Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein yang baru sahaja selesai majlis merisik hari ini, memberi dedikasi buat semua yang terlibat dalam menjayakan majlis bermaknanya.
Majlis tersebut yang hanya dihadiri ahli oleh ahli keluarga kedua belah pihak telah dilangsungkan di kediaman pihak perempuan di Cyberjaya.
Menerusi Instagram, penyanyi Bakawali turut berkongsi foto saat dirisik bakal suami.
“Izinkan merasa detik ini. Dlm memenuhi Impian majlis merisik kami sekeluarga, dlm masa yg sama ada juge pihak yg sedang mencari rezki & sedang mendaki utk mencipta nama serta melebarkan sayap dlm bidang masing2.
“Dengan adanya majlis,Sudah pasti ada kaitan dgn para peniaga.. dgn erti kata lain, setiap majlis pasti ada juge rezki org lain. Jutaan terima kasih buat team #MerisikCintaAzlanElly diatas kerjasama ini.
Semoga Impian kita semua tercapai.. Doa says buat kalian semoga terus berjaya dalam perniagaan anda. Lebarkan sayapmu,” tulis Elly lalu memberikan dedikasinya.
Elly sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah drama, Azmi Hatta pada 9 November 2014, bagaimanapun berpisah pada 15 Oktober 2015.
Elly menerusi temu bual bersama media mengakui bakal mendirikan rumah tangga tahun hadapan, namun semuanya akan dijelaskan secara terperinci menerusi satu sidang media khas.
Foto: Instagram Elly Mazlein