Tidak dinafikan, kredibiliti lakonan yang ditunjukkan aktor Beto Kusyairy menerusi mana-mana naskhah yang dilakonkan, termasuk filem Mat Kilau yang mencetuskan fenomena menjadi antara punca ada yang menyifatkan dia mungkin kini ‘demand‘ dari segi harga.
Bagaimanapun Beto berkata, kejayaan filem Mat Kilau tidak membuatkannya berubah dan dia masih seperti dulu.
“Saya masih Beto yang dulu, harga ditetapkan juga setimpal dengan kerja lakonan dan pengalaman dalam bidang seni. Saya bekerja bukan untuk diri sendiri, tetapi demi naskhah diamanahkan.
“Jika bekerja untuk karya, saya akan memberikan yang terbaik. Keikhlasan perlu ada dan itu antara sebab saya masih bertahan sehingga hari ini,” katanya.
Mengulas persepsi sesetengah peminat yang membandingkan lakonannya sebagai Wahid hingga ada yang mendakwa wataknya lebih menyerlah daripada watak utama, bagi Beto persepsi itu tidak adil.
“Watak Wahid ditulis skrip lebih banyak konflik dengan isteri, drama dan tragedi berbanding watak Mat Kilau lakonan Adi.
“Mat Kilau ditulis kurang dramatik. Justeru, tidak adil untuk peminat membandingkan siapa lebih menonjol atau sebaliknya,” katanya yang bakal muncul menerusi filem Anak Rimau The Movie September ini.
Berkongsi lanjut, Beto akui dia tidak risau filem lakonannya itu bertembung dengan filem Air Force The Movie Selagi Bernyawa lakonan Adi di pawagam.
Ads
“Sebagai pelakon kita perlu meraikan kepelbagaian genre dalam industri. Dari segi genre sudah berbeza, filem Anak Rimau The Movie bergenre sukan, manakala Air Force Movie Selagi Bernyawa pula bergenre aksi,” katanya.
Beto menambah, dia menerima tawaran berlakon dalam filem arahan Areel Abu Bakar itu kerana tertarik dengan skripnya.
“Saya melakonkan watak jurulatih sukan bola sepak, iaitu Coach Zainal. Saya bukan pemain bola sepak, tetapi memang minat sukan bola sepak dan ada pasukan yang diminati.
“Jujurnya, saya hampir mewakili pertandingan Silat Olahraga peringkat remaja Selangor pada zaman sekolah dulu.
Ads
“Justeru, komitmen tinggi dan disiplin sebagai ahli sukan tidak asing bagi diri saya dan itulah saya praktikkan dalam filem ini,” katanya lagi.
Ditanya soal cabara, Beto bertuah kerana dapat menimba pengalaman bersama barisan pelakon baru yang juga pemain bola sepak muda kategori bawah 14 tahun dari Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) yang turut membintangi filem berkenaan.
“Mereka mendapat bimbingan dan bengkel lakonan dari guru lakonan terkenal, Fatimah Abu Bakar.
“Selain guru lakonan, kami juga dibantu jurulatih bola sepak dari AMD, Osmera Omaro yang juga penasihat dalam filem.
“Justeru, saya tiada masalah untuk mendapat keserasian dengan barisan pelakon muda dari AMD kerana mereka sudah tahu apa yang perlu dilakukan dari segi dialog, penghayatan watak, lakonan dan sebagainya di lokasi penggambaran,” katanya.
Ads
Selain Beto, filem menelan belanja RM5.5 juta turut mengetengahkan bakat baharu, Idan Aedan dan dua pemain bola sepak kategori bawah 14 tahun dari Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD), Ahmad Daniel Hakimi Ahmad Azmil @ Kechikimi dan Hanz Daniel Skelchy.
Turut membintangi, Azhan Rani, Adam Corrie, Taiyuddin Bakar, Mustakim Bahadon, Megat Sharizal dan barisan pemain bola sepak AMD.
Filem Anak Rimau The Movie yang sepatutnya ditayangkan pada 2020, namun, ditangguhkan berikutan penularan pandemik COVID-19 mendapat sokongan Cyberlynx International College selaku penaja utama, manakala Al-Ikhsan Sports pula sebagai penaja pakaian sukan rasmi.
Anak Rimau The Movie akan ditayangkan serentak di 68 pawagam di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam pada 1 September ini.
Filem Anak Rimau The Movie dihasilkan menerusi usaha sama dengan Majlis Sukan Negara (MSN), Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dan AMD dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, sekeping foto yang memaparkan pelakon Saharul Ridzwan yang kelihatan buncit telah tular di laman media sosial.
Lalu, Saharul atau nama penuhnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim telah mendapat reaksi pelbagai netizen.
Lalu, bintang drama bersiri Camelia itu telah memuat naik satu rakaman video dan memberi penjelasan mengenai gambar tular tersebut.
“Assalamualaikum okey gambar saya perut buncit dah viral dua tiga hari lepas. Okey tak apa, saya jadikan itu sebagai semangat saya.
“Saya pun terbakar juga bila orang komen itulah sebabnya bila dah pergi gim kemudian kita tak pergi gim badan cepat naik.
“Tak apa saya akan buktikan pada anda dalam masa seminggu saya boleh kembali ke badan asal, ini bukan badan asal ni.
“Jadi hari ini kita mula dengan bahagian bahu sebab saya dah janji dengan anda nak buat ‘home work-out’ jadi saya pakai 7.5 jer, suruh makan pula jadi makan dulu lah,” katanya.
Pelakon dan pengacara, Diana Amir berkongsi detik cemas apabila rumahnya hampir hangus dijilat api.
Kongsi Diana menerusi Instagramnya, dia akui alpa apabila sedang memanaskan sup ayam.
Malah, Diana ketika itu terlelap buat seketika.
“So what happened was.. I almost burn down the house last night..
“Diana nak panaskan sup ayam, and supposedly kena padam api lah kan sebelum naik tido.
“My big mistake, i macam “takpe biarkan sekejap panas”, tapi.. keluar je dr dapur i terus lupa I tgh panaskan lauk.. I tutup semua lampu mcm biasa, angkat Khadija yang dah tido naik atas and put her to bed.. Then i trus tido juga,” kongsi Diana.
Kemudian, pelakon filem 7 Petala Cinta itu mulai kejut suaminya, Mohd Habibbullah berhubung insiden tersebut.
“I terbangun sebab terdengar Khadija buat bunyi. I’ve been a light sleeper since ada baby2.. So ada bunyi sikit memang I bangun.. Pastu i mcm ada bau something.. Mamai2 so i mcm pelik siapa yg buat bbq.. Kejutkan Habib tanya, “awak ada bau pape tak?”. Dia cakap tak.
“Then suddenly i teringat pasal sup ayam tu. Terus i lari turun bawah , panggil Habib bgtau dia, asap dah tebal sangat kat bawah. Kat dapur memang dah tak nampak apa. But i x nampak ada api. Asap Je
“Habib yg masuk dapur, then i dont know what he did, I lari naik atas sebab Khadija and Khalid dah terbangun nangis cari I
“I put them back to sleep. I know it was full of smoke downstairs, but theres no visible fire. So, somehow i lega. Kat bilik atas asap mula masuk slow2. “I tutup pintu bilik tido, buka tingkap semua yang ada kat atas. But x boleh turun bawah sebab sangat2 kuat asap dia. Habib is the hero, and I know i can trust him. He releases the smokes by opening all the windows.
Terkejut akan insiden berkenaan, Diana bergegas membersihkan kawasan dapurnya itu.
“This morning bau smoke still kuat. I kena spring clean. Basuh semua benda, semua fabrics, semua pinggan, lap lantai berkali2.
Bagaimanapun, Diana bersyukur kerana tidak ada kecederaan yang berlaku, sebaliknya hanya barangan dapur sahaja yang mengalami kerosakan.
“But above all, I’m grateful, Alhamdulillah diberi peluang kedua utk kami. Theres alot of IFs, tapi Allah bagi warning ja. Lain kali penat camana pun check habis2 semua benda sebelum tido, make sure everything is safe.
“I’m thankful Allah kept my family safe this time. It can never happen again. I promise, in sya Allah I akan selalu alert benda2 camni. And I hope by sharing this, whoever reading this will make it a life lesson
“In a sec we can lose everything for something so simple. Tutup api. Nak masak tunggu sampai abes. I mean ya we dont have that luxury to always stay in the kitchen and watch our cooking like a hawk because theres so many other things to do. But, dont let that “excuse” get in away of safety,” tulis Diana panjang lebar.
Beberapa hari lalu, pelakon Datin Paduka Eina Azman ada memuat naik foto mesra sambil dipangku suami tercinta Datuk Paduka Kaiser menerusi Instagram.
Cuma, dalam ramai yang gembira melihat kemesraan pasangan berkenaan, ada segelintir netizen yang tidak berapa suka dengan tindakan ibu kepada pasangan kembar itu.
Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera, bakal memulakan tugasnya sebagai penyampai di stesen radio Era FM bermula Isnin depan.
Pengumuman...