Memiliki tubuh badan yang cantik dan langsing merupakan impian untuk semua kaum wanita.
Pelakon Izreen Azminda ada memuat naik satu video di akaun Instagram miliknya.
Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam ada berkongsi tips untuk kurangkan berat badan.
“PETUA KAMPUNG UNTUK KAWAL NAFSU MAKAN. boleh kempiskan perut dan kurus 1 badan
“Hanya minum 2x sehari 3 hari lost 3kg! 7 hari lost 10kg! 1 bulan lost 20kg!
“Minuman buang lemak untuk menurunkan berat secara mendadak.
“Teh ni akan sedut semua lemak peha, lengan dan perut. Harga pun murah serendah RM15 je”tulisnya.
https://www.instagram.com/p/BzQMLTGHtGJ4EeVmIQl3NIP_cJhU_tSjliIKw40/?igshid=tjwkv6qhxwff
Terdahulu, Izreen telah mendirikan rumah tangga bersama Ude atau nama sebenar Muhammad Radzi Abdul Wahid pada 8 Ogos yang lalu.
Moga tips yang dikongsi pelakon yang berusia 33 tahun ini dipermudahkan.
Video : Instagram Izreen Azminda
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Pekerja Menelefon Memberitahu Berlaku Kebakaran,” – Kerugian Dianggarkan RM6,000, Pelakon Safwan Nazri Reda Kedai Dijilat Api
Bintang media sosial dan pelakon, Safwan Nazri reda selepas diuji apabila salah satu cawangan kedainya terlibat kebakaran di Podium, Sungai Penchala, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Selepas lebih kurang empat bulan perniagaannya dihentikan operasi akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bintang Hero Remaja 2017 itu difahamkan telah memulakan perniagaan francais Ayo Fried Chicken itu kira-kira dua tahun lalu.
Safwan kini sudah mempunyai enam cawangan francais berkenaan termasuk di Lembah Klang serta di bahagian Utara seperti Kedah dan Perak.
Meski mengakui perniagaannya sedikit terjejas akibat PKP), Safwan menyifatkan apa yang berlaku sebagai ujian.
“Baru sahaja nak mulakan semula operasi perniagaan di cawangan Podium KL, saya telah menerima khabar duka cita apabila pekerja kami menelefon memberitahu bahawa berlakunya kebakaran di kedai kami.
“Pada mulanya saya terkejut dan panik kerana ingatkan satu Podium terbakar, tetapi Alhamdulillah api berjaya dipadamkan segera dan tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku,” katanya memetik Remaja.
Safwan pada masa turut berkongsi anggaran kerugian ekoran musibah yang menimpa.
“Saya juga tidak dapat memastikan lagi berapa kerugian yang ditanggung kerana belum sempat untuk melihat secara keseluruhannya. Tetapi dianggarkan lebih kurang RM5,000 hingga RM6,000 jugalah.
“Apa-apa pun saya tetap bersyukur kerana tidak ada yang cedera dan masih ada peralatan berniaga yang boleh digunakan lagi.
“Saya anggap ini sebagai ujian yang diberikan oleh Allah SWT dan reda dengan ketentuanNya. Mungkin ada rezeki yang lebih baik Dia akan berikan pada saya nanti,” katanya lagi.
Sementara itu, Safwan turut memuat naik sepotong video yang merakamkan situasi sekitar kejadian di Instgram.
“Ya Allah Baru nak start berniaga balik selepas 4 bulan tutup sebab PKP, Dugaan apa ini Ya Allah.
”Minta Maaf semua, hanya @ayofriedchicken_ Terpaksa Tutup buat sementara waktu di Podium, Harap semuanya dipermudahkan insyaallah,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Sedutan tersebut sehingga kini sudah pun ditonton lebih 50,000 kali.
Sumber, Foto: Majalah Remaja, Instagram Safwan Nazri
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Harga Barang Dijangka Naik 60 Peratus, Mila Jirin Akui Terkesan – “Banyak Pemborong Bahan Asas Ambil Kesempatan.”
Perkhabaran mengenai harga barangan mungkin meningkat sehingga 60 peratus pada bulan depan pastinya meresahkan semua pengguna.
Perkara ini turut sama dirasai usahawan selebriti, Mila Jirin yang memohon pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk meneliti dan bertindak menangani isu berkenaan.
Mila yang mengusahkan perniagaan katering menerusi perkongsiannya di Instagram berkata ada di kalangan pemborong yang sudah mula mengambil kesempatan dengan sewenang-wenangnya menaikkan harga barang.
“Banyak pemborong bahan asas ambil kesempatan di atas isu Gaji Minima yang dinaikkan 25 peratus.
“Mohon bantuan daripada pihak kerajaan meneliti dan bertindak bagi isu “Kenaikan Harga Barang Asas” @kpdnhep.
“Bahan asas dijangka naik hingga 60 peratus adalah tidak seimbang.
“Saya juga majikan, dalam satu syarikat bukan keseluruhan pekerja bergaji RM1,200, kurang daripada 5 peratus bergaji RM1,200,” tulisnya.
Menurut Mila, jika dibiarkan pemborong berterusan mengambil kesempatan, selaku pengusaha makanan, Mila berasa berat hati terpaksa menaikkan harga jualan disebabkan isu semasa yang sedang berlaku pada ketika ini.
“Saya kira jika ini tidak dibendung, pihak-pihak pemborong mula naikkan harga barang asas dan kesemua peniaga yang terlibat dalam industri makanan juga dengan berat hati perlu naikkan harga jualan dan ini sudah pasti akan memberi kesan kepada perkembangan perniagaan yang baru mula kencang selepas penutupan (akibat PKP).
“Dan kesan akan terpalit kepada pembeli… Apa guna GAJI MINIMA DINAIKKAN 25 PERATUS DAN KOS KEHIDUPAN NAIK MENCANAK-CANAK?” tulis Mila lagi.
Sekadar informasi, Mila atau nama sebenarnya, Norsyarmilla Jirin, 35, mula menceburi bidang seni selepas memenangi program Akademi Fantasia musim kelima pada 2007.
Beberapa tahun selepas itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini mula memperlahankan karier nyanyian selepas menceburkan diri dalam bidang perniagaan katering dan pengurusan majlis perkahwinan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Mila Jirin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Senyuman Dia Buatkan Hatiku Cair, Suara Sedap,” – Sesi Akhir Uji Bakat Ada ‘Bos Besar’, Imran Aqil Tak Sangka Kini Jadi Penyampai Hot FM
Seperti yang diketahui, bintang remaja Imran Aqil kini menjadi salah seorang penyampai radio Hot FM menerusi segmen kendaliannya, HotFlix.
Menurut pelakon yang dicungkil bakatnya menerusi Hero Remaja 2020 ini, dia akui terkejut dan tidak pernah menyangka akan diberikan peluang berada di konti radio.
“Alhamdulillah, saya sebenarnya terkejut dan tidak sangka diberi peluang menjadi penyampai radio. Memang tidak pernah terbayang pun hendak bekerja di konti radio.
“Tapi mungkin sudah namanya rezeki, saya ambil peluang ini sebagai cabaran untuk meluaskan lagi kerjaya dalam industri hiburan tanah air,” katanya, menerusi Remaja.
Jelasnya lagi, tawaran yang hadir terjadi dalam masa pantas dan dia dipanggil untuk menjalani uji bakat kira-kira seminggu selepas pelawaan.
“Semuanya berlaku ibarat sekelip mata. Waktu itu saya ditegur oleh salah seorang petugas di Media Prima. Katanya, berminat hendak jadi penyampai radio?
“Saya pun cakaplah saya tidak pernah terfikir untuk jadi penyampai radio; tetapi jika ada peluang boleh saja kerana saya seorang yang suka belajar dan mencuba perkara-perkara baru.
“Seminggu kemudian, saya dihubungi salah seorang pengurus Hot FM yang meminta saya hadir ke sesi uji bakat. Untuk sesi pertama, saya ditugaskan bersama abang AG.
“Komen yang saya terima pada waktu itu adalah saya dianggap terlalu formal. Sedangkan Hot FM merupakan stesen radio yang menarik orang-orang muda dan selalu kasual menggunakan bahasa percakapan harian,” katanya.
Imran yang pernah muncul menerusi drama Anak Tebing 2 menambah, proses tersebut kemudiannya diteruskan untuk beberapa sesi dan akhirnya dia berjaya mengisi senarai penyampai stesen radio berkenaan.
“Beberapa hari selepas itu, saya menerima panggilan susulan untuk menyertai sesi kedua uji bakat. Untuk peringkat ini, saya ditugaskan seorang diri dan ia lebih sukar daripada yang kita sangka. Saya diberikan tiga tugasan dan pada hari itu juga, saya disuruh hadir ke sesi uji bakat ketiga.
“Dalam peringkat akhir ini, ada ‘bos besar’. Bila sedang sibuk sembang-sembang, tiba-tiba mereka katakan, “We want you”. Memang saya tidak sangka dan saya sangat bersyukur kerana telah diberikan kepercayaan dan peluang sebegini,” katanya.
Dia pada masa sama bertuah kerana keluara turut memberikan sokongan selain masih mahu memberi fokus terhadap dunia lakonan selepas ini.
Sementara itu menerusi satu rakaman kandid yang dimuat naik di Instagram Hot FM, penampilan Imran mendapat reaksi baik peminat, apatah lagi melihatkan dirinya yang tak pernah lekang dengan senyuman.
“Senyuman dia membuatkan hatiku cair. Anyway single lagi ke?,” tanya seorang peminat.
“Okay suara baru, nafas baru, semoga terus maju jaya. Gaya pengacara pun ada ni,” puji seorang peminat lain.
“Cair tengok senyuman Imran,” reaksi peminat.
“Okaylah not bad, suara sedap untuk jadi DJ radio,” respon peminat lain pula.
“Manis eh dia senyum, tu je nak cakap,” tulis ringkas seorang peminat.
“Serius best dengar dia ni jadi DJ, good luck and good job,” puji seorang lagi peminat.
Sekadar info, segmen Hot Flix ke udara setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 8 malam hingga 12 tengah malam.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI