Berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri, industri hiburan dikejutkan dengan berita pemergian artis serba boleh, Jaafar Onn pada pagi Rabu.
Memetik laporan Mstar, Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang pada usia 73 tahun.
Berita pemergian pelakon yang terkenal menerusi drama Cili Padi itu turut disahkan penyanyi yang juga rakan baik Jaafar iaitu Haiza Hanafi yang mendapat perkhabaran itu daripada anak angkat Allahyarham iaitu Hanif.
“Betul, Jaafar Onn sudah meninggal dunia.
Ads
“Saya dapat tahu daripada anak angkat arwah yang menjaganya di Hospital Serdang.
“Saya dimaklumkan mengenai perkara itu sekitar pukul 11 pagi tadi, sekarang dalam perjalanan ke sana,” katanya seperti yang dipetik.
Ads
Sebelum ini, media melaporkan pelakon, penyanyi, pengacara dan tukang masak terkenal itu mengalami pendarahan ketika membuang air besar sehingga terpaksa dimasukkan ke wad kecemasan.
Ads
Bagaimanapun arwah dilaporkan telah berpindah ke wad biasa pada Selasa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Mstar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Jubah Rasulullah SAW digandingkan bersama satu peringatan buat netizen seluruhnya, Erra Fazira berkongsi satu nasihat bermanfaat untuk diikuti sebelum menutup mata.
Perkongsian yang dibuat bintang itu menerusi Instagram, awal hari ini.
Berikut merupakan apa yang dikongsikan, yang di post kembali menerusi akaun @pencinta_rasululloh.
Acapkali didengar, namun Baginda SAW bersabda “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat.”
“Suatu hari Siti Fatimah sudah masuk di kamarnya, sudah di dalam selimutnya, mau tidur. Rasulullah mengetuk pintu kamarnya, kemudian Rasulullah masuk dan Siti Fatimah bangun, kata Rasulullah ‘jangan, tetaplah kamu di tempat tidurmu’. Kemudian beliau bersabda ‘putriku Fatimah, kamu jangan tidur sebelum mengkhatamkan Al-Quran. .
“Kamu jangan tidur sebelum menjadikan seluruh nabi memberikan syafaat untukmu. Kamu jangan tidur sebelum merelakan atau memberi kerelaan kepada seluruh kaum mukminin-mukminat di dunia ini. Dan terakhir wahai putriku Fatimah jangan kamu tidur sebelum kamu Umrah dan Haji’. Permintaan yang sulit semua. Sebelum tidur khatam Al-Quran. Sebelum tidur menjadikan seluruh Nabi memberikan syafaat. Sebelum tidur merelakan kaum mukminin-mukminat. Sebelum tidur Umrah dan Haji.
“Siti Fatimah terkejut mendapatkan perintah ini. Sebelum sempat Fatimah berkata, Rasulullah shalat dua rakaat di kamar Siti Fatimah. Siti Fatimah duduk menanti selesai shalat ayahnya untuk menanyakan tentang perintah tadi.”
“Setelah Rasulullah salam, Siti Fatimah berkata, ‘ayahku, siapa yang mampu sebelum tidur khatam Al-Quran, menjadikan para Nabi memberi syafaat, merelakan seluruh kaum mukminin-mukminat, dan melaksanakan Umrah dan Haji?’ Rasulullah tersenyum kemudian beliau bersabda, ‘bukan begitu putriku, bukankah engkau kalau membaca Qulhuwallahu Ahad (Surah Al-Ikhlas) sebanyak 3x dihitung seperti khatam Al-Quran.”
“Kedua, bershalawatlah kepadaku dan seluruh para nabi, nanti kami semua siap memberi syafaat.
“Ketiga, doakan kaum mukminin-mukminat; Astaghfirullah lil mukminina wal mukminat, supaya semua kaum mukminin-mukminat rela kepadamu.
“Ke empat, Umrah dan Haji yang ku maksud ialah membaca; Subhanallah, walhamdulillah, wa Laa Ilaha Illallah, wa Allahu Akbar, maka pahalanya seperti kamu melakukan Umrah dan Haji’. – #regrann.”
Pelakon Fatin Afeefa didakwa sekali lagi menjalinkan hubungan cinta bersama seorang jejaka yang berstatus suami orang.
Difahamkan, isteri kepada lelaki tersebut dengan menggunakan akaun, Mag@Hannamarie telah memuat naik beberapa status menerusi Twitter miliknya.
“I decided to put this one because it seems like she is making a U-turn, if she ever go against her words, nxt time i put up the naked pic & tweet all media. The damage is done anyway. Sy pn dah teruk balik2 dikenakan,”tulisnya.
Menerusi tweet yang dikongsikan Mag, Fatin juga sebelum ini pernah berjanji untuk tidak ‘menganggu’ hubungan rumah tangga pasangan itu.
Kongsi Mag lagi, bukan mudah baginya untuk memaafkan pelakon berstatus ibu tunggal itu.
Twitter : Mag@Hannamarie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Datuk Awie, meluahkan rasa gembira atas perkembangan hubungan sahabat baiknya, Erra Fazira, yang kini dikatakan semakin rapat dengan usahawan Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai 'Mr. E'.