Meski bergelar ibu tiri, pelakon Izreen Azminda tetap mencurahkan kasih sayang sama terhadap dua anak suaminya menerusi perkahwinan terdahulu.
Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam ada memuat naik foto dan video di laman media sosial Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, ia merakamkan aksi suami kepada pelakon berusia 34 tahun itu telah meluangkan masa bersama anak-anaknya.
https://www.instagram.com/p/B2DbeQRHPH0fe9YAvbxMTfnqgTPEmS0vSOjDfk0/
Terdahulu, Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos lalu di Damansara, Petaling Jaya.
Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014.
Keduanya dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar.
Sementara itu, Ude juga pernah mendirikan rumah tangga bersama Intan Liana Saleh pada Mac 2013 namun bercerai pada Mac 2018.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki.
Gambar : Instagram Izreen Azminda
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Ingin Jadi Remaja Yang Baik..,” – Hero Remaja Mierul Aiman Tak Mahu Dibuai Mimpi, Nak ‘Jaja’ Bakat Bukan Kontroversi
Setelah beraksi selama 16 minggu menerusi episod utama dan prelude, akhirnya, gelaran Hero Remaja 2021 telah pun dianugerahkan kepada Mierul Aiman.
Mierul telah pun berjaya mengetepikan saingan daripada tiga finalis lain sekali gus membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM10,000.
Bagaimanapun, Mierul mengakui gelaran juara bukanlah tiket baginya untuk bersenang-lenang menantikan tawaran yang mendatang sebaliknya dia harus bekerja dengan lebih keras untuk membawa namanya sebagai juara Hero Remaja yang baru.
Malah, berdasarkan rekod terhadulu, ada kalanya para finalis lain dilihat lebih menonjol berbanding penyandang juaranya sendiri.
Namun, jejaka asal Putrajaya ini tetap percaya dengan sega ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
“Secara peribadi, saya sebenarnya percaya kepada rezeki masing-masing. Saya berpegang pada satu perkara, rezeki itu bukan datang cepat atau lambat tetapi ia datang pada waktu yang tepat.
“Selain daripada percaya kepada kekuatan diri serta perjalanan proses itu sendiri, kita juga harus iklas dan tahu matlamat yang ingin dibawa. Sifat itu sebenarnya akan membawa kita ke tahap yang kita inginkan.
“Misalnya dalam bidang lakonan, andai kata rezeki saya lambat, saya tetap percaya satu masa nanti saya akan sampai juga ke tahap yang saya impikan,” kayanya kepada MH.
Pelajar jurusan Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Selangor (UNISEL), Bestari Jaya ini berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Finale Hero Remaja 2021 yang berlangsung di pejabat Nu Ideaktiv, Shah Alam pada Isnin.
Ketika ditanya adakah dia sudah bersedia untuk berhadapan dengan segala kontorversi sebagai seorang anak seni, ini reaksi yang diberikan oleh Mierul;
“Nak cakap bersedia atau tidak untuk berhadapan dengan segala kontorversi selepas berakhirnya program Hero Remaja, sejujurnya memang tidak. Saya pun tiada sebarang perancangan untuk terlibat atau mengatur apa-apa kontroversi.
“Tetapi perkara tersebut merupakan asam garam dalam dunia industri. Mungkin perkara itu akan hadir dengan sendirinya. Saya akan cuba untuk menanganinya dengan matang dan baik.
“Saya akan sentiasa peka dengan setiap perkara yang berlaku. Kadang kala orang luar hanya menilai daripada perspektif mereka sahaja. Jadi, kita kena dengar daripada kedua-dua belah pihak. Kalau perkara itu salah, saya akan cuba baiki.
“Buat masa ini, saya menjual diri saya dengan bakat dan karya-karya yang ingin saya sampaikan,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Mierul turut menyifatkan platfrom Hero Remaja ini bukan sahaja medan bagi dirinya untuk bertapak di dalam dunia seni, malah ia juga sebenarnya secara tidak langsung telah melatih dirinya untuk menjadi remaja yang lebih baik.
“Hero Remaja ini merupakan platform untuk saya menjadi remaja dan manusia yang lebih baik. Sebenarnya ada banyak lagi ilmu di luar sana yang saya kena cari.
“Saya bukan hanya nak berjaya dalam industri tetapi saya juga ingin menjadi remaja yang baik kepada masyarakat.
“Mungkin saya akan sertai pelbagai lagi kelas-kelas untuk memperbanyakkan ilmu dan pengalaman,” akhirinya.
