
Bakal mengakhiri zaman bujang pada 20 Disember ini, pelakon Farah Nabilah memilih Mohamed Amirul Yunus sebagai pasangan hidupnya.
Farah turut berkongsi detik perkenalan bersama Amirul dan membuka cerita apabila pelakon Izara Aishah yang juga merupakan sahabat baiknya yang memperkenalkan mereka.
“Kami mula berjumpa ke di sebuah restoran di Rasta TTDI. Ketika itu saya belum berlakon dan masih belajar di universiti.
“Pada tujuh tahun lalu, Izara yang bawa saya berjumpa Amirul. Ketika itu Amirul bersama sekumpulan rakan-rakannya.
“Jadi, itu merupakan pertemuan pertama kami di Rasta.
“Kami turut berterima kasih kepada dia (Izara) sebab pertemukan kami dan dia memainkan peranan penting juga dalam kisah cinta kami ini,” kongsi Farah.
Pasangan ini ditemui di Hotel Majestic, Kuala Lumpur menerusi Sidang Media Mahligai Cinta Sidang Media Bersama Farah Nabilah, pagi Rabu.
Sementara itu, Amirul yang merupakan seorang juruterbang di sebuah syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) akui tertarik dengan senyuman manis bintang drama Cik Reen Encik Ngok Ngek itu.
“Saya tertarik dengan dia (Farah) kerana senyuman manis dia.
“Apabila dia senyum, hati saya mulai cair dan rasa tenang melihatnya,” jujur Amirul.
Pasangan ini bakal mengadakan majlis pernikahan pada 20 Disember ini.
Farah,27 dan Amirul,28, juga bakal mengadakan tiga majlis resepsi iaitu pada 28 Disember (belah lelaki), 21 Disember dan 5 Januari 2020 (sebelah perempuan) di sebuah hotel terkemuka sekitar Kuala Lumpur.
Terdahulu, Amirul merisik Farah pada awal tahun ini.
Pasangan ini merupakan selebriti pertama yang bakal ditampilkan dalam portal terbaru di bawah jenama program perkahwinan popular TV3, Mahligai Cinta.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Genre Berbeza, Tak Pernah Buat Sebelum Ini,” – Figura Adlin Aman Ramli Terlibat Filem Genre Aksi Unit Beruniform Pada Usia 50 Tahun, Babak ‘Fighting’ Paling Mencabar

Lebih tiga tahun menyepikan diri, pelakon Adlin Aman Ramlie menanti peluang untuk beraksi dalam filem genre aksi, sekali gus mengubat kerinduan peminat di persada perfileman tanah air.
Adlin, 50, berkata, dia juga terima tawaran untuk berlakon dalam filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang itu kerana tertarik dengan naskhah filem genre aksi unit beruniform itu.
“Sebenarnya, ada beberapa sebab saya terima tawaran berlakon dalam filem ini. Saya juga sudah kenal lama dengan pengarah, Allahyarham Pitt Hanif sejak zaman 1990-an lagi ketika arwah belajar di Akademi Filem, manakala saya pula di Akademi Seni Kebangsaan.
“Saya percaya arwah Pitt juga yang mencadangkan nama saya kepada penerbit untuk membintangi filem ini. Saya rindu mahu kembali berlakon, jadi terima tawaran kerana memberi sokongan pada rakan dalam industri perfileman tempatan.
“Justeru, bila dapat tawaran buat filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang ini yang juga genre aksi beruniform, saya terus tertarik kerana ia genre berbeza dan tak pernah buat sebelum ini,” katanya.
Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang terbitan Flying Deals Sdn Bhd dan Arie Zaharie Production dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) itu menampilkan gandingan dua aktor dan aktres popular Saharul Ridzwan dan Julia Farhana Marin selaku teraju utama.
Selain Adlin, filem ini turut menampilkan Datuk Fizz Fairuz, Sabri Yunus, Kodi Rasheed, Gambit Saifullah, Aziz M Osman, Sherie Merlis, Wanna Ali, Jaja Iliyes, Aman Nassim, Hafiz Nafiah, Yuznor, Azlan Komeng, Hushairi Husain, Akmal Ahmad, Eqy Affandi, Iman Zulkarnain dan Trisha Ooi.
Berkongsi mengenai watak, kata Adlin, dia melakonkan watak antagonis iaitu Samat yang juga ketua penjenayah dalam filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang itu.
“Watak Samat adalah ketua yang menjalankan misi dan memberi arahan kerana ketua nombor satu adalah Sabri Yunus. Filem ini menampilkan babak aksi pergaduhan yang penonton tidak pernah tengok saya lakonkan sebelum ini.
“Saya juga tidak merujuk sesiapa untuk melakonkan watak Samat, sebaliknya ia mengikut idea dan kreativiti sendiri.
“Saya hanya menonjolkan karakter Samat seorang yang dinamik dan ada pesona dan energinya. Gaya saya berlakon memang konsisten dari dulu sampai kini,” katanya.
Ditanya babak paling mencabar pula, kata Adlin, dia perlu melakonkan babak fighting (pergaduhan) di pulau dengan watak utama, Leftenan Maritim Hafiz (Saharul) dalam filem itu.
“Saya juga menjalani latihan ‘fighting‘ dengan bimbingan dari koreografer profesional seminggu sebelum penggambaran. Selain itu, ada juga sesi latihan di studio.
“Babak pergaduhan itu aksi yang berterusan dan sudah namanya filem aksi, ia membabitkan banyak percubaan untuk dapatkan shot menarik. Setakat tubuh lebam-lebam buat babak bertinju itu perkara biasa dalam filem aksi,” katanya.
Adlin berkata, dia juga berkampung lebih tiga minggu di Pulau Langkawi sepanjang penggambaran filem itu.
“Banyak cabaran dihadapi ketika penggambaran di Pulau Langkawi kerana ia membabitkan kawasan laut dengan angin kuat dan ombak yang kencang.
“Ada masanya kami barisan pelakon dan kru terpaksa berpatah balik ke darat kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan untuk kami meneruskan penggambaran,” katanya.
Mengulas pengalaman bekerja dengan arwah Pitt selaku pengarah pula, kata Adlin, dia tiada masalah bekerjasama dengan pengarah muda itu kerana mereka sudah kenal lama.
“Arwah Pitt, penuntut lulusan bidang filem dan memiliki pengalaman luas dalam bidang pengarahan. Saya juga mengenali personaliti dirinya dan cara proses kerja dia saya sudah tahu.
“Kami juga berbincang mengenai watak ketika sesi pembacaan skrip dan saya juga beri idea dan pemikiran untuk menterjemahkan watak saya lebih matang berbanding pelakon lain.
“Kalau saya berasa babak itu itu tak okay ketika sesi pembacaan skrip, saya beritahu kepada arwah dan cakap terus terang sahaja dengannya. Arwah juga beri kepercayaan pada keputusan yang saya buat dan memudahkan kami bekerjasama untuk memberikan yang terbaik pada filem itu,” katanya lagi.
Sementara itu, ditanya kelainan dan tarikan pada filem itu, kata Adlin, dia mengucapkan tahniah kepada Maritim Malaysia kerana mereka memberikan sokongan kepada industri perfileman tempatan dengan bekerjasama dalam pembikinan filem skala besar ini seiringan dengan agensi seperti Polis Diraja Malaysia, tentera dan sebagainya.
“Namun, bagi saya penceritaan filem ini menarik dan satu kejayaan yang besar dalam industri perfileman kita kerana Maritim Malaysia hanya meletakkan posisi mereka di latar belakang filem ini sahaja.
“Apa yang menarik, Maritim Malaysia juga memaparkan jalan cerita bagaimana anggota mereka juga tertipu dengan penjenayah, anggota mereka kena tembak, kapal mereka kena tawan (hijack) dan keadaan yang tidak boleh dikawal serta nampak penjahat lebih berkuasa dari mereka.
“Walaupun pada penghujung cerita Maritim Malaysia berjaya menumpaskan kumpulan penjenayah terbabit. Filem ini juga ada ‘attitude’ dan tidak klise dari filem genre aksi lain yang pernah diterbitkan sebelum ini,” katanya.
Filem edaran Metrowealth International Group dan disokong Primeworks Studios (PWS), Media Prima Berhad (MPB). Ia mula menjengah pawagam seluruh negara termasuk ditayangkan serentak di Singapura dan Brunei Darussalam sejak 2 Februari lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Pertama Kali Dalam Hidup Jual Baju Raya,” – Sempat Catwalk 3 Minit, Jihan Muse Turut Kongsi Status Kesihatan

