
Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza memberikan pesanan kepada mana-mana pihak yang bertindak mempersoalkan tindakan sesetengah selebriti yang memilih untuk menutup wajah anak mereka apabila memuat naiknya di media sosial.
Siti berpandangan, tindakan sedemikian tidak sepatutnya dijadikan isu kerana penjaga (ibu bapa) mempunyai hak dan pilihan tersendiri.
“Bagi saya itu terpulang kepada ibu bapa. Masing-masing ada alasan tersendiri. Semua orang ada pilihan. Macam saya sendiri, ada pilihan untuk tunjukkan wajah anak atau sebaliknya.
“Itu masing-masing dan saya menghormati. Saya tidaklah rasa nak komen begitu begini. Masing-masing pasti tahu apa yang dibuat. Kerana apa dan niat itu sebab apa.
“Its okay, tak payah pertikaikanlah,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka anjuran Universal Music Malaysia, di Hotel Sheraton Petaling Jaya, baru-baru ini.
Siti bagaimanapun percaya, apabila sudah bersedia, pasti selebriti yang baru sahaja melahirkan anak khususnya akan memperkenalkan wajah si kecil untuk tatapan peminat.
Terdahulu, isu artis ‘tutup’ wajah anak kian diperkatakan apabila usahawan sensasi, Kak KM atau Liana Rosli menyatakan rasa rimas dengan tindakan segelintir selebriti yang berkongsi gambar bayi selepas bersalin, namun tidak mendedahkan wajah penuh.
Sementara itu, Siti pada majlis sama turut menyampaikan lagu raya barunya, Lip Lap Raya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dah Masuk List ‘Blockout’, Baru Terhegeh…,” – Ramona Zamzam Selar Individu Terkenal, Anggap Tak Ikhlas

Pelakon Ramona Zamzam mengkritik tindakkan individu-individu terkenal yang ketika ini memuat naik hantaran berkaitan konflik di Palestin hanya selepas nama mereka disenaraikan dalam gerakkan boikot.
Menurut Ramona, dia menyifatkan tindakkan itu sebagai tidak ikhlas kerana selama ini, mereka hanya berdiam diri meskipun mempunyai pengaruh media sosial yang besar.
“Saya suka dengan apa yang saya lihat sekarang. Sesetengah daripada anda tidak pernah pun membuat sebarang hantaran mengenainya (insiden di Palestin).
“Sekarang dah masuk list ‘Blockout’, baru terhegeh-hegeh nak upload. Nak tahu tak? Saya tak percayakan anda. Anda tak ikhlas dan tak pernah kisah.
“Saya tidak akan terpedaya dengan hantaran saat akhir kalian. Sekarang baru nak cakap fasal Gaza,” katanya.
Pandangan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama Love Elsa itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Katanya lagi, mereka yang terkenal ini lebih mementingkan wang dan populariti berbanding mengambil peduli mengenai kekejaman yang berlaku di negara bergolak itu.
“Selama ini, setidak-tidaknya anda sepatutnya sudah menggunakan platform anda untuk bercakap mengenainya.
“Yelah, bukan anda yang dibunuh dan dibom. Yang anda kisahkan hanyalah duit dan popular. Kepada yang gilakan duit, anda tidak akan temui cinta sejati.
“Tak kisah langsung fasal anak-anak kecil yang mati. Tak nak kisah dan kalian lebih suka jalani hidup yang selesa. Berbakat atau tidak, kita lihat sendiri bagaimana anda jatuh,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Ramona turut menyeru orang ramai supaya memboikot dengan berhemah dan tidak bertindak secara keterlaluan.
“Dan netizen pun, tak payah la nak maki atau kecam di platform media sosial mereka. Jika anda benar-benar ikhlas nak memboikot mereka, lakukan dengan pfofesional. Tolong jadi orang yang bertamadun.
“Sama macam korang boycott starb, tapi drive thru pegi prank orang yang kerja dekat situ. Untuk apa? Tahu tak tindakan itu bodoh.
“Terpaling sucikah kau pegi kacau orang yang tengah kerja? Salah dah matlamat itu,” akhirinya.
Sekadar informasi, Ramona telah berkahwin dengan suami yang berasal daripada Palestin dan kini memiliki seorang cahaya mata.
Romona juga sering berkongsi mengenai keluarga mertuanya di platform media sosial.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Boleh Pukul Rata, Yang Duduk Rumah Pun Tak Solat,”- Ramai Beri Tanggapan Buruk Fasal Orang Pergi Konsert, Ini Respon Nora Ariffin

Sejak awal tahun lalu, industri seni tanah air dilihat kembali rancak dengan penganjuran aktiviti-aktiviti seni termasuklah beberapa siri konsert yang melibatkan artis dari dalam dan luar negara.
Aktiviti seperti ini dilihat sebagai ‘win-win situation’ buat para selebriti mahupun peminat selepas segala acara membabitkan industri seni terpaksa dihadkan berikutan fasa pandemik yang melanda negara selama lebih dua tahun.
Bagaimanapun, penganjuran acara-acara seni ini tidak dapat lari daripada menerima kritikan daripada orang ramai
Ada yang beranggapan mereka yang hadir ke acara seni mahupun konsert ini akan mudah lalai dan mengabaikan tanggungjawab mereka lebih-lebih lagi bila melibatkan soal penjagaan solat sewaktu acara sedang berlangsung.
Penyanyi senior, Datuk Nora Ariffin menyangkal dakwaan tersebut dan merasakan ia sebagai agak keterlaluan.
Menurut Nora, tidak kiralah di mana kita berada, solat akan sentiasa menjadi perkara paling utama.
“Maaf tak boleh pukul rata ye. Orang pergi konsert tak solat. Tak semenstinya. Malah yang duduk rumah pun tak solat. Sama-sama doa yang baik-baik. Wallahualam,” tulisnya.
Pandangan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Dipersimpangan Dilema itu menerusi sebuah hantaran di ruangan Instagram stories.
Katanya lagi, sekiranya ada pihak yang meninggalkan solat, itu adalah disebabkan pilihan mereka sendiri.
Lantaran, Nora menyeru kepada semua pihak untuk sentiasa bersangka baik dengan orang lain.
Terdahulu, isu ini mula hangat diperkatakan selepas ramai pihak yang terkejut dengan keterujaan yang ditunjukkan oleh peminat yang hadir ke konsert penyanyi amtarabangsa, Billie Eilish kerana sanggup beratur sejak awal pagi untuk masuk ke dalam stadium.
Apapun, MH merasakan semua pihak kini sudah cukup dewasa untuk menilai segala tindak tanduk masing-masing sama ada baik mahupun buruk.
Segala kemudahan sudah pun disediakan lebih-lebih lagi untuk menunaikan solat. Kini hanya berbalik kepada pilihan individu itu sendiri.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Nora Ariffin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Malulah Aku Bila Datang Event Kereta Penuh Tahi,” – Asyik ‘Dapat’ Najis Burung, Fizo Omar Terima Nasihat Makan Dalam Dari CEO. Ini Katanya…

Merungut apabila terpaksa mencuci najis burung setiap hari, Fizo tersentak apabila tindakannya mendapat reaksi berbeza daripada seorang insan.
Ulas Fizo, cat keretanya rosak akibat najis burung. Dan lebih mengecewakan apabila dia terpaksa membawa kereta yang penuh dengan najis ke tempat ceramah.
“[ AKU DAN BURUNG ]
“Aku nak share hri ni bukan pasal burung aku, tapi burung yg tumpang kat garage kereta rmh aku dan hari2 mesti dia akan berak ngam2 dia target kene kete aku.tmpt sama plak tu sampai cat kereta tu rosak ckit kene tahi.nntah ape dia mkn pun aku tak tahu.
