Penyanyi, Ara Johari meluahkan rasa kecewanya terhadap sikap tidak bertanggungjawab segelintir rakyat Malaysia yang suka membuang sampah merata-rata terutamanya ketika melakukan aktiviti rekreasi sama ada sewaktu mendaki gunung ataupun berkhelah di air terjun.

Menurut Ara, sampah yang dibawa seharusnya dibuang di tempat yang sepatutnya dan kita juga hendaklah memastikan kawasan rekreasi tersebut kembali bersih sebelum pulang.

Katanya lagi, sekiranya perbuatan tidak bermoral ini masih berterusan, keadaan alam sekitar sudah pasti akan bertambah buruk.

Ads

“Anda semua jika nak pergi mendaki atau berkhemah di kawasan air terjun, tolong pastikan sampah dibawa turun ke bawah dan buang ke tempat yang sepatutnya atau bakar sebelum nak pulang.

“Macam mana nak jaga alam sekitar jika masih terdapat sekumpulan manusia yang tiada sivik,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu, Bunga itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di ruangan Instagram stories.

Ads

Katanya lagi, kalau bukan kita sendiri yang menjaga dan menghargai keindahan alam sekitar di negara ini, tiada lagi orang lain yang akan bertanggungjawan untuk melakukan perkara sedemikian.

“Aku geramlah, kita mendaki dan berkhemah sebab nak menyaksikan keindahan alam sekeliling serta menghirup udara segar.

Ads

“Tetapi jika sampah dibuang merata-rata, kau rasa tak sakit ke mata bila tengok?
Kau ingat di atas sana ada tukang kutip sampah ke yang nak kemaskan untuk kau? Tolong jadi rakyat Malaysia yang berguna, jangan jadi sampah,” kongsinya lagi.

Baru-baru ini, tular di media sosial beberapa gambar dan video yang memaparkan keadan sampah sarap yang bertaburan di kebanyakkan kawasan rekreasi yang dipercayai ditinggalkan oleh para pengunjung yang datang ke kawasan tersebut.

Sumber: Instagram Ara Johari

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI