Uncategorized

Izreen Akur Permintaan Suami Untuk Rahsiakan Perkahwinan

Share

Heboh di media sosial baru-baru ini dengan kontroversi yang melibatkan pelakon wanita popular, Izreen Azminda tentang isu perkahwinannya dengan seorang ahli muzik yang berstatus suami orang.

Kontrovesi tersebut telah mendorong netizen melemparkan kecaman demi kecaman terhadap pelakon tersebut malah ada yang mendakwa dirinya sebagai perampas suami orang.

Terbaru menerusi perkongsian Izreen di Instagram dia telah meluahkan isi hatinya dengan berkata dia hanya menurut permintaan suaminya untuk tidak menghebohkan tentang perkahwinan mereka.

“❤”ALHAMDULILLAH”❤.. Dan buat tatapan semua… saya ingin memohon maaf kerana tidak memberitahu berita ini sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai status saya..

 

“saya faham status saya sebagai seorang selebriti seharusnya saya berkongsi berita ini iaitu mengenai pernikahan saya bersama suami..Muhammad Radzi Abdul Wahid yg telah dinikahkan sendiri oleh bapa kandung saya di Sunway Damansara pada 8 Ogos 2017 lalu dan hanya dihadiri ahli keluarga dan teman rapat shj..

 

“tetapi memandangkan status saya sebagai isteri juga..saya terpaksa akur dgn permintaan suami supaya tidak menghebahkan berita ini sementara waktu memandangkan ini adalah pernikahan kali kedua buat saya..majlis diadakan bersederhana shj mengikut hukum syarak…

 

“Dan terima kasih buat teman-teman rapat.. keluarga dan keluarga mentua kerana memegang amanah ini sebaiknya sehingga kenyataan dikeluarkan dengan keizinan suami… Cuma yang saya harapkan.. hentikanlah sebarang kenyataan yg anda sendiri tidak tahu apa yg terjadi dlm rumah tangga kami..dan cepat menjatuhkan hukum dengan apa yg anda baca dan lihat..

 

“seperti yg saya katakan..tidak perlu sy mencari bukti utk menunjukkan kebenaran.. kerana kebenaran yg sebenar akan dtg dgn sendiri tentang apa yg terjadi..itu biar masa yg menentukan…cukuplah hanya doa yg terbaik dari anda semua dan semoga segalanya dipermudahkan buat saya suami dan intan…amin ?,” tulis Izreen.

Mungkin kerana terlalu banyak kecaman yang diterima oleh pelakon ini membuatkan dia menutup ruang komen pada perkongsiannya ini.

Buat semua netizen, sebagai orang luar yang tidak tahu menahu apa situasi sebenar dalam rumah tangga mereka ini janganlah terlalu cepat kita menghukum dan menjatuhkan kesalahan terhadap mereka berdua. Mungkin apa yang terjadi ada kebaikan dan hikmahnya.

Apapun MH doakan rumah tangga Izreen ini diberkati dan berkekalan hingga ke syurga. Kita doakan sahaja yang baik-baik buat mereka sekeluarga.

Sumber: Instagram Izreen Azminda

Published by
Izzati Ramli