“Kalau korang rasa bengang x hari2 bukan kene kencing tapi kene berak! Agak spoil jgak la bila nk g keje naik kete je penuh ngn tahi kan.kene la cuci dulu sblm kluar.
“Satu hari tu aku xsmpt nk cuci n pg event dgn tompok2 al-tahi burung di kete aku tu.bila habis event, aku bg talk kpd staff di sebuah company yg besar, kilang gula CSR.
“Sekali masa hbs tu CEO nya hantar aku kat kete, mcm malu la aku bila dtg event dgn kete penuh tahi burung.aku pun mcm nak cover la, “aduihhh td kelam kabut nak kua,xsempat nak cuci,hari2 burung akn berak kat kete ni,xtahu dah mcm mne nk halau burung tu buat srng kat atas bumbung.” Then aku buat2 la tanya,mcm mne ek nak buat boss?.”
Mengejutkan, ini reaksi pengurus besar tersebut yang membuatkannya tersentak.
“Nak tahu dia ckp ape? Deep weh aku kene. Actualy Mr CEO tu jiran aku jugak, so sama je rmh dia jadi port burung gak…”bro biasa la tu tahi burung je, u patut bersyukur tau sbb byk2 rmh, burung suka kat rmh u, n dia pilih rmh u utk berteduh n dia nk tumpang sedikit je rezeki u.
“Silap2 dia pun ada bawa rezeki kat u jugak,dia pun makhluk Allah pun boleh berdoa jugak.alah biar je la stakat dia nak tumpang, maksudnya mesti ada something kat rumah u sampai haiwan pun suka pg sana, u mgkn xtau.”
“Ayat dia santai je tp deep weh bg aku..pastu dia ckp ape lagi ko tahu?… kat rmh i pun sama gak,byk burung n berak jgak, so i buatkan tempat khas n beli sarang burung, pagi2 sebelum i pg keje i akn bg makan kat burung2 tu smua.
“Beli makan pun alah bape ringgit je sbulan, nak kongsi rezeki bkn dgn manusia je dia burung pun makhluk Allah juga.Lepas tu makin byk burung dtg n rmh i xjadi sunyi,mcm ada kawan plak.berak pun kat situ je so senang nak cuci.”
Menyedari tindakannya selama ini, ulas pelakon dan juga usahawan ini, kekayaan yang dimiliki sebenarnya adalah hasil berkongsi rezeki.
“Aku terus rasa bersalah weh, bkn ape tau, orang yg berjaya kaya raya, CEO multi billion company pun humble giler bkn sahaja dgn manusia tapi dgn burung yg berak bersepah kt rmh dia pun blh layan mcm tu, ko sape???
“Patut la dia blh Berjaya n murah rezeki dia. Kadang2 sedikit kejayaan yg kita ada ni buat kita sombong, sebenarnya siapalah kita, yg ada ni sementara je. Pinjaman je bro. Itu baru burung, agak2 kalau ada orang dtg ‘berak’ dlm periuk nasi kita apa kita buat?
“Ko rasa dia saje2 je ke dtg buat mcm tu? Bkn dia jahat pun sbnrnya, mgkn Allah hantar dia semata2 nk uji kesabaran n tahap bersyukur kita kpdNya.
“Tingginya iman seseorang adalah bila dia diuji dan lepasi xpyh ckp la kita kuat iman atau tinggi tahap kesabaran selagi kita tak uji. Juara tinju dunia pun masuk gelanggan kena tumbuk n belasah sampai patah2 sebelum menang dan jadi juara. Kita yg kena sentuh pun dah tewas mcm mna nak jadi juara? Ape citer bossku?”
View this post on InstagramA post shared by fizoomar (@fizoomar) on
Kadang kala kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah SWT kenapa ujian diberikan tapi sebenarnya kita lupa pada siapa untuk mengadu segala masalah dan pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita.
Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya.
Foto – Instagram Fizo Omar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI