Bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-26 lalu, pelakon cantik Zahirah MacWilson ada menitipkan kata-kata istimewa yang mencuri perhatian para peminatnya.

Sambil memuat naik dua keping foto kandidnya bersama bayi lelakinya, pelakon Curi-Curi Cinta itu turut menyatakan rasa gembira atas anugerah yang tidak ternilai itu.

“01/02/2021. 26 today & being mummy to my sweet boy is the bestest gift of all. I wanna hold you forever.

Ads

“Thank you daddy for taking this photo @aimanhakimridza,” tulis Zahirah bersama emoji pada ruangan kapsyen di Instagram, baru-baru ini. 

Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut mengucapkan selamat hari jadi buat ibu beranak satu ini.

Ads

Malah, ramai juga yang memuji kecomelan anaknya, meski dia dan suami, pelakon Aiman Ridza Hakim masih belum mendedahkan foto penuh permata hati mereka.

Ads

“Jadi Ibu Kepada Anak Lelaki Saya Adalah Anugerah Paling Bernilai,” – Comel! Peminat Suka Foto Kandid Zahirah MacWilson Dengan Baby Boy! “Jadi Ibu Kepada Anak Lelaki Saya Adalah Anugerah Paling Bernilai,” – Comel! Peminat Suka Foto Kandid Zahirah MacWilson Dengan Baby Boy! “Jadi Ibu Kepada Anak Lelaki Saya Adalah Anugerah Paling Bernilai,” – Comel! Peminat Suka Foto Kandid Zahirah MacWilson Dengan Baby Boy! “Jadi Ibu Kepada Anak Lelaki Saya Adalah Anugerah Paling Bernilai,” – Comel! Peminat Suka Foto Kandid Zahirah MacWilson Dengan Baby Boy!Zahirah dan Aiman mendirikan rumah tangga pada 20 Februari tahun lalu di sebuah premis acara di Damansara Perdana, Selangor dan bayi mereka dilahirkan pada 5 Januari lalu.

Sehingga kini, entri berkenaan sudah pun menerima lebih 200,000 tanda suka bersama ratusan komen.

Foto: Instagram Zahirah MacWilson

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI