Baru-baru ini tular di media sosial kisah mengenai seorang warga emas yang dikatakan sesat di ibu kota, Kuala Lumpur kerana ingin mencari anaknya sejak bulan Mac yang lalu.

Perkara tersebut mendapat perhatian rakyat Malaysia termasuklah penyanyi, Nourul Depp.

Menurut Nourul, dia hari ini telah keluar ke sekitar Kuala Lumpur bagi mencari warga emas yang dikenali sebagai Pakcik Nesen itu untuk dibawa ke tempat yang lebih selamat.

Bagaimanapun, usaha Nourul itu terhenti apabila warga emas itu difahamkan sudah tiada lagi di kawasan tersebut.

“Itu First Love Kita,” – Bantu Cari Warga Emas Viral Sesat Di KL, Nourul Depp Beri Nasihat Hargai Ibu Bapa

Ads

“Tadi misi mencari Pakcik Nasen, tak berjaya. Terima kasih @ina_mohd pi sekali. Kami pi Wisma Central, Kami pi masjid KLCC dan juga Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang. Tak jumpa

“Kata adik-adik dan abang di situ, last Pakcik Nasen di situ, Jumaat lepas. Lepas badan kebajikan dan polis mai serta dua individu, Pakcik Nasen tak dak dah kat situ. Harapnya , Pakcik Nasen dah jumpa anak-anaknya atau dibawa ke tempat yang lebih selamat,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Kerana Terluka itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Ads

Dalam pada itu, Nourul turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa menjaga ibu bapa kita sebaiknya sementara mereka masih ada.

“Tujuan kami cari, sebab nak letakkan dia di tempat yang selamat juga. Tapi bukan rezeki kami. Mudah mudahan Allah jaga orang tua kita. Semoga Allah ampunkan dosa dosa mereka. Andai telah kembali di sisi-Nya, doakan syurga tempat mereka.

Ads

“Mak pak kita berusaha besaqkan kita macam mana pun keadaan depa. Tak berbelah bagi. Itu first love kita. Jaga sebaiknya selagi hidup. Doakan kami lebih berjaya. Semoga dapat bantu lebih ramai mereka yang memerlukan. Aminnnn.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha yang dilakukan oleh Nourul itu selain turut berharap agar warga emas tersebut berada didalam keadaan yang baik.

“Itu First Love Kita,” – Bantu Cari Warga Emas Viral Sesat Di KL, Nourul Depp Beri Nasihat Hargai Ibu Bapa “Itu First Love Kita,” – Bantu Cari Warga Emas Viral Sesat Di KL, Nourul Depp Beri Nasihat Hargai Ibu Bapa

Sumber: Instagram Nourul Depp

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI