Selepas dikritik gara-gara dikatakan berkongsi tips mencuci semula topeng muka pakai buang, pelakon senior, Sheila Mambo akhirnya tampil menjelaskan mengenai kekeliruan tersebut.
Menurut Sheila, perkongsiannya itu hanyalah sebagai salah satu langkah alternatif terutamanya buat mereka yang mempunyai akses yang terhad terhadap penggunaan topeng muka.
“Ok biar saya jelaskan niat saya sebenarnya. Saya nak menegur sesetegah pemakai mask secara terus terang pada orang yang saya tak kenal takut nanti mengaibkan mereka.
“Jadi secara sopan memberi tunjuk ajar lebih baik, sebab kita tak tahu kemampuan seseorang. Ada yang paling tak sedap mata memandang, mask diaorg kotor sangat-sangat.
Ads
“Dah tak nampak warna putih (Malah saya juga pernah beri mask yang saya selalu bawa extra pada orang yang kadang-kadang org tua, pakai mask yang 1 lapis, ada yang getah dah putus. Ada yang anak ramai tapi yang pakai hanya dua anak, yang dua lagi tiada kata ibunya tak cukup.),” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem Mami Jarum itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Jelas Sheila lagi, selepas memuat naik video tersebut, dia meluahkan rasa syukur kerana ramai yang menghantar mesej peribadi kepadanya untuk memberikannya ‘reusable face mask’.
Ads
“Its just a General Education”
Dengan asbab video saranan saya semalam, ramai yang dm saya nak bagi mask percuma yang boleh pakai cuci.
“Allahuakbar. Rupanya ramai manusia yang sangat tinggi budi dan keperihatinan mereka. Terima kasih banyak-banyak semoga Allah permudahkan segala urusan semua.
“Jangan kritik, kutuk atau cemuh saya. InshAllah kita doa semoga Covid19 pergi terhapus,” kongsinya lagi.
Ads
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi yang pelbagai terhadap penjelasan yang dibuat oleh Sheila itu.
Semalam, pelakon tersebut ada memuat naik sebuah video berkongsi bagaimana caranya untuk mencuci semula topeng muka yang baru dipakai tidak sampai dua jam.
Perkongsian tersebut nyata mengundang reaksi pelbagai daripada netizen yang dilihat kurang bersetuju dengan cara yang ditunjukkan oleh Sheila itu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas usahawan, Liana Rosli selamat melahirkan anak keempatnya minggu lalu, puteri yang diberi nama Cinta Carissa itu menjadi perhatian kerana dikatakan sudah pun mempunyai gigi.
Bukan sahaja dipuji kerana kecomelannya sebelum ini, namun video yang dikongsi Liana atau sinonim disapa sebagai Kak KM di Instagram yang merakam bentuk gigi dan gusi anaknya yang baru berusia dua hari ketika itu menjadi buah mulut.
Malah hantaran tersebut sudah pun menerima lebih 120,000 tontonanbersama komen pengikut yang turut berkongsikan pengalaman masing-masing.
Serentak dengan itu, Kak KM meluahkan rasa syukur dengan anugerah yang dikurniakan.
“Alhamdulillah anak mama bawak tuah. Hari kedua dah tumbuh gigi,” tulisnya ringkas.
Cinta Carissa dilahirkan secara normal dengan berat 3.80kg.
Untuk rekod selain Cinta, Liana dan suaminya Razman Ramli juga dikurniakan dua anak perempuan serta seorang lelaki iaitu Nabila Razman, 18, Fariz Razman, 14 dan Rania Razman yang berusia 11 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instgaram Liana Rosli
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Aduh tersentuh kami apabila membaca kisah dua beradik yang mengayuh basikal selama lima jam hanya untuk bertemudengan ayahnya di penjara.
Kisah dua beradik ini telah menjadi viral serta mendapatsimpati orang ramai setelah salah seorang pengawalkeselamatan bertugas bernama Apichai Mahtong di PenjaraKantharalak, Thailand memuat naik ceritanya di Facebook.
Tulisnya, dua bradik yang telah mengayuh basikal dari jam 7.30 pagi sehingga 12.10 tengah hari itu menjadi hampaapabila mengetahui hari yang mereka hadir itu bukanlah hariyang dibenarkan untuk melawat.
Menurutnya lagi kanak-kanak tersebut juga ada membawatelefon bimbit namun telah retak kerana terjatuh sewaktudalam perjalanan.
Dengan rasa tersentuh, pengawal tersebut telah membawamereka berdua ke pejabat penjara dan memberitahu bilakahtarikh bapa dibebaskan.
Walaupun bersedih kerana tidak dapat berjumpa dengan bapatercinta namun kedua-dua mereka ketawa riang apabilamengetahui berita kebebasan bapa mereka.
Simpati dengan nasib menimpa dua beradik, Apichai telahmemberi sebahagian daripada wang pembelanjaannya padadua beradik ini.
Malah pengawal tersebut juga turut bangga dengan keikhlasandua beradik mencintai bapanya dan dia juga akui hampirmenangis apabila mengetahui kisah mereka.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Zaman yang dah serba moden ni istilah ‘perigi cari timba’ bukanlah sesuatu yang pelik dan luar jangkaan.
Ramai wanita sekarang yang semakin berani meluahkan rasa hati kepada lelaki pujaan hati mereka malah ada juga yang berani meluahkan hasrat ingin mencari jodoh secara terbuka.
Baru-baru ini kecoh di media sosial tentang seorang wanita cantik yang meluahkan perasaannya ingin mecari jodoh melalui akuan Twitternya.
“Looking for boyfriend all over the world, I’m 32, I ‘m still single, I don’t know where my other half is , or there isn’t such person . I just want to live a normal life . Single is too bad!,” tulis wanita tersebut yang menggunakan nama @TheAnugerah.
Nampaknya tweet daripada wanita berusia 32 tahun ini mendapat lebih daripada 5,000 retweet dan likes melebihi 4,500 like.
Ramai juga nampaknya kaum adam yang memberi respon terhadap tweet wanita ini untuk mencuba nasib.
Asyraaf Suhaimi: I’m single too and it’s bad. Too bad. I think we better be together! ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Elmi: Assalamualaikum. Hi. Kebetulan, saya pun sedang mencari.
Nazri: Salam, boleh try dgn @ikmal_ilias ni. Hensem, sado, kelakar + ada lesung pipit. Pakar dlm kejuruteraan mekanik dan juga merupakan bakal jurutera rumah tangga awak
Aduh lucu betul MH baca respon daripada para lelaki yang mencuba nasib ni. Mungkin ada yang sekadar bergurau dan mungkin juga ada yang benar-benar ingin berkenalan.
Apapun MH doakan yang terbaik buat wanita ini. Semoga dia bertemu dengan pasangan hidupnya tidak lama lagi.
Apapun tindakan gadis ini memang sempoi habis!
Sumber: Twitter @TheAnugerah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!