Izreen Azminda Kongsi Foto Percutian Keluarga Di Pulau Pinang, Harmoninya!

Share

Selepas melahirkan anak kedua bernama Aaron Ibrahim pada 29 Jun lalu, pelakon Izreen Azminda dilihat kian berbahagia bersama keluarga.

Malah, bintang itu sering berkongsi momen istimewa bersama menerusi Facebook khususnya.

Kongsi pelakon berusia 34 tahun itu juga, dia memaklumkan telah pergi bercuti di Pulau Pinang bersama suami dan anak.

Terdahulu, Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos lalu di Damansara, Petaling Jaya dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Aaron Ibrahim.

Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar.

Foto: Instagram Izreen Azminda

Published by
Nazar Rafiqhi