Tahniah diucapkan kepada pelakon Izreen Azminda yang telah selamat melahirkan bayi lelaki pada 29 Jun lalu.
Menerusi Instagram, dia juga telah berkongsi nama anak keduanya, Aaron Ibrahim bin Muhammad Radzi.
“Syukur alhamdulillah.. Semuanya berjalan dgn lancar dan baik skali.. Terima kasih bg semua yg mendoakan utk saya dan baby.. SABTU (29/6/2019).. 1.46AM.. “AARON IBRAHIM BIN MUHAMMAD RADZI,” tulisnya.
Terdahulu, Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos lalu di Damansara, Petaling Jaya.
Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar.
Sementara itu, Ude juga pernah mendirikan rumah tangga bersama Intan Liana Saleh pada Mac 2013 namun bercerai pada Mac 2018. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki.
Foto : Instagram Izreen Azminda