
test

Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Semoga Dapat Jumpa Di Taman Syurga,”- Sudah 20 Tahun Pergi, Kaka Azraff Rindu Arwah Bapa

Malam tadi, penyanyi Kaka Azraff telah bermimpi arwah bapanya, Noor Azraff.
Lantas, penyanyi Sibuk itu telah memuat naik status di Twitter dan meluahkan rasa rindu terhadap arwah bapanya.
“Kaka mimpi ayah. Ayah senyum. I miss your face. Its been 20 years, but your face still fresh in my mind..
“Kaka rindu ayah. Al-Fatihah Noor Azraff bin Aminuddin. Semoga kita dapat berjumpa di taman syurga Allah. I miss you. I really do,” tulisnya.
Lalu,netizen telah memberikan kata-kata semangat buat penyanyi lagu Biar Ku Jalan dulu itu dan turut sedekah doa buat arwah bapanya.
Apa-apa pun, semoga Kaka sekeluarga tabah menghadapi ujian Allah dan sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah .
Twitter : Kaka Azraff
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kita Rockers Hari Ini Putus, Semalam Dah Okay,” – Hubungan Dengan Rody & Adda Baik, Ewal Rasa Janggal Kalau Bergaduh

Vokalis kumpul Kristal, Ewal Ismail mendedahkan hubungannya bersama gitaris utama kumpulan tersebut, Rody tidak pernah berubah meskipun hasratnya untuk berkahwin dengan adiknya, Nur Syuhada Baharuddin tidak kesampaian.
Menurut Ewal atau nama sebenarnya Ikhwal Hafiz Ismail, dia dan Syuhada juga masih lagi berkawan baik dan mereka tiada masalah untuk bekerja bersama.
“Walaupun saya sudah berpisah dengan bekas tunang, hubungan saya dengan Rody tetap baik. Saya rasa dia pun lebih lega bila saya putus tunang.
“Bukan dengan Rody sahaja, hubungan dengan Adda juga tetap baik. Dia juga masih datang ke studio saya untuk mengadakan sesi rakaman lagu cover,” katanya kepada MH.
Bintang kelahiran Akademi Fantasia musim ke-11 itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Konsert Anniversary Ke-33 Damasutra yang berlangsung di Malaysia Tourism Center (MATIC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada Isnin.
Bagaimanapun, Ewal memaklumkan dirinya akan tetap menjaga batas pergaulan memandangkan Syuhada atau lebih mesra disapa Adda kini telah pun bergelar isteri orang.
“Hubungan saya dengan Adda memang sangat profesional. Kami juga menjaga batas antara satu sama lain. Saya kenal mereka (Adda & Rody) sejak kecil. Rasanya lebih janggal kalau kami terus bergaduh,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Ewal menegaskan dirinya sudah pun melupakan kisah cinta lamanya dan kini mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap kumpulan Kristal.
“Kekecewaan saya ini sebenarnya sudah lama terubat. Bagaimanapun, saya masih lagi belum menjumpai pengganti. Cukup-cukup la dahulu.
“Sekarang ini, fokus saya hanya pada Kristal memandangkan ketika ini kami sedang sibuk dengan undangan persembahan. Lebih baik saya fokus kepada kerjaya seni terlebih dahulu.
“Kita ni rockers, hari ini putus, semalam dah okay,” akhirinya.
Sekadar informasi, pertunangan Ewal dengan Adda September 2021 hanya mampu bertahan sebulan lebih, bagaimanapun mereka tidak menguar-uarkan bila ikatan itu berakhir.
Adda yang pernah menganggotai kumpulan Butterfly kemudiannya difahamkan telah bernikah dengan lelaki pilihan hatinya.
Sementara itu, Kristal dipilih menjadi band jemputan untuk Konsert Anniversary Ke-33 Damasutra.
Mereka difahamkan akan mengisi slot ‘Idola’ dengan membawakan lagu-lagu rock popular tahun 90-an.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sekarang Saya Percaya Duit Tak Boleh Beri Kebahagiaan…,” – Ulang Alik Kuala Lumpur-Kedah Jaga Ibu Sakit Strok, Fikry Ibrahim Insafi Diri

Pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim tidak dapat menahan sebak sehingga menitiskan air mata apabila ditanya mengenai keadaan terkini ibunya, Bibi Zaleha, 74 yang setelah diserang penyakit ‘minor stroke’ sekitar dua tahun lalu.
Maklum Fikry, buat masa ini dia ulang alik dari Kuala Lumpur ke Jitra, Kedah bagi memberi sepenuh perhatian menjaga ibu tersayang.
“Buat masa ni, memang sukar untuk saya terima tawaran tempoh masa komitmen yang panjang sebab saya sekarang tengah menjaga ibu saya.
“Sehingga ke hari ini, saya masih lagi berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Kedah untuk jaga mak saya yang sedang sakit “minor stroke’.
“Jadi sebab itu sekarang saya dah kurang main media sosial dan lebih banyak bahagikan masa untuk diri sendiri dan keluarga. Bermaksud, saya lebih fokus kepada mak saya,” katanya.
Fikry atau nama sebenarnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim menambah, situasi yang berlaku telah membuatkan dirinya sedar bahawa duit tidak boleh memberikan kebahagiaan.
Tambahan pula, ibunya kini turut berdepan dengan masalah ingatan akibat daripada penyakit yang dialaminya itu.
“Sekarang saya percaya yang duit tidak boleh beri kebahagiaan dan jika satu hari nanti dia sudah tiada duit yang saya kerja tu sia-sia lah.
“Apabila dia sakit, dia sering mengimbau balik ke memori zaman dia muda, jadi ingatan dia sudah tidak lagi seperti dahulu.
“Sewaktu pertama kali dia kena “minor stroke’, ada satu masa tu dia pernah lupa nama saya. Sepanjang saya hidup, mak saya tak pernah lupa nama saya.
“Oleh sebab itu, saya sebolehnya tak nak benda itu terjadi lagi dah. Selagi dia hidup, saya nak jaga dan tak nak menyesal suatu hari nanti.
“Isteri saya boleh ganti, kawan saya boleh cari, anak boleh buat baharu tapi ibu tetap satu-satunya,” luahnya lagi.
Sebelum ini, Fikry memaklumkan mengenai keadaan ibunya yang diserang penyakit ‘minor stroke’, sekitar Mac tahun lalu.
Ekoran situasi yang berlaku, pelakon berusia 28 tahun ini terpaksa menunda segala komitmen kerja di ibu kota bagi memberi sepenuh perhatian kepada ibunya.
Fikry berkongsi hal tersebut ketika ditemui sejurus Sidang Media Pencarian Dewi Remaja 2022 di Z Botanica by Nicsmann, One Utama.
Menerusi sidang media tersebut, Fikry sebagai hos tetap program berkenaan.
Pencarian Dewi Remaja 2022 bakal ditayangkan selama lapan episod bermula 16 Julai depan, pada setiap hari Sabtu jam 9 malam di saluran Astro RIA.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI