Penyanyi dan pelakon, Izzue Islam ada memberikan penghargaan terhadap isterinya, Awin Nurin yang sentiasa setia bersamanya sehingga ke hari ini.
Penyanyi kelahiran Kelantan ini memberitahu, isterinya merupakan tulang belakang untuknya berjaya dalam kerjaya seni.
Bagi Izzue, bukan satu perkara yang mudah untuk berjaya jika tiada sokongan dan semangat daripada seorang insan yang bergelar isteri.
“Hidup ni macam roda. Ada masa kita gagal dalam sesuatu hal. Gagal yang membuatkan kita rasa down. Takut untuk mula balik!
“Tapi, sebanyak mana sekalipun kita gagal, dia tetap teguh berdiri di belakang kita. Dia tak pernah putus asa! Malah dia yakin, setiap yang pahit pasti ada manisnya nanti.
“Siapa dia? Dia yang kita anggap lemah tapi sebenarnya dialah yang paling kuat. Yang akan bangunkan kita saat kita rebah.
“Yang akan celikkan kita saat kita leka. Yang tetap setia dengan kita walau satu dunia menghina. Dia adalah ISTERI @awinnurin (tag isteri korang),” tulisnya.
Sekadar informasi, Izzue mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Awin Nurin pada 2 Jun 2013.
Foto: Instagram Izzue Islam