Bekas isteri kepada pemuzik, Ude Wahid, Intan Liana Saleh telah memuat naik sekeping gambar bersama bekas ibu mertuanya, yang dikenali sebagai Fadillah.
Foto tersebut dikongsikan ibu tunggal beranak dua ini bersempena dengan ulang tahun kelahiran bekas ibu mertuanya itu.
“Happy birthday mak!!! Intan doakan mak dipanjangkan umur..sihat selalu..thanks mak terima intan selama ni sebelum jadi menantu..
“Dah jadi menantu sehingga sekarang bekas menant.. mak ade untuk intan..bg intan menumpang kasih mak..alaaaaa kecik ati sikit2 tu biasa la kan mak..
“Hehhehe ape pun intan sayang mak n semua!!!jangan buang intan tau..hihii..love you mak!! @fadillahsheikhabdullah .
“Thank you semua dtg umah n makan ape yg ade.. @abbyswahid @saramusykirah @dhiyasuhaili,” tulisnya.
Foto tersebut melihatkan Intan bersama ibu mertua serta ipar duai bergambar bersama.
Lalu, netizen kagum melihat kakraban mereka sebagai sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia.
Terdahulu, Ude dan Intan mendirikan rumah tangga pada 1 Mac 2013 kemudian bercerai talak satu pada 22 Mac lalu.
Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Arish Muqri, 4, serta Ariq Muqri, 2 tahun.
Ude kini sedang menantikan kelahiran anak pertama bersama pelakon, Izreen Azminda.
Foto : IG Intan Liana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI