

Namun, pada perkembangan terkini, penyanyi Bukan Hal Aku ini telah menguar-uarkan bahawa ia hanya sekadar ‘falsa alarm’, namun meluahkan penghargaan atas doa yang dititipkan ke atasnya.

Terima kasih kepada yang bertanya dan doa-doa yang dikirimkan. Namun Kaka masih lagi belum ditahan kerana ia hanya false alarm.

IKLAN

“Namun ia bagus untuk kami kerana membuatkan kami lebih bersedia lebih-lebih lagi Adam.

Doakan semuanya okay. Kaka dan baby dalam keadaan yang baik,” katanya menerusi Insta Story.

IKLAN

Kaka dan Adam Azriff, 25, mendirikan rumah tangga pada 14 Disember lalu.

Foto : Instagram Kaka Azraff

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI