Kasih sayang seorang ibu terhadap anak-anaknya tiada hentinya, begitulah yang dirasai pelakon senior, Jasmin Hamid.

Baru-baru ini, Jasmin atau nama sebenarnya Jasmiah Hamid ada memuat naik sekeping gambar anak lelakinya, Ian Haziq Macquistan di akaun Instagram.

Ian yang segak mengenakan baju Melayu rona hijau tua kini sedang mencipta nama dalam dunia lakonan.

Menerusi posting tersebut, Jasmin telah memberikan kata nasihat kepada para ibu di luar sana dalam mendidik anak.

“Pejam celik pejam celik, Big Boss @haziq_macquistandah bujang.. Baju Melayu pun dah nak pilih sendiri. Nak yang slim fit je..tapi bukanlah yang melekat kat badan tu, dah ropee baju renang.. Hilang kemelayuannya.. Nasib baik dia masih nak ikut saya pergi shopping baju Raya lagi.

IKLAN

“Ye Big Boss memang anak mak, ada masalah ke? Saya bersyukur sebab bila anak lelaki yang rapat dengan ibunya, dia juga akan sayangkan life partner dia nanti, In Syaa Allah.. Kita yang ibu ni pun, kenalah positive juga.. Jangan terlalu selfish terutama bila anak lelaki tu dah kahwin..

“Kita kena share kasih sayang tu dengan teman hidup dia.. Jadi penasihat yang terbaik, bukan Ibu Mertua yang gila kuasa.. Satu benda yang tak boleh di nafikan dan di ubah kerana ia adalah HUKUM ALLAH iaitu SYURGA anak lelaki di bawah telapak kaki ibunya dan SYURGA seorang isteri di bawah telapak kaki suaminya..

“Anak lelaki pun, harus pandai menjadi NAKHODA. Kalau tak nanti, pasti kapal akan karam.. Buat apa nak gaduh nak beraya kat mana.. Benda boleh bincang… Hebat Bukan? #artismalaysia #pelakonmalaysia #son#aidilfitri2019 #anaksoleh”tulisnya.

IKLAN
View this post on Instagram

Pejam celik pejam celik, Big Boss @haziq_macquistan dah bujang.. Baju Melayu pun dah nak pilih sendiri. Nak yang slim fit je..tapi bukanlah yang melekat kat badan tu, dah ropee baju renang.. Hilang kemelayuannya.. Nasib baik dia masih nak ikut saya pergi shopping baju Raya lagi.. Ye Big Boss memang anak mak, ada masalah ke? Saya bersyukur sebab bila anak lelaki yang rapat dengan ibunya, dia juga akan sayangkan life partner dia nanti, In Syaa Allah.. Kita yang ibu ni pun, kenalah positive juga.. Jangan terlalu selfish terutama bila anak lelaki tu dah kahwin.. Kita kena share kasih sayang tu dengan teman hidup dia.. Jadi penasihat yang terbaik, bukan Ibu Mertua yang gila kuasa.. Satu benda yang tak boleh di nafikan dan di ubah kerana ia adalah HUKUM ALLAH iaitu SYURGA anak lelaki di bawah telapak kaki ibunya dan SYURGA seorang isteri di bawah telapak kaki suaminya.. Anak lelaki pun, harus pandai menjadi NAKHODA. Kalau tak nanti, pasti kapal akan karam.. Buat apa nak gaduh nak beraya kat mana.. Benda boleh bincang… Hebat Bukan? #artismalaysia #pelakonmalaysia #son #aidilfitri2019 #anaksoleh

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh) on

Dalam pada itu, perkongsian pelakon yang berusia 46 tahun itu telah mendapat pujian daripada peminat.

IKLAN

Malah, peminat juga turut bersetuju dengan kata-kata nasihat yang dikongsi oleh Jasmin.

“Jadi Penasihat Terbaik, Bukan Ibu Mertua  Gila Kuasa,” – Jangan Selfish, Ini Nasihat Jasmin Hamid Buat Ibu Yang Ada Anak Teruna

Kasihnya ayah berkorban nyawa, kasihnya ibu membawa ke syurga. Semoga perkongsian Jasmin ini boleh dijadikan panduan hidup kepada semua.

Foto : Instagram Jasmin Hamid

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI