Hubungan pelakon ChaCha Maembong dan kekasihnya, DJ Leslie kini semakin mekar dan mengakui, sudah sedia untuk ke fasa yang lebih serius.
ChaCha ketika ditemui di pada majlis tayangan ekslusif drama Selafaz Cinta di One Utama pada Rabu menjelaskan, dia dan Leslie mempunyai banyak persamaan dan masing-masing faham antara satu sama lain.
“Dia memahami diri saya, kerjaya sebagai seorang artis, terima seadaaanya, romantik dan sekepala dengan saya yang kadang-kadang macam gila-gila,” katanya kepada MH.
Meskipun Lesllie berketurunan Sarawak-Iban, namun ia bukanlah penghalang buat ChaCha, sebaliknya ia menjadikan sebagai kekuatan dan semangat kepadanya.
“Sekarang ni pun dia tengah serius belajar Islam..Ada kalanya saya ajar dia sedikit sebanyak tentang perkara itu (hal keagamaan), kalau ada jodoh untuk ke peringkat lebih serius lagi bagus. Ajal jodoh maut semua Tuhan tentukan,” jelasnya lagi.
Sudah menjalin percintaan selama tiga tahun, penerimaan kedua-dua belah keluarga menjadikan mereka kini semakin utuh.
“Alhamdulillah, family semua supportive dan bagi sokongan apa yang saya nak buat. Family dia pun baik dan rapat dengan saya. So far semua okay macam tengok wayang sama-sama, makan malam, lepak-lepak,” tambahnya yang menjadi pasangan Lana Nordin sebagai inspirasi.
Tambah Chacha atau nama sebenarnya Siti Aisyah Ismail, dia menjadikan pelakon Lana Nordin sebagai pendorong kerana menyifatkan Lana seorang isteri yang bijak kerana telah berjaya mendidik suaminya Mohd Daud McKienzie mendalami ilmu agama.
“Kalau kita tengok Lana Nordin dengan suami dia (muaalaf) mula-mula ramai kritik, lepas tu orang suka dengan dorang sebab Lana berjaya didik dia untuk mendalam Islam, begitu juga dengan saya nanti,” katanya tersenyum.
Tambah pelakon berusia 22 tahun itu, meskipun Lesliie merupakan seorang DJ di kelab malam, namun ia tidak menjadi masalah besar buat adik kepada Emma Maembong itu.
“Itu kerja dan rezeki dia, jadi saya tak boleh nak halang dia. Saya hanya bagi sokongan kepada dia sahaja. Kadang-kadang kalau pergi kelab pun, hanya ada majlis-majlis tertentu sahaja. sebab saya bukan jenis orang yang sosial night,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, majlis tayangan perdana drama bersiri Selafaz Cinta turut dibarisi pelakon Saharul Ridzwan, Syatilla Melvin Puteri Aishah. Sharifah Sakinah dan ramai lagi.
Mempunyai sebanyak 60 episod, drama arahan Pali Yahya dengan kerjasama Suhan Movies & Tranding Sdn. Bhd mula ditayangkan pada 27 November ini di Astro Prima (105) dan Atsro Maya HHD (135).
Foto : Instagram ChaCha Maembong, DJ Lesllie