Baru-baru ini, pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed telah bertindak menegur filem terbaru arahan pelakon dan pengarah, Datuk Fizz Fairuz yang berjudul Mat Tudung Begins.
Menurut PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak, tindakan beberapa pelakon lelaki yang mengenakan pakaian menyerupai wanita seperti yang terpampang pada poster filem berkenaan sememangnya salah di sisi agama.
Malah, dia juga menyifatkan para pengarah di Malaysia ini seakan ketandusan idea sehingga terpaksa menghasilkan filem-filem yang melanggar syariat.
Tidak berdiam diri, Fizz tampil memberikan reaksi balasnya berhubung kenyataan tersebut menerusi satu hantaran di ruangan Instagram Stories.
Jelas Fizz, PU Syed tidak sepatutnya membuat sebarang persepsi negatif berhubung filem ini sebaiknya tontonlah terlebih dahulu untuk mengetahui jalan cerita yang sebenar.
Ads
“Terima kasih Syed tapi kenyataan itu salah. Saya bukan hari-hari jadi wanita.
“Itukan cerita. Jangan haramkan dulu sebelum tahu cerita sebenar,” tulisnya.
Ads
Selepas lapan tahun, filem komedi yang popular pada 2014, Mat Tudung yang menyaksikan Fizz melakonkan dua watak berbeza jantina, diterbitkan semula dengan versi baharu.
Ads
Diberi judul Mat Tudung Begins, kali ini, Fizz bukan sekadar berlakon, malah bertindak sebagai penerbit dan pengarah filem yang dianggarkan membabitkan kos RM800,000 itu.
Terdahulu, selain Fizz yang membawakan watak utama, filem ini juga turut menampilkan barisan pelakon seperti Achey Bocey, Isyariana, Maryam Duriankimci dan pempengaruh terkenal Indonesia, Mimi Peri.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram PU Syed & Fizz Fairuz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara, Janna Nick meluahkan isi hati menerusi laman Instagram miliknya.
Bintang Cari Aku Di Syurga ini mengutarakan isu mengenai peniaga online yang menghadiahkan produk berbentuk makanan kepadanya.
Tegas Janna, dia menerima hadiah yang diberi dengan hati terbuka dan bersyukur, namun jangan sesekali meletakkan harapan yang tinggi dan mewajibkan dirinya untuk riviu setiap barangan yang diterima.
Malah ulasnya lagi, ada kalanya makanan yang diterima mungkin tidak menepati citarasa dan dalam erti kata lain, tidak sedap dan atas sebab itu, dia tidak sesekali akan memberikan ulasan di laman Instagram kerana tidak mahu menipu pengikut.
“Isu peniaga online! Assalamualaikum kepada semua. Saya repost balik IG STORY saya supaya semua tak salah faham.
“Sy mintak maaf Kalau saya bangkit kan isu ni. (Kalau ada Yang DM, “janna saya nak mintak janna promote business sy, janna saya nak janna review makanan saya”).
“Saya memang tak buat. Tapi Kalau ada Yang DM (janna, saya nak bagi janna rasa makanan saya, harap janna sudi).
“Saya akan terima & Saya akan post Kalau memang sedap. Jujur cakap, Saya memang tak nak aniaya orang lain Yang tengok video Saya makan…lepas Tu “ TAK SEDAP “ Tapi Saya cakap “ SEDAP,” katanya.
Sambil berterima kasih, Janna pada masa sama turut berkongsi punca dan ia tiada kaitan dengan rasa rimas atau sebaliknya.
“Jangan risau ok. Saya pun selalu scroll2 IG business and beli makanan Yang Saya teringin, even Saya beli pun.
“Kalau memang sedap, saya akan tetap buat shout out. Tak ada isu RIMAS ke TAK RIMAS.
“Cuma peti ais rumah saya dah penuh, sampai mak Saya bising la Sb banyak sangat makanan orang hantar.
“Saya bersyukur sangat, orang bagi makanan. Tapi bagi la pada Yang lebih memerlukan. Kalau Saya nak, Saya akan beli ok? Kalau nak bagi jugak…bagi je la.
“Kalau sedap Saya akan cuba tolong & post…insyaAllah. Ampun,” kongsinya panjang lebar.
Pelakon dan pengacara, Elly Mazlein ada berkongsi cerita tentang sikap anaknya selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga bersama suami, Mohamad Azlan Che Noh.
Elly atau lebih sinonim dengan panggilan Kak Lina Pom Pom memaklumkan anaknya bersikap sangat mesra bersama suaminya.
“Anak manja papa, 24 jam bekepit dgn papa dia atas sejadah pun nak bekepit,” tulisnya ringkas.
Foto yang dikongsi memperlihatkan permata hatinya, Putri Sara Sefhia yang sedang berada di pangkuan bapanya di atas sejadah.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat terus mendoakan agar rumah tangga pasangan ini berkekalan hingga ke jannah.
Sekadar informasi, Elly pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Puteri Sara Sefhia, 3 tahun.
Namun, pasangan ini telah bercerai pada 15 Oktober 2015.
Kini, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi telah sah bergelar isteri kepada Mohamad Azlan pada 17 Januari lalu di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Foto: Instagram Elly Mazlein
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berkongsi rakaman video usahawan Sajat dan pembantunya, Mok Kay mengenakan telekung dan baru usai mengerjakan solat di Raudhah, jelas penyanyi nasyid, Fakhrul Radhi ketika di Raudhah, golongan lelaki boleh keluar masuk pada bila-bila masa namun ada laluan khas untuk jemaah lelaki.
Sebaliknya untuk jemaah wanita, hanya tiga waktu sahaja dibenarkan iaitu selepas Subuh, Zuhur dan Isyak.
“Untungnyaaa boleh masuk raudhah. Tp sebenarnya kalau sebelah lelaki boleh 24 jam masuk,” jelasnya.
Pengalaman dikhianati oleh bekas pembantu peribadi membuatkan pelakon, Uqasha Senrose serik dan sukar mempercayai orang luar untuk masuk ke dalam kehidupannya.