“Jadi Dinasour Dah Abang Ni, Bagilah Budak-Budak Muda Pula…,”- Ada Kata Hos Hafizal Hamad Tak Relavan? Tuan Badan Ulas

Share

Semalam, pengacara dan pengulas sukan, Hafizal Hamad menyeru kepada peminat bola sepak tempatan agar memberikan ruang buat juru latih pasukan negara, Kim Pang Gon menjalankan tugasnya selepas kekalahan kepada Bahrain, Sabtu lalu.

Menurut Hafizal atau lebih mesra disapa Pak Long, Kim Pang Gon memiliki sijil kelayakkan tertinggi di peringkat Asia dan Eropah, malah dia juga tahu bagaimana untuk melaksanakan tugasnya sebaik mungkin.

“Kim Pang Gon Diploma Kejurulatihan Bola Sepak Profesional AFC dan UEFA Diploma kelayakan kejurulatihan bola sepak tertinggi di Asia dan Europah. Bagi la Pang Gon buat kerja dia,” tulisnya di Twitter.

Bagaimanapun, ciapan tersebut telah mendapat respon daripada seorang individu yang mengatakan mungkin sudah sampai masanya untuk Hafizal juga turut berundur dan tidak lagi bergelar pengulas di saluran Astro Arena.

“Macam Abang Hafizal la, dengan kualiti Abang sekarang, patut balik kerja dgn RTM. Dah jadi Dinosaur dah abg ni. Bagila budak-budak muda pulak jadi Pengulas Sukan Astro,” tulis individu berkenaan.

Tidak melatah, Hafizal sebaliknya menyifatkan antara faktor dirinya masih lagi relavan di media arus perdana adalah disebabkan berkat doa daripada keluarga dan sahabat handai.

Katanya lagi, kata-kata berbaur negatif ini tidak akan sesekali mematahkan semangatnya untuk terus memberikan yang terbaik didalam setiap tugasannya.

“Doa pada Allah untuk terus kekal bertahan dalam Industri. Kenapa aku boleh bertahan? Jawapannya keluarga dan sahabat. Kawan ni ramai tapi yang nama sahabat ni ada la berapa kerat.

“Hidup ni senang. Biar la apa orang nak kata pasai kita mampuih pi kat dia. Ayuh semua penuhkan Stadium Selasa ni. Misi mara ke Piala Asia,” ujarnya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Hafizal sebagai antara pengulas sukan terbaik di negara ini.

“Terbaik Pak Long. Saya suka cara Pak Long.

“Kami sentiasa support Pak Long steady.

“Host terbaik tetap Hafizal.

“Teruskan perjuangan Pak Long. Demi bola sepak Malaysia. Abaikan komen negatif.

“Hafizal boleh bertahan sebab nampak jujur semasa bertugas,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Sekadar informasi, selain bergelar pengulas sukan, Hafizal juga mempunyai hos bagi program Nindia Bola yang berisaran pada setiap hari Isninjam 8.30 malam bersama gandingannya yang juga merupakan bekas pemain bola sepak negara, Syukor Adan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Twitter & Instagram Hafizal Hamad

Published by
Aizam Manaf