Baru-baru ini pelakon dan pelawak Along Cham atau nama sebenar Muhammad Nizamuddin Ahmad telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menyentuh hati, apabila pelakon yang terkenal dalam drama bersiri Suamiku Mat Piun itu berkongsi lukisan wajahnya sendiri yang dilukis oleh anaknya.
“Dia rindu giler katanya..jadi,dia try lukis..bagi papa settelkan keja2 promosi filem papa dulu k bro..luv u so much bro!!!@alongcham @_siti61 “tulisnya.
Dalam pada itu, perkongsian Along itu telah mendapat perhatian dari salah satu pengikutnya di laman media sosial Instagram.
Individu tersebut telah berkata kepada Along yang itu adalah merupakan luahan naluri seorang anak yang rindu kepada bapanya.
“itu luahan naluri seorang anak..”tulis individu tersebut.
Terdahulu, Along pernah mendirikan rumah tangga bersama bekas bintang Akademi Fantasia musim keempat, Zila Seeron pada 2010 dan bercerai pada 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Ahmad Daniel berusia 7 tahun.
Foto : Instagram Along Cham