
Cubaan mempromosi menu nampaknya terhalang dek foto yang cukup ‘mengundang perasaan’.
Bintang remaja, Naim Daniel menerusi entri terbaru tampil dengan hanya memakai tuala sementara bahagian atasnya terdedah.
View this post on InstagramDo you love pancakes 🥞❤️? @pancake.tembam
A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on
Tidak pernah berkongsi foto tanpa memakai baju, netizen mempersoalkan tindakannya dan meninggalkan reaksi di ruangan komen.
“Itu bulu dada ke bihun.”
Namun, ada yang menyatakan tidak menjadi kesalahan kerana aurat lelaki adalah daripada pusat ke lutut.
Foto : Instagram Naim Daniel
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mawar Rashid Buat Kejutan, Kongsi 2 Foto ‘Free Hair’… ”I Tried. But I Failed.”

Perkongsian terkini daripada pelakon dan usahawan, Mawar Rashid di Instagram nyata menjadi kejutan.
Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid dilihat memuat naik hantaran dua keping swafoto yang memaparkan dirinya tidak mengenakan hijab.
Menerusi kapsyen yang dikongsikan secara ringkas, Mawar merasakan dirinya telah gagal meskipun telah mencuba yang terbaik.
“Saya cuba tapi saya gagal. Saya mohon maaf,” tulisnya.
Sementara itu, menerusi sebuah hantaran di Instagram Stories pula, dia memaklumkan dirinya akan berehat seketika dan akan kembali berhadapan realiti bila dirinya sudah bersedia.
“Selamat tinggal dunia. Saya akan kembali bila mental saya sudah bersedia. Saya sentiasa sayang anda,” kongsinya lagi.
Sementara itu, menerusi carian di platform X, rata-rata netizen terkejut dengan perkhabaran tersebut selain turut memberikan kata-kata semangat buat Mawar.
“I adore Mawar Rashid so much pakai tudung sebab dia cantik. Ni da bukak tudung.
“Mawar Rashid dh free hair balik dah la minat dia dri dia single kawin ada anak.
“Laaa terkejut Mawar rashid dah freehair balik,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, Mawar memutuskan untuk memakai hijab pada 17 Ogos 2020 bersempena Maal Hijrah.
Sekadar informasi, Mawar mula menempa nama di dalam industri seni selepas menyertai program realiti, Dewi Remaja 2014/15 sezaman dengan Raysha Rizrose, Syamim Farid dan Mimi Lana.
Selepas itu, Mawar telah membintangi pelbagai siri drama tempatan seperti TQ Captain, Isteriku Mem Besar dan Tundukkan Playboy itu.
Mawar mendirikan rumah tangga dengan adik kepada selebriti, Fazley Yaakob, Raf Yaakob pada November 2017.
Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafeal, Raden Seri Rosabella Cinta dan Raden Seri Roseanna Camilya.
Mawar Rashid juga memiliki dua anak tiri, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela hasil perkahwinan Raf terdahulu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Sanggup Nak Angkut Merc, Tapi Terkinja-Kinja Nak Bayar, “- Zarina Anjoulie Beli Kereta Proton!

Pelakon dan usahawan kontroversi, Zarina Anjoulie ada berkongsi berita gembira di Instagramnya semalam.
Menerusi posting tersebut, dia baru sahaja membeli sebuah kereta model Proton X70 SUV berwarna putih.
“Yeay … new day new car..Biar la proton je yang penting bukan no plate bukan register under nama cina mana entah ok .. beli apa yg afdal n sesuai dgn ekonomi sendiri . Tak sanggup aku nk angkot merc Tapi terkinja2 nk bayar kang Pastu makan maggi Pastu kang kena tarik..
View this post on InstagramA post shared by Zarina Anjoulie (@zarina_anjoulie) on
“Sebelum kau cakap ha proton je … let me tell u that I had my first bmw when I was 25 n guess what worse decision ever . Sebab nk cam korang la giler glam nk show off… Tapi haprak maintenance cam setan semua mahal rosak sikit Kalau takde 2k tak yah cite end up Bila jual balik value jatuh nk mati aku rugi.. utk apa ?? Semua utk kebodohan aku nk show off… I don’t need all that now..
“I’m happy with my life keta aku proton Tapi hari2 aku mampu makan udang galah. Dari kau bawak bmw makan ikan reject kat pasar,” tulis Zarina.
Dalam pada itu, Zarina juga sempat posing bersama kereta barunya itu.
View this post on InstagramWey betul la cakap org aku selekeh?
A post shared by Zarina Anjoulie (@zarina_anjoulie) on
Foto/Video : Instagram Zarina Anjoulie
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Syukur Gembira, Penyanyi Bunga Isme Miliki Rumah Pertama Pada Usia 21 Tahun

Penyanyi Bunga Isme berkongsi berita gembira dan syukur apabila berjaya memiliki rumah pada usia 21 tahun.
Baru beberapa tahun terjun secara serius dalam industri seni, Bunga atau nama sebenarnya, Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari berkongsi beberapa foto berkaitan menerusi hantaran di Instagram buat tatapan peminat.
“First house. Alhamdulillah thank you kakak kakak yg membantu Bunga terutamanya kak @shira3q & kak @aqilahazmy.
“Proses & service yg cepat & friendly,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat dan rakan-rakan turut mengucapkan tahniah dan berbangga dengan pencapaian yang diraih bintang muda ini.
Foto: Instagram Bunga Isme
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI