
Nur Izzuddin Rusmani dan Goh Sze Fei berjaya menewaskan pasangan beregu lelaki No. 1 dunia dari China, Liang Wei Keng dan Wang Chang untuk mara ke final Terbuka Artik 2024.
Dalam kojohanan yang dianjurkan di Finland, Izzuddin – Sze Fei menang dengan mata 18-21, 21-17, 21-18 dalam pertarungan sengit yang berlangsung selama sejam.
Kemenangan ini merupakan kemenangan pertama pasangan beregu negara itu yang telah menentang gandingan China itu dalam empat pertemuan.
Mereka akan menentang sama ada pemain Thailand Kittinupong Kedren dan Dechapol Puavaranukroh atau pasangan nombor 2 dunia dari Denmark, Kim Astrup dan Anders Skarup Rasmussen, di final.
Imbas kembali, tahun ini beregu Izzuddin – Sze Fei telah mememangi Terbuka Jepun dan Terbuka China.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nikotin Bukan Punca Penyakit Akibat Merokok, Ini Kandungan Asap Tembakau & Tar Yang Patut Anda Ambil Tahu

Bila bercakap mengenai bahaya merokok, perkara ini sebenarnya sudah lama diberikan penekanan bermula daripada peringkat institusi keluarga, sekolah mahupun kerajaan.
Biar sudah ‘berbuih’ mulut memberikan nasihat dan pelbagai langkah pencegahan telah dijalankan, namun, perkara ini masih lagi dianggap remeh bagi segelintir pihak.
Menurut laporan Berita Harian, tinjauan Kebangsaan Kesihatan & Morbiditi mendapati 4.7 juta rakyat Malaysia yang berusia 15 tahun dan ke atas mempunyai masalah ketagihan merokok.
Tahukah anda apabila sebatang rokok dinyalakan, bahan tembakau akan dibakar dan menghasilkan asap yang mengandungi lebih 6,000 bahan kimia yang memudaratkan. Di kalangannya, 100 daripada bahan kimia tersebut dikatagorikan sebagai berbahaya.
Bahan-bahan ini termasuk arsenik, benzene, benzopirena, karbon monoksida, logam berat, hydrogen sianida dan nitrosamina yang khususnya berkaitan dengan tembakau.
Asap yang dihasilkan daripada rokok merupakan antara punca utama seseorang itu mengidap penyakit yang terkait dengan rokok seperti kanser paru-paru.
Asap rokok bukan sahaja membawa kemudaratan kepada diri sendiri malah orang sekeliling yang digelar sebagai perokok pasif.
Menurut pakar, punca ketagihan merokok adalah kerana nikotin, tetapi nikotin bukan penyebab utama kepada penyakit akibat merokok.
Masalah ini sebenarnya boleh diatasi dengan beralih kepada produk alternatif bebas asap rokok seperti rokok elektronik yang kurang mudarat jika perokok tidak sudi atau tidak boleh berhenti merokok. Malah, ia juga dapat membantu mengurangkan pengambilan tembakau sekali gus mendorong seseorang itu berhenti merokok.
Berdasarkan data dari Imperial College London, kira-kira 98 juta pengguna di seluruh dunia sudah bertukar kepada rokok elektronik dan snus bagi menggantikan rokok tembakau.
Bagaimanapun, kanak-kanak dan golongan bawah umur dinasihatkan untuk tidak mendekati apa sahaja produk yang mengandungi nikotin dan tembakau.
Memetik laporan Utusan Malaysia yang menemu bual Penyelidik Kanan University of Patras, Greece, Dr. Konstantinos Farsalinos, kaedah alternatif ini sememangnya amat membantu perokok untuk berhenti merokok secara berperingkat.
“Kita tahu berhenti merokok adalah perkara yang sangat sukar untuk dilakukan. Kaedah pengambilan ubat untuk berhenti merokok juga kurang berjaya dengan kadar kegagalan sebanyak 78 peratus kerana perokok tidak mampu berhenti untuk jangka panjang.
“Kami juga tahu ada perokok yang belum bersedia untuk meminta bantuan perubatan. Oleh itu, saya rasa tidak masuk akal untuk mengasingkan perokok dari alat tambahan seperti vape yang merupakan pilihan pertama bagi perokok-perokok yang tidak dapat berhenti merokok dengan kaedah yang telah diluluskan,” katanya seperti yang dipetik.
Selain menjadi penyumbang kepada penyakit-penyakit kronik, rokok juga mengandungi tar yang ditinggalkan semasa pembakaran tembakau. Tar yang dihasil ketika menghisap rokok secara automatik akan masuk ke dalam paru-paru.
Lama-kelamaan, paru-paru yang pada mulanya berwarna merah jambu akan bertukar menjadi kegelapan seandainya tabiat merokok tidak dikawal. Akibatnya, paru-paru tidak dapat berfungsi dengan normal dan keupayaan untuk menyerap oksigen yang diperlukan badan juga akan terganggu.
Kesimpulannya, rokok sememangnya mengandungi pelbagai kandungan yang mampu mendatangkan kemudaratan buat tubuh kita. Ikutilah saranan-saranan yang telah dikongsikan di atas bagi memastikan tabiat merokok ini dapat dikurangkan atau lebih baik jika diberhentikan secara terus.
Sumber: Berita Harian & Utusan Malaysia
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tahniah! Anak Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona Berjaya Raih 7A,1B Dalam SPM!

Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona berpuas hati dengan keputusan yang diperolehnya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Kejayaan tersebut membolehkan Leona meraih keputusan 7A,1B+.
“7As 1B+, I think I did okay,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Leona (@kasihirisleona) on
Menerusi perkongsian itu, rata-rata menitip ucapan tahniah buat remaja berkenaan.
Sementara itu, Leona yang memiliki lebih 100,000 pengikut di Instagram sering berkongsi foto dan videonya di media sosial tersebut.
Tahniah kami ucapkan kepada Leona dan pelajar yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM!
Foto : Instagram Kasih Iris Leona
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Waktu Nak Solat Asar, Sedar Ada Pendarahan, Saya Sebelum Ini Tak Pernah Ada Pengalaman Gugur,” – DS Shahida

Bulan lalu, usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri ada memaklumkan isterinya, Datin Seri Nur Shahida mengalami keguguran salah seorang bayi kembar yang sedang dikandung selama beberapa minggu.
Reda dengan ketentuan Illahi kerana harapan untuk mempunyai cahaya mata kembar tidak kesampaian, Aliff dan isteri bagaimanapun gembira kerana salah satu bayi dalam kandungan isteri dalam keadaan yang baik.
“Alhamdulillah setakat ini semuanya okay, sudah masuk 16 minggu,” kata Shahida kepada MH.
Ditanya mengenai situasi keguguran yang dialami tidak lama dulu, Shahida mengakui pada peringkat awal tidak mengetahui sedang hamil anak kembar sehinggalah bertemu pakar sejurus mengalami pendarahan.
“Itulah kita pun tak tahu sedang hamil anak kembar. Kalau tahu pasti saya akan lebih berhati-hati dan tak mahu fikir hal yang membuatkan diri tertekan. Ketika itu saya di pejabat dan bila berlaku pendarahan, saya terfikir pasti kandungan tak dapat diselamatkan.
“Malah saya perasan hal itu pun selepas dua jam. Waktu nak solat Asar, tersedar adanya pendarahan sebab saya sebelum ini tak pernah ada pengalaman gugur. Saya memang alami sakit perut dah sakit pinggang pada hari kejadian.
“Awalnya fikir ia mungkinlah simpton biasa bila hamil. Cuma bila nak solat tu, tengok darah dah penuh. Jadi panik,” kongsinya yang turut mendapatkan pandangan dari salah seorang pekerja yang pernah ada pengalaman keguguran.
Katanya lagi bila diperiksa doktor pakar, katanya bila discan, doktor memberitahu dirinya hamil anak kembar.
“Katanya ada dua kantung, yang satu dalam keadaan baik ada jantung sementara yang satu lagi sudah tidak berdegup. Hari kedua pendarahan barulah semuanya okay,” jelasnya panjang lebar.
Pada masa sama, Shahida juga tidak menolak tekanan terhadap beberapa isu yang menimpa keluarganya tidak lama menjadi antara faktor kepada punca keguguran.
Terdahulu, keduanya ditemui pada majlis rumah terbuka dan sambutan hari jadi anak bongsu mereka, Yusuf al Qadrawi di Sri Damansara pada Sabtu.
Ikuti temu bual penuh bersama mereka di Facebook dan IG TV Instagram kami.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI