Bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-26 lalu, pelakon cantik Zahirah MacWilson ada menitipkan kata-kata istimewa yang mencuri perhatian para peminatnya.
Sambil memuat naik dua keping foto kandidnya bersama bayi lelakinya, pelakon Curi-Curi Cinta itu turut menyatakan rasa gembira atas anugerah yang tidak ternilai itu.
“01/02/2021. 26 today & being mummy to my sweet boy is the bestest gift of all. I wanna hold you forever.
“Thank you daddy for taking this photo @aimanhakimridza,” tulis Zahirah bersama emoji pada ruangan kapsyen di Instagram, baru-baru ini.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut mengucapkan selamat hari jadi buat ibu beranak satu ini.
Malah, ramai juga yang memuji kecomelan anaknya, meski dia dan suami, pelakon Aiman Ridza Hakim masih belum mendedahkan foto penuh permata hati mereka.
Sehingga kini, entri berkenaan sudah pun menerima lebih 200,000 tanda suka bersama ratusan komen.
Foto: Instagram Zahirah MacWilson