“Its Feel Like Couture Week At KKM,” – Jovian Mandagie Terhibur Keletah Netizen Bandingkan Jenama PPE Di Hospital

Share

Gaun khas Peralatan perlindungan diri (PPE) rekaan khas Jovian Mandagie sebagai penghargaan buat kakitangan barisan hadapan hospital disifatkan cukup fashionable.

Malah barisan frontliner sempat berseloroh tidak perlu menempah baju raya Aidilfitri kerana PPE Jovian Mandagie sudah memadai.

Pereka terkenal ini turut terhibur dengan layangan tweet yang mengatakan suasana di pusat kesihatan kini bagaikan pusat fesyen, masing-masing bertanya PPE mereka daripada pereka mana.

“The hospital be like dude u pakai siapa punya. Melinda Looi, omg, u pulak Jovian and it feels like couture week at KKM,” kongsi Jovian.

Netizen turut memberikan reaksi dan berbangga dengan sumbangan yang dicurahkan pereka fesyen terkenal tanah air.

Foto : Instagram Jovian Mandagie

Published by
Noraini Abd Wahab