“#ItsTrue,” – Hamil 6 Bulan, Izara Aishah Kongsi Video Usap Perut Kandung Anak Sulung

Share

Selepas memaklumkan berita gembira mengenai kandungannya yang kini sudah pun mencecah usia enam bulan, Izara Aisyah sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila berkongsi video pendek di Instagram.

Mengenakan gaun labuh rona hitam, pelakon Ombak Rindu The Series itu dilihat mengusap-ngusap perut hamilnya.

“#itstrue #6months,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.

Terdahulu memetik Harian Metro, bintang yang dijangka bakal melahirkan anak sulung April depan itu merakamkan rasa syukur apabila doanya untuk mendapatkan zuriat dimakbulkanNya.

“Alhamdulillah, Allah makbulkan doa saya dan suami. Pastinya berita sebegini ditunggu oleh setiap pasangan yang berkahwin.

“Cuma, sebelum ini saya dan suami memang merancang. Kalau boleh pada awal perkahwinan kami ingin menikmati momen berdua dulu.

“Apabila disahkan mengandung, tentu saja ia sesuatu yang menggembirakan. Tapi, saya simpan dulu sebab masih terlalu awal nak berkongsi.

“Apa saja boleh terjadi ketika itu. Jadi sekarang ini waktu sesuai untuk berkongsi. Doakan semoga segalanya dipermudahkan,” katanya  seperti yang dipetik.

Izara dan suaminya, Adib Khalid mendirikan rumah tangga pada 17 November 2017. Sehingga kini, video berkenaan sudah pun ditonton hampir 600,000 kali.

Foto: Instagram Izara Aishah

Published by
MH