Jihan Muse menerusi Instagram ada menyatakan rasa teruja apabila buat pertama kali, dia akan menjual koleksi baju rayanya sekeluarga dengan kerjasama Starvilion.
“Terima kasih semua yg dtg harini #starvilionbalikraya2019 #starvilionexpress
“Alhamdulillah buat pertama kali dalam hidup saya jual baju raya. Jemput lah beli di @starvilion . Ada koleksi kami anak beranak,” tulisnya.
Jihan pada masa sama turut berkongsi perkembangan terhadap status kesihatannya sebelum ini.
“Alhamdulillah juga saya tak kena slipdisc cuma kena berhati2 dan berjaga2 sebab terkehel sedikit. Alhamdulillah dpt gak catwalk 3 minit tadi.
“Masa kerja memang hilang segala sengal. Skrg ni dia da start nyut nyut balik. Elok la mak baring dulu. Terima kasih semua atas doa & ucapan.
“Tunggu baju2 kami di @starvilioncatalogue nanti ok,” akhiri Jihan.
View this post on InstagramA post shared by JIHAN MUSE (@jihanmuse) on
Jihan beberapa hari lalu ada berkongsi mengenai dirinya yang telah melakukan imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI) di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
View this post on InstagramA post shared by JIHAN MUSE (@jihanmuse) on
Foto: Instagram Jihan Muse
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jodoh Kuat Ni,”- Disamakan Macam Farah Nabilah, Netizen Usik Nakal Fikry Ibrahim Bila Guna Filter ‘Tukar Jantina’

Tular di media sosial apabila penggunaan aplikasi Snapchat mendapat perhatian ramai, termasuk para selebriti.
Malah, aplikasi tersebut mampu ‘mengubah’ wajah seorang lelaki kepada wanita, begitu juga sebaliknya.
Dalam pada itu, pelakon Fikry Ibrahim juga tidak ketinggalan untuk berbuat demikian.
“Ramai tanya kak fifi prefer baby or sayang but kak fi prefer dipanggil baby. Ceriakan pagi anda bersama baby fifi because baby fi want you,” tulisnya.
Hasil daripada aplikasi tersebut, rata-rata netizen telah memberikan komen nakal kepada pelakon drama Cik Reen Encik Ngok Ngek itu seiras Farah Nabilah.
Terdahulu, aplikasi ini telah menghiburkan ramai orang apabila para selebriti terjebak dengan filter ini antaranya Janna Nick, Shiha Zikir, Elizabeth Tan, Ayda Jebat dan ramai lagi.
View this post on InstagramA post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on
View this post on InstagramKalau lizzy jadi lelaki muka mcm ni, korang akan mengorat I tak? ???
A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtsm) on
Foto : IG Fikry Ibrahim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI