Penyanyi yang mempunyai lontaran vokal yang sangat lantang, Jaclyn Victor baru-baru ini telah membuat kejutan atas kelahiran bayi keduanya pada 24 Ogos yang lalu.
Berita ini benar-benar memeranjatkan kerana baru sahaja kita melihatnya di atas pentas menyannyikan lagu di upacara penutup Sukan Sea 2017 yang baru sahaja berlangsung.
Jaclyn telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang berkongsi tarikh lahir bersama anak lelaki sulungnya.
Kelahiran bayi keduanya ini diberitahu sendiri oleh Jaclyn menerusi akaun Instagramnya.
“You probably won’t believe it but I had a baby last Thursday, exactly a week ago today. Will be giving you more details shortly ❤,” tulisnya kapsyennya dengan berkata kita semua pasti tidak percaya dengan kelahiran bayi keduanya ini.
Penyanyi ini juga turut berkongsi lagi beberapa keping gambar bayinya dan dirinya yang sedang sarat mengandung sebelum melahirkan tempoh hari.
Di ruangan kapsyennya pula dia menulis bahawa wajah anak keduanya ini mempunyai iras dengan anak sulungnya ketika baru dilahirkan dua tahun yang lalu.
“1. Baby on top is Jonah and on the bottom, his “TWIN” / “MINI-ME” aka “Latest and Newest Rivera”. Both born ON THE SAME DAY, the 24th of August, but 2 years apart ☺️ they look identical kan?.
“2. With family and close friends at the hospital to celebrate the new Bub and also Jonah’s second birthday.
“3. My muka 10 sen after baby. Trying to look kurus. Hehe ??.
“4. My last workout the day before I popped, and this picture is just to prove that I really was pregnant hahahahaha!! Ya la Kita tak announce kan?,” tulisnya kapsyennya untuk ke empat-empat gambar yang telah dikongsikannya.
Tahniah diucapkan kepada Jaclyn kerana telah selamat melahirkan bayi keduanya. Semoga bayinya ini membesar dengan sihat dan menjadi penambah kebahagiaan buat keluarganya.
Sumber: Instagram Jaclyn Victor
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI