Penyanyi Kaka Azraff menitipkan dedikasi teristimewa buat suaminya, Adam Azriff yang banyak berkorban bagi dirinya.
Apresiasi itu diberikan Kaka atau nama sebenarnya, Nor Atiqa Noor Azraff, 32, buat Adam sejurus lagu Gila dinotbatkan sebagai juara utama di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) Ahad lalu.
Kaka menjelaskan, Adam memahami dan sanggup mengambil alih tugasnya seketika demi memastikan dirinya fokus menghadapi AJL35 tempoh hari.
“Thank you for everything my love. Izinkan i focus, takeover my routine, bangun pagi siapkan Aslan sebab nak bagi i tidur lama.
“Bagi idea, plan kan our stage performance and mood. Macam2 u sacrifice utk i settlekan AJL, thank you sayang,” tulisnya.
Kaka turut menambah kejayaan yang diraih adalah berkat doa dan semua.
“Berkat doa you semua ni InshaAllah. My no1 supporter, my bestfriend #AJLgila #GILA @helloadamazriff,” tulis Kaka lagi.
Perkongsian tersebut turut mendapat reaksi peminat dan rakan artis yang sama-sama meninggalkan ucapan tahniah atas kejayaan lagu tersebut di acara muzik tahunan itu.
Kemenangan lagu ciptaan Ezra Kong, Noki dan Loca B itu melayakkan mereka membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM50,000.
Kaka dan Adam mendirikan rumah pada 14 Disember 2018 selepas dirisik oleh keluarga belah lelaki pada 27 November tahun sama.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Aslan Adam pada 11 Oktober 2019.
Terdahulu beberapa hari sebelum AJL berlangsung, neneknya, Allahyarham Asmah Long, 92, meninggal dunia akibat sakit tua di kediaman di Telok Gadong, Klang.
Sementara itu, Kaka menerusi sidang media sejurus AJL35 turut akui dia terpaksa memendam rasa sedih atas pemergian nenek tersayang kerana tidak mahu emosi itu menyebabkan dirinya hilang fokus selain tidak mahu menyusahkan sesiapa atas masalah peribadinya.
“Terlalu banyak perkara yang berlaku menjelang AJL35. Selain jadual padat, Kaka hilang telefon bimbit. Tiga hari acara berlangsung, nenek pula meninggal dunia.
“Semua kesedihan itu saya sembunyikan seketika. Saya perlu fokus kepada persembahan AJL.
“Ketika arwah nenek meninggal, seharian saya menangis. Tetapi rintihan itu disimpan dahulu. Saya tidak mahu mengecewakan pasukan yang bertungkus-lumus memastikan persembahan lancar,” katanya yang turut mempunyai hubungan rapat bersama arwah
Foto: Instagram Kaka Azraff, TV3 Malaysia, Muzik-Muzik