Mengakui dirinya berasa agak ralat kerana tidak berkesempatan untuk berkerja dibawah arahan pengarah tersohor, Allahyarham Mamat Khalid, namun Mierul mendedahkan dia juga teringin untuk berkerjasama dengan pengarah-pengarah hebat lain seperti Razaisyam Rashid, Khir Rahman dan Nik Amir.
Pada malam finale yang berlangsung pada Sabtu lalu, Mierul telah diumumkan secara rasmi sebagai juara manakala tempat kedua pula disandang oleh Aqil Taqeeudin.
Tempat ketiga dan keempat pula masing-masing dimenangi oleh Fazziq Muqris dan Afiq Hamidon.
Anugerah Hero Favourite pula di jatuh kepada Syazani Zainal dan Hero Inspirasi pula sekali lagi disandang oleh Aqil Taqeeudin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ramai Nak Pukul Diorang Ni,” – Bravo Anak Muda! Ogy Ahmad Daud Puji Pelakon Pembantu Drama Ayahanda
Pelakon senior, Fauziah Ahmad Daud memuji mutu lakonan yang telah ditampilkan oleh para pelakon tambahan drama Ayahanda yang disifatkan semakin mendapat perhatian di kalangan penonton.
Jelas Fauziah atau lebih mesra disapa Ogy, kesemua individu ini telah pun menghidupkan watak mereka sebaiknya dan secara tidak langsung telah memberikan sokongan yang baik buat para pelakon utama.
Katanya lagi, konflik yang dicetuskan oleh mereka ini turut telah berjaya menimbulkan rasa amarah di kalangan para penonton.
“Hero-hero kampung yang tak didendang dalam “AYAHANDA”. Mereka ni la yang mencetuskan konflik dalam drama ni.
“Pelakon pembantu pun main
peranan penting untuk membantu
pelakon utama. Menjadi sungguh lakonan mereka sampai ramai yang nak
pukul diaorang ni,” tulisnya.
Pujian tersebut dikongsikan oleh Ogy yang membawa watak Noriah itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Ogy turut memaklumkan, kesemua mereka ini wajar diberikan pujian kerana telah berjaya meninggalkan kesan yang mendalam menerusi kualiti lakonan yang mantap di dalam drama tersebut.
“Tahniah dan tepukan gemuruh. Chem Amar @chem_amar (Mat Rejab) dia hero filem “Chowrasta”. Hafeezul Yob (Mat Chin) dia ni penulis skrip @hafeezuwhy dan Mohd Azril Zainol (Roslan)
@hasbaen ni anak murid saya. Kamu bertiga berjaya meninggalkan impak dalam “AYAHANDA” bravo,” ujarnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan pandangan yang sama selaik turut memuji perana yang telah dimainkan oleh seluru tenaga kerja drama Ayahanda ini.
“Rasa nak cili mulut masing-masing. Hehe. Good job guys.
“Pergi sembahyang tapi kuat mengutuk depa ni.
“Yang tengah tu asal tengok muka dia urut dada. Sabar jelah.
“Aku kalau jumpa Mat Rejab ni tah tahulah nak ambil gambar ke nak penampar. Geram betul dengan muka dan perangai.
“Tahniah kepada seluruh kru, pelakon dan pengarah,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Terdahulu, drama, Ayahanda bersiaran pada setiap Rabu hingga Sabtu jam 9 malam di saluran TV3.
Selain Ogy, drama ini turut dibintangi pelakon-pelakon hebat lain antaranya Jalil Hamid, Fikry Ibrahim, Noor Khiriah dan ramai lagi.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Ogy Ahmad Daud
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Assalamualaikum, Salama Samheizy,” – Comel Senyum! Shaheizy Sam Kongsi Wajah & Nama Anak
Pelakon dan usahawan, Shaheizy Sam akhirnya mendedahkan jantina serta wajah zuriat ketiganya bersama para pengikut akaun media sosial Instagram.
Suami kepada pelakon Syatilla Melvin ini turut mendedahkan nama permata hatinya itu menenerusi hantaran yang yang sama.
“Assalammualaikum . Salama Samheizy Binti Shaheizy Sam here. Please be good to me, dear world. I’ll be your best friend,” tulisnya ringkas.
Sekadar informasi, Syatilla yang turut mesra disapa Tilla selamat melahirkan cahaya mata ketiganya di Hospital KPJ Ampang Puteri, Isnin lalu.
Imbas kembali, pasangan selebriti mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 8 Februari 2016.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini turut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Shaheizy Sam
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI