Perkongsian di Insta Story Noor Nabila mengundang tanda tanya ramai.
Meski tidak menyatakan ia secara terperinci, namun ramai yang membuat spekulasi ia mungkin melibatkan hal rumah tangganya yang sedang bergolak ketika ini.
Tulisnya, “ia bukan soal duit, ianya mengenai tanggungjawab,” diikuti dengan poll sama ada netizen bersetuju atau tidak dengan kenyataan tersebut.
Difahamkan, menerusi prosiding di mahkamah sebelum ini, Sharnaaz menolak permohonan tuntutan cerai yang difailkan Nabila kerana ingin cuba untuk menyelamatkan perkahwinan yang dibina.
Pasangan ini mula tinggal berasingan sejak Februari 2018.
Foto : Instagram Noor Nabila
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Apa Yang Mummy Cuba Sampaikan Hanya Reflek Daripada Pandangan Peribadinya,” – Naim Daniel
Penyanyi Naim Daniel menyifatkan komen yang diberikan salah seorang juri tetap Famili Duo, Mas Idayu adalah pandangan peribadi atas kapasiti sebagai penyanyi berpengalaman.
Berterima kasih atas setiap pandangan yang diberikan, Naim bersama rakan duo, Sissy Iman akan terus cuba memberikan persembahan terbaik.
“Saya percaya Mummy lebih arif dan lebih berpengalaman. Saya sendiri masih baru dan kami masih perlu banyak belajar di dalam arena persembahan ini.
“Apa yang Mummy (Mas Idayu) cuba sampaikan itu hanyalah reflek daripada pandangan peribadinya sendiri. Saya dan Sissy berada di sini pun bukan sebagai penyanyi semata tetapi ahli muzik.
“Kitaorang harus ingat apa yang dilakukan perlu hadir dengan usaha dan kesungguhan. Apa yang kami persembahkan di atas pentas ialah terjemahan kepada apa yang telah kami lakukan, iaitu usaha.
“Dan juga kesungguhan serta minat kami. Saya berharap semuanya berjalan dengan baik. Terima kasih atas segala komen. InsyaAllah kita akan cuba perbaiki pada masa akan datang”, katanya.
Naim berkata demikian sebagai mengulas komen tegas yang diberikan Mas Idayu susulan persembahan mereka menerusi lagu Jampi yang dibawa dalam genre keroncong.
“Apa yang jadi kami jadikan sebagai asam garam di dalam program realiti. Di samping itu kita juga ingin mengingatkan ia program kekeluargaan yang seharusnya menghiburkan, mencuit hati tak kisah daripada segi penjurian dan persembahan.
“Kita hanya mahu ia berjalan begitu. Apa-apa pun, ia bukanlah sesuatu untuk rasa stres. Saya di sini pun berdiri atas kapasiti kemampuan saya, begitu juga dengan Sissy.
“Malah dia sudah berikan yang terbaik dan saya tahu macam mana dia punya keprihatinan di dalam persembahan setiap minggu. Saya orang pertama yang dapat saksikan benda itu.
“Apa pun, bagi saya dia sudah lakukan yang terbaik. Dia betul-betul keluar daripada zon selesanya. Nyanyi genre yang tak pernah cuba dia buat. Jadi itu adalah satu langkah berani. Saya sangat berbangga dengannya,” katanya lagi.
Terdahulu, Sissy dirakam sebak dan mengalirkan air mata sejurus menerima komen terbabit hingga terpaksa ditenangkan Naim dan hos, Janna Nick.
Sissy menerusi Instagram menitipkan ucapam seterus memohon maaf terhadap apa yang berlaku.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[FOTO] Tahniah….Siti Badriah ‘Lagi Syantik’ Sah Bertunang Khamis Lalu!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Percaya Datuk A Aida Tawar Watak Penting,” – Farhan Asri Cabar Diri, Dukung Peranan Gengster Tapi Kelakar!
Tuah menyebelahi, impian pelakon Farhan Asri untuk memegang watak utama dalam drama tempatan kini berjaya direalisasi.
Mendukung watak sebagai Badrul dalam drama bersiri Menantu Tok Sintok terbitan A Aida Production Sdn Bhd, bintang muda ini tidak menyangka kehadirannya masih mendapat tempat dan perhatian produksi tempatan, meski muncul wajah baru yang silih berganti.
Farhan berkata, dia berterima kasih kepada Datuk A Aida kerana mempercayai bakat lakonan yang dimilikii dan sudi memberi peluang untuk dirinya.
“Alhamdulillah saya macam tidak percaya apabila Datuk A Aida menawarkan saya peranan penting dalam drama bersiri ini.
“Jujur tawaran watak utama ini terlalu baharu untuk digalas tapi saya anggap ini satu proses yang bakal ditempuhi sekali gus mengajar menjadi pelakon lebih baik.
“Saya juga bersedia dikritik atau dimaki pengarah asalkan dapat memperbaiki ‘skill’ lakonan saya dan semua pihak berpuas hati,” katanya.
Drama 16 episod itu telah pun memulakan penggambaran sejak 3 Oktober lalu.
Menurutnya lagi, karektor Badrul merupakan peranan pertama kali yang dilakonkan yang secara mencabar kemampuannya sebagai pelakon.
“Ini watak baharu yang pernah saya lakonkan. Watak Badrul sememangnya menguji kemampuan saya sebagai pendatang baharu.
“Badrul adalah seorang lelaki gengster yang bekerja sebagai penarik kereta dan pengutip hutang. Namun selepas dia berjumpa seorang wanita kampung sikapnya mula berubah.
“Tak pernah lagi saya bawakan watak gengster tapi berperwatakan kelakar. Ini satu cabaran dan pengalaman baharu untuk ditimba.
“Saya juga baru sedar yang bukan mudah untuk melakonkan adegan lucu dalam drama. Ia menuntut pengalaman dan ‘skill’ untuk diterjemahkan,” katanya yang turut tercalon dalam Top 20 untuk kategori Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH ke-33.
Farhan berkata, sebaik mengetahui berita terbabit Rabu lalu, dia terus menghubungi ibu dan memaklumkan berita gembira itu.
“Ini satu lagi kejayaan kecil bagi saya. Bukan mudah untuk tercalon dalam kategori ini kerana ramai pendatang baharu setiap tahun.
“Ketika dimaklumkan pengurus, saya terus menghubungi ibu dan minta dia doakan yang terbaik. Walaupun masih pencalonan awal, saya akui untuk nama saya tersenarai dalam top 20 dalam kategori itu tidak mudah.
“Saya juga berharap kehadiran dalam industri seni ini akan terus bersinar dan membuahkan hasil yang positif,” katanya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI