Penyanyi, Diandra Arjunaidi, mendedahkan dirinya kini didapati positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan kali kedua.

Menurut Diandra, ujian tersebut dibuat selepas suaminya, Efry Arwis terlebih dahulu dijangkiti wabak berkenaan dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

 “Jadi ini yang terjadi. Seperti semua tahu, selepas Ery didapati negatif pada ujian saringan Covid-19 yang pertama, saya telah menjalani tempoh kuarantin di rumah sejak 21 November lalu.

“Selepas dia didapati postif pada ujian saringan yang kedua, saya telah pun melanjutkan tempoh kurantin yang sepatutnya berakhir pada 11 Disember ini.

“Ini bermakna saya dan Eva perlu membuat ujian saringan sebagai langkah berjaga-jaga walaupun kami tiada melakukan sentuhan fizikal bersamanya sejak 21 November lalu,” tulisnya.

Ads

Menerusi perkongsian di Instagram, penyanyi lagu Angkasa itu meluahkan rasa lega selepas anaknya yang baru sahaja berusia setahun didapati negatif.

“Dipendekkan cerita, kami telah pun membuat ujian swab pada Selasa (1 Disember) dan keputusannya saya didapati positif pada keesokkan harinya (2 Disember).

“Ajaibnya Ava didapati negatif dan saya berharap agar ia berkekalan begitu,” kongsinya lagi.

Ads

Dalam pada itu, Diandra turut menjelaskan dia kini sedang mengasingkan diri di rumah sementara menunggu panggilan daripada pihak pejabat kesihatan daerah untuk membawanya ke hospital.

“Apapun, saya kini sedang kuarantin diri di bilik sejak Selasa dan masih lagi menunggu panggilan daripada pejabat kesihatan daerah (pkd) untuk membawa saya ke hospital. Saya kini masih menunggu dan tiada khabar berita. Boleh bayangkan tak?

Ads

“Dari segi simptom, saya mengalami sedikit masalah ketika bernafas, sakit tekak dan hilang sepenuhnya deria rasa dan bau. Jagalah keselamatan diri anda semua,” katanya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis terkejut apabila mendengar perkhabaran tersebut selain turut menitipkan doa semoga Diandra dan suaminya dapat segera sembuh.

“I’ve Lost 100% Of My Sense Of Smell & Taste,” – Selepas Suami, Penyanyi Diandra Arjunaidi Pula Positif Covid-19 “I’ve Lost 100% Of My Sense Of Smell & Taste,” – Selepas Suami, Penyanyi Diandra Arjunaidi Pula Positif Covid-19

Sumber: Instagram Diandra Arjunaidi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI