Izara Aishah Selamat Bersalin Anak Kedua

Share

Pelakon Izara Aishah selamat bersalin anak kedua dan berita gembira itu dikongsikannya bersama suami, Adib Khalid menerusi Instagram masing-masing, sebentar tadi.

Di dalam video pendek yang dikongsi, kelihatan Adib sedang memangku bayi yang baru dilahirkan itu sambil diperhatikan anak pertamanya, Irisa Alaia.

Belum berkongsi mengenai perincian kelahiran anak keduanya itu, masing-masing hanya meletakkan emoji ‘tangan yang sedang berdoa’ menerusi ruangan kapsyen.

Sejurus berita tersebut dimuat naik, peminat dan rakan selebriti menitipkan ucapan tahniah atas kelahiran.

Izara dan Adib mendirikan rumah tangga pada 17 November 2017 selepas tiga tahun menyulam cinta.

Pemenang tempat kedua Dewi Remaja 2009/2010 itu turut memiliki seorang cahaya mata perempuan, Irisa Alaia yang kini berusia tiga tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH