Pelakon jelita, Anna Jobling akui teruja untuk menggalas tanggungjawab sebagai salah seorang juri di program Muzikal Lawak Superstar (MLS) musim ke-4.
Menurut Anna, meskipun tiada pengalaman di dalam dunia komedi, namun peranannya di kerusi juri ini adalah untuk mewakili suara daripada penonton dan netizen.
“Kesempatan ini adalah rezeki saya. Ini juga merupakan kali pertama saya duduk di kerusi juri. Ada banyak perkara yang saya perlu belajar.
“Saya berada di sini sebagai wakil daripada penonton dan netizen. Jadi, peranan saya agak berbeza.
“Saya bukan menilai daripada sudut teknikal lawak tetapi lebih kepada sama ada penonton terhibur atau tidak,” katanya kepada MH.
Pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Muzikal Lawak Superstar musim ke-4 yang berlangsung di Zebra Square, Kuala Lumpur pada Rabu.
Ads
Ketika ada pihak yang agak skeptikal dengan kemampuan Anna untuk memahami komedi Melayu, bintang kelahiran program Dewi Remaja 2018/19 mendedahkan dirinya sangat mudah terhibur dengan apa sahaja jenis lawak.
“Saya seorang yang mudah terhibur. Lawak-lawak biasa pun saya akan mudah ketawa
Kita tengoklah nanti.
“Kalau saya tergelak, itu bermakna saya faham lawak tersebut dan mereka berjaya buat saya terhibur,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Anna mendedahkan dirinya sudah bersedia untuk berdepan dengan segala kritikan namun dia juga berharap orang ramai dapat memberikannya peluang untuk cuba menggalas tanggungjawab ini dengan baik.
Ads
“Berilah saya peluang. Segala hal yang kita lakukan di dunia ini, ada permulaanya.
Mungkin permulaan saya nanti akan mencabar tapi saya akan cuba terima segala komen dan kritikan.
“Ia secara tidak langsung akan membantu saya untuk memperbaiki kesilapan.
Ini juga merupakan satu bidang baru dan batu loncatan dalam perjalanan kerjaya saya.
“Mungkin ada pihak yang tidak suka dengan kehadiran saya di sini. Namun, saya tetap positif.
Ads
“Dalam hidup ini, bukan saya seorang sahaja yang perlu hadap kecaman. Saya terlibat di dalam program ini untuk berhibur sahaja,” akhirinya.
Selain Anna, posisi juri juga turut disandang oleh dua pelawak senior tanah air iaitu Saiful Apek dan Harith Iskander.
Sebanyak 10 kumpulan bakal bertanding di MLS4 yang bertemakan ‘Kisah Dongeng’.
Program yang dihoskan AC Mizal itu bakal bersiaran bermuala 22 September ini di saluran Astro Warna dan Astro Go.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Adibah Noor ada memberikan pendapatnya mengenai isu majikan yang ingin merekrut pekerja baru seperti yang hangat diperkatakan di media sosial ketika ini.
Menurut Adibah, para majikan sepatutnya berterus terang sahaja mengenai tingkat gaji yang mereka ingin tawarkan dan berhentilah membandingkan mereka dengan para perkerja zaman dahulu.
dear future employers, kalau nak recruit new employees, cakap je terus terang brapa gaji u all nak offer. hentikanlah nak compare bekbudak sekarang punya challenges/way of thinking dengan zaman you.
dah lain dah. try looking at things from THEIR perspective.
“Dear future employers, kalau nak recruit new employees, cakap je terus terang brapa gaji u all nak offer.
“Hentikanlah nak compare budak-budak sekarang punya challenges/way of thinking dengan zaman you.
“Dah lain dah. Try looking at things from THEIR perspective. Good luck semua,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu menerusi akaun Twitter miliknya.
Tambah Adibah lagi, zaman kini sudah berubah dan para majikan sepatutnya turut melihat situasi ini dari sudut pandang yang berbeza.
Tweet tersebut nyata menarik perhatian ramai selepas meraih lebih 22,000 retweet dan hampit 19,000 tanda suka.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan yang diberikan Adibah itu selain turut berharap agar persepsi para majikan ketika ini dapat berubah.
Terdahulu, Adibah kini dilihat sedang sibuk menjalani proses pengambaran drama siri popular Kampung People musim ke-2.
Berikutan situasi semasa yang mana bilangan individu terjangkiti pandemik COVID-19 masih tinggi di negara ini, ruangan sempit dan padat dengan orang ramai seperti surau di dalam pusat beli belah misalnya mungkin ditutup sementara bagi mengekang jangkitan virus tersebut bertambah.
Bagaimanapun, hal tersebut membuatkan penyanyi Nubhan Ahamad mencari alternatif sendiri untuk menunaikan tiang agama.
Malah, perkara tersebut turut dikongsikan penyanyi yang kini muncul dengan single terbaru, Sekali Lagi bersama Siti Nordiana dalam bentuk video di Instagram.
Bintang berusia 34 tahun itu mendedahkan cara mudah dengan menggunakan ruang ‘fitting room’ di sebuah premis pakaian untuk menunaikan solat.
“Sekarang ni kalau pergi mall, surau semua tutup. Jadi apa yang kita kena buat adalah, menggunakan segala kemahiran kepala otak yang ada ni untuk tetap solat supaya tidak tinggal,” katanya di dalam video berdurasi kurang 2 minit itu.
Nubhan bagaimanapun, tidak pula mendedahkan lokasi pusat beli-belah yang dikunjunginya.
Di dalam video berkenaan juga, Nubhan dilihat mengambil wudhu terlebih dahulu sebelum membawa sehelai baju kemeja ke bilik persalinan sebuah butik pakaian sebelum menunaikan solat.
”Adoila… tapi surau mall ni sya x tau tutup ke tak. Sebab jauh dan malas nak tawaf, so nilah cara paling senang,” tulis Nubhan pada ruangan kapsyen.
Serentak dengan itu, video yang sudah pun ditonton hampir 75,000 kali itu mendapat reaksi positif daripada rata-rata pengikutnya di laman sosial berkenaan.
Turut kelihatan di dalam video tersebut ialah isterinya, Afifah Tawfek.
Foto: Instagram Nubhan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan usahawan, Sufi Rashid meluahkan rasa syukur apabila bakal menimang cahaya mata sulungnya iaitu bayi perempuan.
Isterinya, Nurulain Md Yusof dijangka bersalin permata hati mereka pada November depan.
Sufi berkata dia dan isteri tidak sabar menantikan ahli baharu di dalam keluarga selepas lima tahun mendirikan rumah tangga pada 21 September 2019.
“Alhamdulillah dengan rezeki Allah ini dan hadir ketika kami sudah betul bersedia terutamanya dari faktor kewangan dan ekonomi.
“Lebih istimewa ini adalah ‘bayi dari London’ ketika kami bercuti di Eropah dan saat itu saya beritahu Ain saya sudah bersedia,” katanya pada Majlis Gender Reveal Party #BabybySAH di Zebra Square, Kuala Lunpur, pada Sabtu.
Sementara itu, Ain teruja atas rezeki dan mengakui sudah bersedia bergelar ibu.
“Syukur sangat dan betullah kata orang anak itu membawa rezeki dan kami dikurniakan rezeki ketika kami sudah betul-betul bersedia.
“Kalau nak tahu yang banyak mengidam sebenarnya Sufi dan dia juga cranky sebaik saya hamil.
“Dia juga teruja bila setiap malam akan ambil baju baby dan susun serta tenung sambil senyum-senyum,” kongsinya.
Sufi mencelah, isterinya itu turut mengidam benda istimewa sebagai ibu yang sedang hamil.
“Kalau nak tahu, Ahad kami akan terbang ke Jerman untuk menonton konsert Adele yang berlangsung di sana,” katanya.
Sementara itu, juara Akedemi Fantasia 2015 berkata bayi berkenaan bakal dilahirkan pusat bersalin swasta di Seri Kembangan Selangor.
Sufi juga berjanji untuk menjadi bapa yang baik serta memberikan contoh buat puteri sulungnya itu.
“Saya juga bercadang untuk bercuti selama setahun selepas bayi lahir nanti untuk sama-sama menjaga anak saya,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Buat pertama kali, penyanyi Shiha Zikir tampil berduet dengan kakaknya, Ieda Zikir, menerusi sebuah lagu raya berjudul Tum Tum Raya.
Demi memastikan hasil berkualiti, Shiha...