Pelakon cantik, Fasha Sandha menjelaskan sebab dilihat kerap mengenakan tudung apabila menghadiri sesebuah majlis kebelakangan ini.

Memberi reaksi sama apabila ditanya sama ada dirinya kini sedang berbadan dua atau sebaliknya, bintang Patah Sayap Bertongkat Parut ini meminta ramai supaya mendoakan yang terbaik untuk dirinya.

“Peminat kerap nampak saya mengenakan hijab sekarang. Saya juga meminta ramai supaya mendoakan yang baik-baik. Saya belajar perlahan-lahan sebab ramai yang nampak di luar saya kenakan tudung. Begitu juga dengan kehidupan harian, ada ketika saya pakai tudung.

“Jadi ada yang musykil saya sudah bertudung atau sebaliknya. Saya sedang belajar dan minta agar peminat mendoakan yang terbaik, akan dipermudahkan semuanya,” jelasnya kepada MH.

Fasha pada masa sama turut menegaskan, tampil menutup aurat dengan mengenakan hijab adalah lebih baik sekiranya ia hadir atas kerelaan hati, bukan kerana desakan mana-mana individu.

IKLAN

“Ia adalah suatu yang bagus untuk kita berhijab kerana diri sendiri, bukan kerana orang lain. Pada saya, biarlah ia atas kerelaan hati bukan kerana orang suruh dan sebagainya.

“Biarlah ia datang dariNya dan diri sendiri. Itu yang lebih penting, tapi apapun, saya akui memang kerap berhijab.

View this post on Instagram

Syukur Alhamdulillah 💖

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

IKLAN

“Pertamanya kerana watak yang memerlukan saya untuk bertudung litup. Jadi bila sudah terbiasa kadang-kadang pun tampil bertudung. Saya cuba untuk biasakan. Macam sesetengah cuba hijab ketika Ramadan.

“Pada masa sama, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana ada juga peminat yang mendoakan yang baik-baik untuk saya, alhamdulillah,” katanya lagi.

IKLAN

Terdahulu, Fasha ditemui media pada majlis Ramah Mesra dan Pelancaran Ubat Gigi Aura White Bersama Guardian di pusat membeli-belah IOI Mall Putrajaya baru-baru ini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah pengasasnya, Datin Furyna Azmeer dan Datuk Saiful Safwan bersama ikon Ubat Gigi Aura White lainnya iaitu PU Azman dan Izzue Islam.

Foto: Instagram Fasha Sandha

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI