Sering membintangi watak kanak-kanak dan remaja, pelakon Puteri Balqis kini mencabar diri untuk memeran watak sebagai wanita dewasa, iaitu sebagai merupakan kekasih kepada aktor, Aiman Hakim Ridza di dalam drama terbaharu berjudul, Sebelum Titik Nokhtah.
Menurut Balqis, setiap pelakon mempunyai keupayaan untuk mencipta apa sahaja watak yang bersesuaian dengan kehendak pengarah.
“Sebab itulah pekerjaan ini dipanggil sebagai berlakon. Kita boleh cipta apa sahaja watak dan saya mencipta watak Amylia yang merupakan seorang wanita dewasa.
“Kita boleh berlakon menjadi pembunuh psiko atau watak yang penuh melancholic. Jadi, kenapa kita tak boleh berlakon menjadi wanita dewasa?
“Saya hanya perlu menghayati kelakuan, penampilan dan tabiat orang-orang dewasa. Jadi, saya membuat banyak kajian tentang cara berjalan, bercakap dan banyak lagi,” katanya kepada MH.
Balqis berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media drama Sebelum Titik Nokhtah yang berlangsung di Bungalow 37, Kuala Lumpur pada Khamis.
Dalam pada itu, pelakon berusia 17 ini akui tidak sukar buat dirinya untuk mencari keserasian bersama Aiman meskipun perbezaan umur yang agak jauh.
Ads
“Apa yang menarik tentang Aiman, dia punyai wajah yang penuh dengan character. Keserasian kami hadir secara semula jadi sebaik sahaja mula penggambaran.
“Bila babak bergaduh, kami tolak tepi soal skrip. Kami bina sendiri kemarahan itu. Bila tamat sahaja babak, kami hanya buat hal masing-masing.
“Kami tiada bersembang atau berbincang. Sangat ‘rare’ untuk dapat chemistry seperti ini. Saya pula sejenis introvert. Agak susah nak bina keserasian lebih awal.
“Saya lebih selesa menunggu bila camera rolling. Kami hanya rehearsal dan terus berlakon,” ujarnya lagi.
Ads
Ditanya sama ada dia hanya akan membawakan watak-watak dewasa selepas ini, ini jawab pemenang Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Televisyen Asia ke-19 itu;
“Pada saya, saya boleh bergilir untuk membawakan watak remaja dan dewasa. Bila melakonkan watak kanak-kanak, kita ada watak seperti kanak-kanak yang hidup di dalam keluarga yang mendera.
“Seronok juga watak seperti itu. Tak semua naskhah berat itu perlu jadi watak dewasa,” tuturnya lagi.
Ads
Dalam pada itu, Balqis akui tidak kisah dengan kritikan segelintir pihak mengenai wataknya itu sebaliknya, dia percaya penonton masa kini sudah semakin bijak menilai terhadap peranan sesebuah watak.
“Dalam skrip pun sudah dimaklumkan umur watak saya dan Aiman berbeza 10 tahun. Pada saya, bila saya sudah in character, mungkin orang akan lupa Puteri Balqis yang sebenar.
“Sekali lagi saya katakan, ini hanyalah watak,” akhirinya.
Selain Balqis dan Aiman, drama terbitan Heritage Movie Sdn. Bhd ini turut menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat tempatan seperti Noki K-Clique, Danny X-Factor, Shabby dan Shazia Rozaini.
Drama arahan Mohd Syah Faizul bergenre aksi thriller ini akan mula bersiaran di saluran Degup HD, Unifi TV bermula 11 November ini jam 11 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat mengakui sudah lama tidak menggunakan khidmat guru vokal bagi memantapkan persembahannya dari segi vokal serta kawalan suara.
Sebaliknya, Ayda atau nama sebenar Nur Suhada Jebat hanya menggunakan saluran YouTube menerusi paparan video paparan video tutorial yang dimuat naik.
Ayda bagaimanapun terharu apabila ada peminat yang mulai memuji kualiti vokalnya yang kian baik, terutama apabila mempersembahkan lagu genre balada.
“Buat masa ini, saya sudah agak jarang ke ke kelas vokal. Agak lama juga tidak berjumpa Cikgu Shafi sebab sekarang saya hanya belajar sendiri menerusi internet, di laman Youtube misalnya.
Kebiasaannya, saya akan menonton tutorial memantapkan vokal seterusnya membuat latihan beberapa hari sebelum persembahan.
“Banyak manfaat yang boleh kita dapat daripada video-video berguna yang dimuat naik di Youtube daripada tonton video yang bukan-bukan, lebih baik untuk cara cari tontonan sesuai dengan kerjaya saya,” katanya.
Bintang berusia 27 tahun ini terdahulu ditemui pada sesi pertunjukan fesyen Ariani di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pada Khamis.
Berkongsi mengenai penerimaan baik peminat terhadap persembahannya menerusi lagu-lagu genre balada pula, ini kata Ayda;
“Bagi saya, nanyian saya masih belum bagus. Banyak perkara yang perlu saya pelajari. Apa pun terima kasih buat peminat yang memberi respon baik. Saya hargainya,” kata Ayda.
Foto: Nurul Akmar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Adzrin Adzhar berkongsi perbualan telefon dengan ibunya yang kesedihan akibat terpisah lama dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan.
Jelasnya yang sinonim membahasakan diri sebagai ‘abang’, walaupun jarak rumah dengan ibu hanya 6.4 kilometer, namun dia tetap tidak mahu mengambil risiko kerana faktor usia ibu yang sudah lebih 65 tahun dan merupakan pesakit kanser.
Katanya, dia dan ibu takut untuk berjumpa kerana kedua-duanya merupakan individu berisiko tinggi untuk dijangkiti dan bimbang tiada peluang untuk sembuh.
“Post smlm japlg abang reply eah. Hahaha. Walaupun Jarak Rumah abang dengan mak abang 6.4km SAHAJA.
“Tapi sebab mak abang umur dah above 65. Abang pulak ada cancer.
“Dua2 takut nak jumpa satu sama lain sbb takut terbawak covid19 kat satu sama lain Nauzubillah. Dua2 golongan kalau kena Nauzubillah takleh survive.
“Jadi kita bersabar je lah. PKP4 habis je nanti kita bukak puasa sama2 ye ma. Eh ke dah raya itu jam,” kongsinya.
Fasa ketiga PKP bermula 15 April sehingga 28 April dan rakyat Malaysia dinasihatkan supaya menjalani ibadah puasa dan menjalankan solat sunat terawih di rumah bersama keluarga.
Foto : Instagram Adzrin Adzhar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sebagai tanda persahabatan, pelakon dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al-Islam dan suaminya Datuk Azam telah menyambut hari ulang tahun kelahiran rakan pelakon Norman Hakim.
Menerusi akaun Instagram milik Rebecca, dia berkongsi momen ketika meraikan hari jadi Norman yang turut ditemani isteri, pelakon Memey Suhaiza.
Dalam pada itu, Rebecca turut mendoakan agar Norman dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga tercinta.
“Happy birthday Abg @normanhakim_786 Semoga Panjang Umur,Murah Rezeki Sentiasa Dan Berbahagia Sentiasa bersama Keluarga TerCinta thank you sayangku mummy Cantik @memeysuhaiza for having me and Hubby today,
“Yeayyy Jadi plan Para isteri, next location after this please. @memeysuhaiza @azambecca @normanhakim_786,” tulisnya.
Untuk rekod, Rebecca mendirikan rumah tangga bersama Datuk Nor Azam Sulaiman pada 14 Januari 2011.
Pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Nor Adam Daniel 11 tahun, Nor Anggun Raverra, 7 tahun, Nor Anggerik Renesmee, 6 tahun, Nor Aliff Al-Raffael, 3 tahun dan Nor Ahmet Al-Reaggan, setahun.
Selain itu, Rebecca juga turut menjaga beberapa orang anak angkat.
Foto: Instagram Rebecca Nur Al-Islam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Datin Intan Najuwa tampil membidas dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya jarang meluangkan masa bersama anak sulungnya, Imane Lunara, yang kini berusia tiga bulan.