Penyampai radio, Jaa Suzuran dilihat terpegun melihat keayuan Melissa Th’ng yang tampil berbaju kurung moden dan mengenakan hijab.
Perkara itu dikongsikan Melissa menerusi saluran Youtube milik gadis berkenaan apabila dia ‘dicabar’ Jaa sebelum mempromosikan produk makanan keluaran Jaa sendiri.
“Sebelum I bagi you cuba makanan ini, I ada bawa pakaian dan I nak you pakai. Jangan risau ia sejenis pakaian yang halal,” kata Jaa.
Lalu, Melissa turut memberikan respon positif dan sedia mencuba pakaian tersebut.
“Okay, boleh,” jawab Melissa ringkas sambal mengaanggukkan kepala.
Sejurus selesai mengenakan pakaian Muslimah itu, Jaa bagaikan ‘berkhayal’ dan memandang Melissa tanpa berkelip mata.
“Huh, so beautiful. Cantiknya Siti Nur Melissa,” kata Jaa.
Difahamkan, hubungan mereka mereka kian rapat sejak tiga tahun lalu, ketika bekerja di Astro dan melakukan penggambaran video bersama.
Video : Youtube Channel Melissa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Shuib Tunjuk Proses Ubah Suai Rumah 3 Tingkat Dia; “Lantai Hilang, Memang Suruh Pecahkan.”
Usahawan dan penyampai radio, Shuib berkongsi perkembangan mengenai proses pengubahsuaian kediamannya yang terletak di Puchong, Selangor.
Menerusi Instagram, Shuib memuat naik video sambil merakamkan bahagian lantai di ruang tamu rumahnya telah dipecahkan bagi menggantikan dengan lantai baharu.
Menurut bapa kepada empat cahaya mata itu, dia ingin menukar suasana rumah dengan menggunakan lantai jenis mozek bercorak pula selepas ini.
“Nak tengok rumah saya? Lantai hilang, memang suruh pecahkan.
“Nak gantikan lantai mozek yang ada corak marmar ke. Saya tengah cari yang lawa-lawa, yang sesuai dengan rumah saya.
“Alang-alang dah pecah, nak cari yang berkualiti, cantik dan bersesuaian,” kata Shuib.
Penyampai radio Suria FM itu juga menjelaskan, dia mengalu-alukan mana-mana pihak yang sudi menaja untuk lantai baharu rumahnya itu.
“Kalau ada yang nak sponsor, lebih baik. Berani nak sponsor Shuib? Bukan lantai ruang tamu sahaja, bilik air pun termasuk,” selorohnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat memberikan pelbagai reaksi, termasuk ada yang memberikan pelbagai cadangan bagi melakukan dekorasi rumah tiga tingkat itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Shuib
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Lama Juga Fikir Untuk Nyanyikan Lagu Ini…,” – Bakal Buat ‘Baby Shower’, Raja Ilya Teruja Rakam Balik Lagu Bollywood
Meski sedang menghitung hari menyambut kelahiran anak pertamanya, model dan pelakon cantik, Raya Ilya berkesempatan merakamkan semula lagu ‘cover’ Bollywood, Zara Zara.
Lagu Hindi yang dipopularkan oleh Bombay Jayashri itu pernah dijadikan runut bunyi bagi filem Rehnaa Hai Terre Dil Mein diterbitkan pada tahun 2001 lakonan Madhavan, Saif Ali Khan dan Dia Mirza.
Raja Ilya atau nama sebenarnya, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad berkata, tawaran untuk merakamkan semula lagu tersebut itu datang penerbit muzik dan komposer dari Malaysia, Krishinthen Shanmugam sekitar September tahun lalu.
“Lama juga saya fikir sama ada untuk menyanyikan lagu ini atau sebaliknya. Tambah pula saya sedang berbadan dua selain saya bukan penyanyi profesional.
“Malah selama ini pun saya tak pernah menyanyikan lagu Bollywood secara serius atau profesional. Saya awalnya tak yakin dengan diri sendiri.
“Tapi komposer itu yakin saya boleh melakukannya. Malah dia siap menghantar demo lagu itu untuk saya cuba nyanyikan,” katanya.
Versi berkenaan telah lancarkan pada 5 petang tadi di platform YouTube dan media sosial.
“Fikir punya fikir, saya akhirnya bersetuju dan mencabar diri. Akhirnya saya sendiri jatuh hati dengan lagu itu yang diakui sangat popular dan ramai orang suka.
“Malah ramai juga yang menyanyikan lagu itu dan dikongsi di YouTube. Bagaimanapun, bukan mudah proses rakaman. Makan bulan juga.
“Lagipun saya di Perth, Australia dan komposer itu di KL. Tapi dengan kemajuan teknologi, proses rakaman itu tetap berjalan seadanya.
“Tak saya nafikan, banyak juga kesilapan dilakukan semasa rakaman. Lalu, komposer kena bimbing saya banyak kali untuk memperbetulkan kelemahan dan kekurangan. Termasuklah cara sebutan bahasa Hindi untuk lagu itu selain tempo,” katanya lagi.
Bintang filem Suamiku, Encik Perfect 10 itu turut menjelaskan, proses ‘mixing’ dan ‘mastering’ terbitan Vineyard Records itu juga memakan masa.
“Rakaman suara saya itu selepas melalui beberapa proses turut dihantar ke sebuah studio muzik di United Kingdom, London untuk diadun secara profesional.
“Malah komposer itu turut memberitahu versi bahasa Tamil lagu itu juga akan dinyanyikan selebriti Bollywood bernama Sophie Choudhry. Saya sempat ‘google’ namanya di internet dan ternyata Sophie penyanyi profesional,” katanya.
Raja Ilya berkata akhirnya bulan lalu, rakaman akhir lagu berkenaan sudah siap diperdengar kepadanya.
“Saya jadi bertambah cuak nak perdengarkan kepada peminat dan pengikut di media sosial. Maklumlah, saya bukan penyanyi profesional.
“Tapi sejak saya memuat naik ‘teaser’ lagu itu, ramai memuji dan tak sabar untuk mendengar versi penuh. Saya bagaimanapun tawakal saja dan anggap ini hanya percubaan suka-suka. Kalau ada yang suka, bonus.
“Kalau sebaliknya, saya reda,” katanya yang memaklumkan akan diadakan majlis ‘baby shower’ bertemakan Bollywood untuk bakal anak, minggu ini.
Terdahulu, Raja Ilya mendirikan rumah tangga bersama lelaki warga negara Australia, Trent Garret pada Disember 2018.
Selepas mendirikan rumah tangga, Raja Ilya berpindah ke Perth dan sudah dua tahun tidak pulang ke Malaysia akibat penularan pandemik COVID-19.
Raja Ilya dijangka bakal melahirkan anak perempuan sulungnya pada pertengahan Julai depan.
https://youtu.be/V7e54NfWMX8
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Al-Fatihah… Ibu Datuk Ziela Jalil Telah Pergi Mengadap Illahi
Salam takziah diucapkan buat Datuk Ziela Jalil sekeluarga apabila ibunya, Fatimah Othman, telah pergi mengadap Illahi pada Jumaat.
Allahyarhamah Fatimah, 70, meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit di kediaman pelakon dan penerbit terkenal itu kira-kira jam 1.15 petang.
Terdahulu, Ziela ada berkongsi khabar duka pemergian ibu selain memanjatkan doa semoga arwah diampuni dan dirahmati menerusi InstaStories.
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, pada jam 5.30 petang.
Sementara itu, Anak sulung Ziela, Dr Puteri Julia Nabilah Megat Junid seperti yang dilaporkan Berita Harian memberitahu, arwah nenek pergi akibat komplikasi pelbagai penyakit.
“Arwah menghidap kencing manis, angin ahmar dan darah tinggi yang menyebabkan ginjal gagal berfungsi.
“Kira-kira sebulan lalu, arwah pernah diserang angin ahmar,” katanya seperti yang dipetik.
Julia turut menambah, ibunya cukup rapat dengan arwah nenek.
“Sejak saya lahir, Mama menjaga nenek dengan baik. Arwah tinggal bersama kami.
“Mama dan arwah memang tidak dapat dipisahkan. Mama berbakti kepada arwah nenek yang persis Mama sifatnya,” katanya lagi.
Foto: Instagram Datuk Ziela Jalil
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI