“Jadi Artis, Tak Semestinya Kena Putih,” – Dikritik Kulit Hitam, Ini Respon Liyana Jasmay

Share

Pelakon dan pengarah, Liyana Jasmay tampil memberikan reaksinya selepas ada individu yang mempersoalkan warna kulitnya yang dikatakan gelap seperti orang kampung dan langsung tidak menggambarkan dirinya seorang artis.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan di laman Tik Tok, Liyana memaklumkan dia gembira dengan warna kulitnya itu dan tidak pernah terlintas untuk mengubah ciptaan Allah SWT.

“Kulit saya sebenarnya coklat-coklat kuning tapi kalau anda rasa itu hitam, saya okay dan terima sahaja.

“Saya tak nak pun kulit putih kerana saya tahu kalau saya inject untuk dapatkan kulit putih, ia akan ada kesan sampingan,” tulisnya.

Pada masa sama, pelakon filem Papadom ini turut berharap agar semua pihak sentiasa bersyukur dan berasa yakin dengan warna kulit mereka sendiri.

“Tak semestinya jadi artis kena kulit putih. Lainlah kalau kita ni memang dilahirkan putih. Itu alhamdulilah tapi kalau kita dilahirkan dengan kulit coklat orang Melayu, nak buat macam mana?

“Mungkin biar hitam untuk awak tapi putih di hati suami saya,” ujarnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen senang dengn respon yang diberikan Liyana selain turut berharap agar isu warna kulit tidak lagi diperkatakan selepas ini.

“Natural beauty lagi cantik. Cucuk-cucuk putih nak pergi mana?

“Liyana Jasmay cantik sangat. Nampak comel daripada dulu sampai sekarang. Natural beauty.

“Liyana Jasmay ini sejenis yang lawa. Mata dia salah tengok kot. Daripada saya sekolah sampai nak dekat beranak, tetap maintain je Liyana Jasmay.

“Betul sangat. Natural beauty lagi sedap mata memandang.

“Cantik je tengok Liyana Jasmay ni. Makin lama, makin menawan,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Terdahulu, video yang dimuat naik di aplikasi Tik Tok itu telah meraih lebih 800,000 jumlah tontonan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram & Tik Tok Liyana Jasmay

Published by
Aizam Manaf