“Jadi Anak Artis Bukan Tiket Kakak Ke Syurga,” – Si Sulung Genap 9 Tahun, Isteri Lan Solo Pesan Cari Bekalan Akhirat

Share

Tanggal 2 Ogos, genap 9 tahun usia kelahiran Nur Amna Qaleesya iaitu anak sulung daripada empat beradik penyanyi Lan Solo.

Menitipkan ucapan istimewa buat si dara yang kian meningkat dewasa, ulas isteri Lan, Nur Sheila Hassim atau Sheila, 34, menegaskan walau apa pun yang terjadi, dia berharap agar anaknya menjadi diri sendiri.

Malah tambahnya lagi, jangan sesekali leka dan bersedia hadapi zaman kejatuhan. Dan menjadi anak kepada selebriti bukan tiket mudah ke syurga.

“Utusan dr mommy KHAS utk Kakak!

“Kak Long, siapa pon kakak arini.. Esok.. Atau lusa.. Kakak perlu JADI DIRI SENDIRI.
sentiasa membumi walaupon kakak dah terbang tinggi.. .

“Jgn lupa kejatuhan akan dtg bila2 je.. Jgn lalai.. Jgn leka.. Dunia akhirat kene seimbang. Menjadi ANAK ARTIS – BUKAN TIKET kakak ke syurga. Amal jariah, sedekah dan ibadah kakak yg bantu kakak kat sana nanti.

“Tp selagi mommy bernyawa, doa mommy tak pernah putus utk kakak dan semua anak2 mommy.

“Kaya pon dugaan.. Miskin pon dugaan.. .
Jadi, kakak hidup la dgn kesyukuran.. Jgn hitung untung org.. Cari bekalan cukup2 utk “masa depan” yg pasti tiba.

“Happy birthday kakak.
U are my 1st born.. I am very proud of u.


Sokongan mommy sentiasa utk kakak smpi bila2.
Utk bakal menantu mommy..!
Korg mesti sebaik daddy.. Biar gelap..hitam manis.. Tp mommy suka.. Eksotik gitu.. Eh!,” tulisnya.

Selamat hari lahir si cantik.

Foto : Instagram Sheila Hassim

Published by
Noraini Abd Wahab