Categories: Berita

Izara Aishah Selamat Bersalin Anak Perempuan

Share

Menerusi instagram Tya Arifin, pelakon itu memaklumkan birasnya, Izara Aishah telah bersalin anak perempuan pada 15 April 2020.

Namun jelasnya mereka sekeluarga tidak dapat bersama dan melawat di hospital atas keadaan yang tidak mengizinkan.

“Foto by Me.

Ingat lagi, saat Tya ambil gambar ni, Tya paksa kak Icha posing.

“Kak ambil gambar sikit..”

“Ehh takyaaalah…”

“Jap jee, kenang kenangan bila lagi tengok perut akak buncit 😛 kalau tak pregnant”

“Ya, nasib baik Tya ambik juga, memang betul jadi kenangan pregnant baby pertama. Karna Alhamdulillah 15/4 Kak Icha telah melahirkan baby perempuannya.

“Sedih tak boleh nak tengok kak icha n baby di hospital dikarenakan keadaan tak memungkinkan

😭

“Apapun, “Welcome To The Club kak Icha”

This is The Real Life Hahahaha

Agaknya kak icha dah boleh dah follow ig @kitaibuhebat ni 😛 dah boleh gang #kitaibuhebat

Ketepikan sekejap fesyen fesyen, fesyen skrg breastfeeding cover 🙈

“Kiss untuk baby dari kita semua,” kongsinya.

Untuk rekod, Izara mendirikan rumah tangga bersama Adib Khalid yang juga merupakan anak tiri kepada penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza.

Pasangan ini berkahwin pada 17 November 2017.

Foto : Instagram Tya Arifin

Published by
Noraini Abd Wahab