TikToker, Haqiem Stopa atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar telah tampil membuat laporan polis berhubung pendedahan butiran peribadinya yang tular di media sosial.

Kesal dengan perkara berkenaan, pemuda berusia 22 tahun itu menerusi Insta Stories pada Selasa bertanya apa motif individu yang menularkan surat saman miliknya yang terkandung data-data peribadi.

Terdahulu, tular satu perkongsian yang memaklumkan pempengaruh berkenaan telah disaman pihak berkuasa kerana didapati memandu tanpa lesen di dalam sebuah sekatan jalan raya baru-baru ini.

Dia bagaimanapun mengakui khlilaf yang berlaku.

Haqiem Stopa; “Apakah Tujuan Dan Motif Tuan Memviralkan Data Peribadi Saya Tanpa Izin.”

Ads

“Malaysia ada undang-undang. Saya akui dan terima hukuman. Jadi apakah tujuan dan motif Tuan menviralkan data peribadi saya tanpa izin. Butiran dalam surat saman tersebut… nama penuh, alamat dan kad pengenalan saya adalah data peribadi saya,” tulisnya.

Dalam pada itu, dia turut berkongsi hukuman yang boleh dikenakan kepada mereka yang didapati bersalah menyebarkan data peribadi seseorang tanpa izin dengan sengaja.

Ads

Menerusi paparan berasingan, Haqiem mendedahkan dia memang mempunyai pemandu peribadi selain akui dia disaman kerana memandu kereta tanpa lesen, bukannya kerana menunggang motorsikal.

“Saya memang ada pemandu peribadi. Dia tak larat sangat malam tu. Lagi satu kena naik kereta (tiada lesen), bukan naik motor,” tulisnya lagi.

Ads

Haqiem Stopa; “Apakah Tujuan Dan Motif Tuan Memviralkan Data Peribadi Saya Tanpa Izin.”

Terdahulu, berita seorang influencer yang dikatakan telah disaman kerana memandu kereta jenis Audi tanpa mempunyai lesen memandu diperkatakan di media sosial.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI