“Itu Antara Dia Dengan Tuhan Bagi Uqasha, Seriously! – Komen Uqasha Senrose Bila Ada Yang Buka Tudung

Share

Pernah terpalit dengan kisah sensasi kerana membuka tudungnya beberapa tahun lalu, namanya tiba-tiba sepertinya terkait apabila timbul isu rakan artis lain yang turut melakukan perkara sama.

Relak dengan kata-kata tersebut, Uqasha Senrose secara profesional menjelaskan, baik mereka yang bergelar artis atau pun tidak, mengapa ada orang yang perlu mengaitkan individu lain atas sesuatu atas khilaf yang dibuat.

“First of all, bagi Uqasha artis ataupun bukan artis mereka masih manusia, semua manusia biasa”

“Bagi Uqasha, tak perlu kaitkan orang lain dengan kesalahan yang dibuat sebab dahulupun, bila buat decision, Uqasha tak libatkan sesiapa pun…” katanya jujur.

Pada masa sama, kakak kepada pelakon Nelydia Senrose ini turut menjelaskan setiap keputusan yang dibuat adalah keputusan individu.

“Tak semestinya kau bukak tudung tu kau seorang yang pembunuh ataupun jahat ataupun whatever it is, tapi bagi Uqasha itu keputusan dia untuk tidak bertudung lagi after five years so itu antara dia dengan Tuhan bagi Uqasha…”

“Seriously! Bukan kita untuk judge dia..sebab kita pun ada benda kesalahan kita buat juga” kongsinya.

Pada masa sama, Uqasha menambah mengenakan hijab ataupun tidak, ia merupakan pendirian diri sendiri dan tidak membabitkan orang lain.

Apa-apa pun, kita mendoakan yang baik baik sahaja buat Uqasha dan juga Emma Maembong.

Terdahulu, Uqasha ditemui pada majlis memperkenalkannya sebagai duta C Clean Pearl Serum di Hotel Grand Millenium, Kuala Lumpur pada Selasa.

Mengulas mengenai pemilihannya itu, Uqasha yang gembira dan teruja atas perlantikan tersebut memberitahu berkata,

“Saya seorang yang sangat fussy when it comes to skin especially. Memang Uqasha nak pakai benda yang Uqasha pakai tu bagus untuk kulit kita…baru Uqasha accept untuk jadi duta produk.”

Malah Uqasha juga menegaskan, dia mengambil masa sekitar sebulan untuk mencuba produk berkenaan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

Setelah mencuba produk tersebut, ternyata ia memberi kesan yang baik dan cepat kepada Uqasha. Selepas itu Uqasha terus menerima untuk menjadi duta produk terbabit.

Published by
Nazar Rafiqhi