Penyanyi dan pelakon, Izzue Islam ada memberikan penghargaan terhadap isterinya, Awin Nurin yang sentiasa setia bersamanya sehingga ke hari ini.
Penyanyi kelahiran Kelantan ini memberitahu, isterinya merupakan tulang belakang untuknya berjaya dalam kerjaya seni.
Bagi Izzue, bukan satu perkara yang mudah untuk berjaya jika tiada sokongan dan semangat daripada seorang insan yang bergelar isteri.
“Hidup ni macam roda. Ada masa kita gagal dalam sesuatu hal. Gagal yang membuatkan kita rasa down. Takut untuk mula balik!
Ads
“Tapi, sebanyak mana sekalipun kita gagal, dia tetap teguh berdiri di belakang kita. Dia tak pernah putus asa! Malah dia yakin, setiap yang pahit pasti ada manisnya nanti.
“Siapa dia? Dia yang kita anggap lemah tapi sebenarnya dialah yang paling kuat. Yang akan bangunkan kita saat kita rebah.
Ads
“Yang akan celikkan kita saat kita leka. Yang tetap setia dengan kita walau satu dunia menghina. Dia adalah ISTERI @awinnurin (tag isteri korang),” tulisnya.
Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza menitipkan ucapan serta doa buat penyanyi, Ernie Zakri yang kini sedang sarat hamil cahaya mata pertama.
Siti atau lebih mesra dengan sapaan TokTi telah bertemu penyanyi lagu Boneka itu bersama suaminya, Syamel menerusi program MeleTOP, pada Selasa.
Menerusi perkongsian di laman media sosial Instagram, Siti mendoakan agar Ernie diberikan kesihatan yang baik sehingga selamat bersalin kelak.
Malah turut berdoa semoga penyanyi Syamel akan menjadi seorang suami serta ayah yang terbaik.
“Saya doakan adik saya @erniezakri akan terus sihat sehingga selamat bersalin nanti dan juga buat @syamel_official, semoga menjadi suami dan ayah terbaik sebagai ketua keluarga.
“Usap perut Ernie, rasa macam baru saja saya mengandungkan Aafiyah dan Afwa. Jaga diri dik!!,” tulisnya.
Bekas isteri kepada pelakon Keith Foo, Kim Raymond difahamkan kini sudah memeluk agama Islam pada 24 Oktober lalu di Markaz Al Khadeem, Petaling Jaya.
Dalam hantaran tersebut, Kim Raymond atau nama Islamnya, Kim Amal Raymond dilihat sopan mengenakan jubah dan tudung serba hitam.
“Dengan hidayah Allah, Kim Amal Raymond dari Malaysia memeluk agama Islam di Markas Al Khadeem pada 24 Oktober 2024.
“Ramai ahli keluarga dan sahabat handai yang hadir ke majlis bagi menyaksikan majlis yang penuh barakah itu,” tulis hantaran terbabit menerusi ruangan kapsyen.
Berita gembira itu akaun Instagram rasmi Newmuslimcommunity, baru baru ini.
Perkongsian itu juga pantas mendapat perhatian ramai, sekaligus menerima pelbagai reaksi positif warganet. Antaranya;
“Masya-Allah Alhamdulillah, Selamat datang Dear Sister Kim.”
“Alhamdulillah, semoga Allah sentiasa menunjukkan jalan yang lurus kepada kita semua.”
“Semoga ada insan yang sentiasa membimbingnya. Sentiasa berpegang kepada kalimah syahadah yang dilafazkan.”
“Alhamdulillah. Allahu Akbar. Semoga istiqamah serta dalam Rahmat Allah SWT sentiasa. Aamiin ya rabbal’aalamiin.”
“MasyaAllah Allahumma barik laha! So happy for her!.”
Imbas kembali, Kim pernah mendirikan rumah tangga dengan Keith pada November 2015 dan mereka dikurniakan anak perempuan, Skylar Raymond pada
30 Mei 2017.
Bagaimanapun hubungan mereka tidak bertahan lama apabila pasangan itu sah bercerai pada Disember 2019.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
‘Memartabatkan golongan wanita dalam sesebuah naskhah seni’, itu mesej utama yang hendak diperincikan menerusi filem terbaharu arahan Pali Yahya berjudul Renjana.
Filem yang membawa penonton ke zaman 1900-an itu mengisahkan hidup kaum wanita yang sering berhadapan dengan kesukaran dan cabaran dalam susur kehidupan mereka.
Membawa kelainan ke layar perak, Renjana membawa kisah guru wanita pertama di Tanah Melayu bernama Che Aminah di dalam perjuangannya membela anak bangsa.
Menurut penerbit Mache All Star United Sdn. Bhd., Norley Aimi Nadiah Shaari, setiap paparan yang dihidangkan dalam filem tersebut merupakan sebuah jalan cerita yang sangat unik untuk disajikan kepada penonton.
“Kami memberanikan diri menerbitkan naskhah klasik sebegini kerana mahu lari daripada kebiasaan atau cerita klise lain. Kami juga percaya cerita seperti ini mempunyai kelompok peminatnya sendiri.
“Kisah yang berlaku kepada golongan wanita pada zaman tersebut tidak diketahui ramai kerana kurang inisiatif untuk olahkannya menjadi sebuah karya seni. Selepas melakukan kajian dan pemerhatian, kami mengambil keputusan untuk angkat kisah berkenaan sebagai sebuah filem,” katanya.
Tambah Norley lagi, masyarakat sering didedahkan dengan kisah pejuang tanah air lain tetapi tidak ramai mengetahui tentang kehidupan Che Aminah yang merupakan guru wanita pertama di Tanah Melayu.
Renjana mengangkat kisah seorang wanita bernama Che Aminah dari Pulau Pinang yang dipandang ‘sial’ oleh penduduk kampung.
Berkahwin dengan Ramlee, dia dicurangi dan sebaik sahaja bercerai , dia bertemu Johan dan Che Aminah mula mendapat semangat baharu.
Dia kemudian belajar membaca dan menjadi guru wanita pertama di sebuah sekolah di Seberang Perak pada tahun 1900-an.
Antara pelakon yang terlibat dalam naskhah ini ialah Nabila Huda, Saharul Ridzuan, Fauzi Nawawi, Aida Aris dan Hasnul Rahmat.
Turut terlibat sama ialah Kodi Rasheed, Nadia Aqeelah, Zamarul Hisham, Mak Wan Latah, Sefik Khair dan pelakon kanak-kanak Dura Mitilda.
Norley menjelaskan, meski Renjana diambil inspirasi daripada kisah guru pertama itu namun ditambah dengan beberapa plot lain oleh penulis skrip, Adza Emi Adenan untuk menghidupkan jalan cerita.
“Tidak dinafikan memang banyak cabaran yang dihadapi untuk menyiapkan naskhah ini terutama untuk mewujudkan kembali latar masa era 1900-an.
“Kita perlu membataskan pergerakan memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih dilaksanakan ketika itu namun kita mampu menyiapkan meskipun melalui beberapa kekangan.
“Kita berterima kasih kepada semua pelakon yang terlibat kerana mampu menggalas tanggungjawab yang diberikan sehingga Renjana disiapkan,” tambahnya lagi.
Renjana sudah pun ditayangkan di Astro First (saluran 480) mulai 17 Mac lalu dan kini menerima reaksi baik penonton.
“Kita berharap penonton akan menyambut baik naskhah ini memandangkan ia muncul berbeza berbandingan dengan naskhah lain yang sedia ada.
“Kami berbesar hati sekiranya penonton dapat melanggan dan memberikan maklum balas kepada Renjana. Ini yang kami harapkan,” kata Norley lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!