Kumpulan lawak lagenda, Senario Reunion akui teruja apabila turut diundang untuk membuat persembahan di acara muzik terbesar negara iaitu Hausboom Music Festival 2024.

Menurut pelawak, Azlee, acara seperti ini secara tidak langsung akan mengubati kerinduan peminat terhadap kumpulan yang pernah mencetuskan fenomena satu ketika dahulu.

Jadi Pilihan Anak Muda Di Festival Muzik, Senario Reunion Mahu Dikenang Seperti Tan Sri P Ramlee

“Kami terlalu gembira bila pihak Hausboom menjemput kami untuk sama-sama buat persembahan di festival muzik ini. Kami tak sabar nak menghiburkan para peminat Senario.

“Banyak sangat yang tertanya-tanya bilakah Senario akan perform lagi. Dengan adanya pentas ini, dapatlah kami melepaskan kerinduan kepada peminat,” katanya kepada MH.

Kumpulan Senario Reunion ditemui ketika majlis sidang media Hausboom Music Festival 2024, baru-baru ini.

Sementara itu, pelawak popular, Saiful Apek pula menyifatkan undangan ini sebagai satu pengiktirafan buat pencapaian mereka selaku kumpulan lawak otai negara.

Jadi Pilihan Anak Muda Di Festival Muzik, Senario Reunion Mahu Dikenang Seperti Tan Sri P Ramlee

Ads

“Kami juga sudah terlupa dengan pencapaian-pencapaian kami sebelum ini. Namun, bila Hausboom mengingatkan kami kembali, ternyata sejarah itu tidak boleh dipadam.

“Jadi, kami berbesar hati untuk membuat persembahan bersama artis-artis seangkatan seperti Wings, Datuk Zainal Abidin dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Kami seronok bila dapat melengkapi festival muzik yang mempunyai pelbagai generasi,” ujarnya.

Dalam pada itu, Azlee akui tidak sabar untuk bertemu dengan barisan peminat Senario terutamanya daripada kalangan generasi baharu.

Ads

Jadi Pilihan Anak Muda Di Festival Muzik, Senario Reunion Mahu Dikenang Seperti Tan Sri P Ramlee

“Rata-rata mereka yang membesar ketika zaman-zaman Senario ini sudah pun berumah tangga. Jadi, anak-anak mereka yang baru lahir ini tahu mengenai kami menerusi ibu bapa mereka.

“Kami yang hiburkan mereka satu ketika dahulu. Secara tidak langsung, budak-budak ini pun kenal Senario. Malah, media sosial juga banyak memainkan karya-karya kami,” katanya lagi.

Pada masa sama, Apek turut berharap agar nama Senario ini akan sentiasa dikenang seperti mana seniman agong, Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Ads

Jadi Pilihan Anak Muda Di Festival Muzik, Senario Reunion Mahu Dikenang Seperti Tan Sri P Ramlee

“Jika melihat Allahyarham Tan Sri P Ramlee, walaupun beliau wujud ketika zaman hitam putih, tapi kesan warna-warni pada hidup kita itu kekal sehingga hari ini dan sampai bila-bila.

“Begitu jugalah yang kami mahukan untuk perjalanan Senario,” akhirinya.

Terdahulu, Senario merupakan antara 32 artis yang akan membuat persembahan di Hausboom Music Festival 2024 yang akan berlangsung pada 5 dan 6 Oktober ini di KL Base, Sungai Besi.

Selain Senario, antara barisan selebriti yang akan membuat persembahan adalah Dolla, Joe Flizzow, Exists, Bunkface dan ramai lagi.

Tiket sudah mula dijual bermula pada harga RM159 (Early Bird), RM189 (General Admission), RM349 (Rockzone) dan RM1,200 (VVIP).

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI