Zaman kanak-kanak pastinya menjadi fasa terbaik buat ibu bapa dalam menerapkan nilai positif buat mereka.
Bagaimanapun, tak dinafikan ada ibu bapa yang sering leka seterusnya mengambil ringan kerana memikirkan mereka masih kecil dan tidak pandai berfikir.
Namun ulas pelakon Faralyna Idris, dia pernah ditegur anaknya gara-gara si ayah terlalu sibuk bekerja. Walaupun menetapkan masa bermain untuk anaknya, namun dia bimbang andai masa yang diperuntukkan tidak mencukupi.
“Pernah sekali, when she was 2, dia ckp dkt Ayah, “Ayah work work work work work.”
“Smlm sblm tidur, dia ckp dkt Bonda, “its night time. Kene sleep kan Bonda? Bukan buat work.” dlm pada kita tetap luangkan masa to play with them in between work tu.
“Does that means, tak cukup masa yang kita luangkan utk anak? Lebih kerja dari beri perhatian pada anak? Tak balance?
“Im afraid, yes.
“Sblm ni rasa mcm apa yang kita buat tu dah betul, dah cukup, boleh ikut follow je routine tu mcm biasa sbb dari baby dulu dah start routine mcm tu. So kita anggap the kids are okay,”
tulisnya.Malah, Faralyna juga menegaskan anak-anak yang kian membesar memerlukan perhatian.
“Tapi kita lupa yang mereka membesar. Makin mereka membesar, makin mereka memerlukan perhatian kita. Bermakna kita kene sentiasa ubah rutin harian kita mengikut kesesuaian.
“Jgn biarkan masa bersama mereka berlalu mcm tu je. Takut esok esok kita pula yang crave for their attention. Rindu nak pegang tangan, rindu nak cium pipi, rindu nak peluk kuat kuat.
“Sebab satu hari, mereka akan tinggalkan kita.Apa yang kita perlu buat skrg adalah, biar mereka meninggalkan kita nanti dengan penuh kasih, sayang & cinta dlm hati mereka utk kita.
“Bila kakak cakap, “Anggun rindu Bonda..” Ala Bonda tak kuat. I love you babygirl. I AM ALWAYS HERE FOR YOU,” tulis Faralyna panjang lebar.
Pandangan yang sangat bernas. Zaman kanak-kanak berlalu dengan pantas sehingga kita tidak sedar mereka makin membesar.
Foto : Instagram Faralyna Idris