Pelawak dan penyanyi, Achey ada menitipkan ucapan indah bersempena ulang tahun kelahiran isteri tersayang, Nur Hasanah Yahaya.

Sambil menzahirkan rasa syukur, Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah turut kagumi kecekalan isteri sepanjang mereka melayari bahtera rumah tangga.

“Jadi Cleaner Bank, Jual Burger Depan Bengkel, Gadai Gelang Kahwin,” – Apa Yang Kau Tak Buat Dulu Demi Bantu Aku? Achey Kenang Pengorbanan Isteri

“Bismillah… isteriku ..NUR HASANAH BTE YAHAYA..setiap kali ulang tahun awak saya tak pernah lepas untuk bersyukur dan menyambutnya.

“Sebab saya tau tarikh 21 april ada tarikh lahirnya wanita yang cukup cekal dalam kepayahan dan hebat kesabarannya.

“Susahnya dahulu kita mula2 berkahwin.. takkan saya lupa… tapi awak tenang hadapi bersama… jadi cleaner bank.. jual burger depan bengkel berbumbungkan kanvas… gadai gelang kawin.

Ads

“Apa yang kau tak buat dulu demi bantu aku?… semua yang halal awak buat janji lepass,” imbas Achey.

Dia pada masa sama turut mendedahkan, Hasanah menjadi individu terawal yang mempercayai bakat, seterusnya menyokong dirinya untuk terjun dalam dunia seni.

“Dia lah orang pertama percaya dengan kesungguhan saya untuk ujibakat… dialah insan yang buat prop saya sampai saya dapat masuk tv.. dan dia percaya dengan niat saya dalam dunia hiburan yang penuhh dugaan.

Ads

“Dia sentiasa mengingatkan saya tentang pentingnya kedua ibu bapa… apa yang terbaik untuk mereka semua.. berbakti sehingga hujung nyawa.

“Soal anak? Dia senyum @tiarazinnirah_official kan ada. Kepada @anne_achey Usah risau di perkata sedikit kesenangan yang awak terima kini…kerana itulah nikmat Allah berikan atas ujian sebelum ini.

“SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG,” tulisnya panjang lebar.

Ads

“Jadi Cleaner Bank, Jual Burger Depan Bengkel, Gadai Gelang Kahwin,” – Apa Yang Kau Tak Buat Dulu Demi Bantu Aku? Achey Kenang Pengorbanan Isteri “Jadi Cleaner Bank, Jual Burger Depan Bengkel, Gadai Gelang Kahwin,” – Apa Yang Kau Tak Buat Dulu Demi Bantu Aku? Achey Kenang Pengorbanan Isteri

Meninjau ke ruangan komen, para rakan selebriti peminat turut tumpang gembira dengan keharmonian rumah tangga mereka selain turut mengucapkan selamat hari jadi buat Hasanah.

“Jadi Cleaner Bank, Jual Burger Depan Bengkel, Gadai Gelang Kahwin,” – Apa Yang Kau Tak Buat Dulu Demi Bantu Aku? Achey Kenang Pengorbanan Isteri “Jadi Cleaner Bank, Jual Burger Depan Bengkel, Gadai Gelang Kahwin,” – Apa Yang Kau Tak Buat Dulu Demi Bantu Aku? Achey Kenang Pengorbanan Isteri “Jadi Cleaner Bank, Jual Burger Depan Bengkel, Gadai Gelang Kahwin,” – Apa Yang Kau Tak Buat Dulu Demi Bantu Aku? Achey Kenang Pengorbanan Isteri

Imbas kembali, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga hampir 10 tahun lalu dan mereka turut menjaga seorang anak angkat perempuan, Tiara Zinnirah.

Foto: Instagram Achey

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI