
Balu allahyarham Abam Bocey, Siti Nurhidayah Mohd Ali berkongsi sekeping foto yang cukup menjentik rasa.
Anak tunggal allahyarham, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey dilihat sedang lena beradu diselimuti sehelai baju kepunyaan arwah bapanya.
Jelas Hidayah, baju itu sentiasa menjadi selimut Hamzah.
“Tidur lena2 ye syg ibu. Baju arwah ayah jd selimut Hamzah sentiasa.
“Alfatihah (dlmbacaan) buat Arwahyarham suamiku Syed Umar Mokhtar,” kongsi Hidayah.
Menerusi ruang komen, rata-rata netizen menitipkan doa agar Hamzah membesar menjadi anak soleh.
Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari lalu di kediamannya, di Gombak akibat demam panas.
Jenazah Abam telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.
Allahyarham meninggalkan isteri, Nor Hidayah Mohd Ali, 28, dan seorang lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey berusia sepuluh bulan.
Foto: Instagram Hidayah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Tak Buat, Tak Payah Triggered Kot,” – Ada ‘Sentap’ Dengan Tweet Naim Daniel Berhubung Isu Ejen Insuran? Ini Respon Balas Tuan Badan

Baru-baru ini, heboh diperkatakan di media sosial mengenai ciapan yang dimuat naik oleh penyanyi, Naim Daniel yang memberi peringatan terhadap para ejen insuran untuk tidak mengambil kesempatan terhadap pemergian penyanyi, Siti Sarah untuk mempromosikan perkhidmatan mereka.
Ciapan tersebut nyata menarik perhatian ramai pihak selain turut mengundang rasa kurang senang di hati sesetengah ejen insuran.
Menerusi hantaran terkini di laman Instagram stories, Naim memaklumkan sesiapa sahaja tidak perlu terasa hati dengan kenyataannya itu seandainya mereka tidak melakukan perkara yang sedemikian.
“Bold, just incase if there’s anyone yang tak nampak keberadaan ‘KALAU ADA’ from this unharmful tweet.
“Tidak perlu merasakan pedasnya jika tidak termakan cili,” tulisnya.
Dalam pada itu, atas rasa tanggungjawab, Naim turut menegaskan dirinya akan tetap dengan pendiriannya untuk terus lantang dalam menyuarakan pendapat bagi pihak para pengikutnya di seluruh platform media sosial.
“Saya memang akan sentiasa menjadi agak lantang di media sosial terutamanya di platform-platform saya sebab saya merasakan followers itu merupakan tanggungjawab dah dan bukan sekadar followers.
“Dan ya kalau awak tak buat seperti mana yang saya cuba sampaikan di dalam tweet tersebut, tak payah triggered kot,” katanya lagi.
Kalau ada mana-mana ejen insurans yang guna modal kematian arwah Kak Siti Sarah nak cerita pasal hibah dan sebagainya;
Korang memang hilang manusia dalam diri.
— Naim Daniel (@naimdanielx) August 9, 2021
Terdahulu, ciapan tersebut telah pun meraih lebih 23,000 ulang ciap dan hampir 31,000 tanda suka setakat ini.
Sumber: Instagram & Twitter Naim Danial
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia Hit Note Tu Macam Senang Je,” – Erissa Puteri Nyanyi Lagu Ernie Zakri Curi Perhatian

Penampilan penyanyi muda, Erissa Puteri Hashim yang membuat persembahan pada malam pertama International Cultural Fashion Week (ICFW) sempena festival Precious Of Malaysia, pada Jumaat mencuri perhatian ramai.
Menerusi acara tahunan tersebut, bekas peserta program realiti, Ceria Pop Star musim kedua yang kini berusia 21 tahun itu menerima pujian sejurus menyanyikan lagu Ku Bersuara yang dipopularkan oleh Ernie Zakri.
Rata-ratanya memuji kualiti vokal yang dimilikinya selain tak kurang yang teruja melihat perkembangan seni Erissa di dalam sepotong video yang dikongsikan kami di TikTok.
Watch on TikTok
“Dia hit note tu macam senang je. Range dia mesti tinggi. Go Erissa fly high.”
“Suara dia dari kecil memang sedap, minat minat kat dia.”
“Wow besar dah Erissa, lawa lagi. Memang best suara dia.”
“Dia telented giler kot.”
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima hampir 500,000 kali tontonan yang disusuli dengan ratusan komen pelbagai netizen.
Terdahulu, Erissa dijemput sebegai artis undangan pada saingan (ICFW) yang dikhususkan pada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) anjuran pereka fesyen, Jonathan dan Farel Mikhail (FM Group) yang sekaligus memberi dedikasi kepada golongan sasaran untuk sama-sama terlibat tunjukkan bakat.
Kali ini, empat IPT telah dipilih iaitu Taylor’s University, ESMOD Kuala Lumpur, Universiti Teknologi MARA Shah Alam (UiTM Shah Alam) dan Kolej Komuniti Selayang dan keputusan pemenang akan diketahui hari ini.
“Sebenarnya, sehingga ke hari ini kami menerima permohonan dari banyak IPT untuk menyertai pertandingan ICFW. Namun, untuk anjuran kali ketiga ini, kami hanya memilih empat IPT sahaja kerana mahu lebih fokus dan pentingkan kualiti.
“Insya Allah, ICFW tahun depan kami akan libatkan lebih banyak IPT untuk menghantar peserta. Apa-apa pun kami lihat juga kesungguhan dan rekaan yang bakal ditampilkan. Ini kerana, kami mahukan sentuhan baharu, kreatif dan idea luar kotak terhadap busana tradisional.
“Dalam masa yang sama, ICFW adalah platform buat mereka untuk dikenali dan terus ‘terbang tinggi’ dalam bidang rekaan fesyen. Melalui pertandingan seperti inilah bakat mereka boleh digilap dan bersaing secara sihat,” kata Farel.
Farel ditemui media pada acara ICFW (sesi pelajar IPT) di Menara Affin, Tun Razak Exchange (TRX), Kuala Lumpur.
Sementara itu, Jonathan berharap ICFW mampu menjadi pemangkin kepada anak-anak muda di IPT untuk menyerlahkan bakat mereka.
“Saya rasa berbangga apabila ramai anak muda yang cenderung memperjuangkan busana tradisional yang merupakan sebahagian daripada budaya kita. Inilah masanya untuk mereka membuktikan bakat atau kebolehan mereka.
“Ada sesetengah pelajar lepasan jurusan fesyen, mereka tiada tempat untuk memperlihatkan karya mereka dan terus melebarkan sayap dalam bidang fesyen. Jadi ICFW inilah peluang buat mereka,” katanya.
Lebih sengit, empat IPT yang terlibat turut berentap dengan pereka fesyen muda yang sudah mempunyai jenama sendiri.
Precious Of Malaysia disokong oleh Jabatan Warisan Negara dan Kementerian Perlancongan, Seni dan Budaya.
Selain ICFW, Precious Of Malaysia juga akan menganjurkan Hari Tanjak Malaysia bersempena bulan kemerdekaan pada 10 Ogos ini di Pavilion Damansara heights mensasarkan 1001 orang hadir memakai tanjak pada hari tersebut.
Sempena acara berkenaan, turut dianjurkan pameran dan booth bermula 5 hingga 11 Ogos dan orang ramai dijemput hadir dengan mengenakan tanjak bagi memeriahkan lagi acara.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Pelik, Namun Saya Tetap Sapu Sehinggalah Kali Kedua Jumpa Benda Sama,” – Pernah Kena Santau, Ezlynn Dedah Misteri Serbuk Berpasir Dalam Stor Rumah!

“Kebanyakan pakar perubatan Islam yang saya jumpa, memang mengatakan ada orang yang nak sampaikan sesuatu, nak bagi kita nampak buruk.” Itu pengakuan penyanyi, Ezlynn yang beberapa kali terjumpa serbuk berpasir misteri di rumahnya sebelum ini.
Menurut Ezlynn atau nama sebenar, Azline Ariffin,40, dia bagaimanapun tidak mengetahui siapakah individu yang ‘menghantar’ benda tersebut.
“Dia bukan santau, tapi ia berkaitan dengan amalan ‘pelalau’. Rumah saya besar, duduk pula seorang. Ia ‘diletakkan’ di tempat kasut di dalam stor.
“Saya jarang ke sudut tersebut. Pada awal saya jumpa, tak kisahlah… saya ingatkan pasir, mungkin saya fikir ia datang daripada tapak kasut.
“Tapi kasut tersebut saya tidaklah pakai untuk masuk hutan, rasa pelik juga. Namun saya tetap sapu sehinggalah kali kedua saya jumpa benda yang sama beberapa bulan selepas itu, buatkan hati saya terdetik.
“Jadi saya kumpul dan tunjuk pada mereka yang lebih arif, mereka kata kemungkinan ia berkaitan dengan perkara yang tak baik,” katanya.
Ditanya sama ada dia berubat bagi mengekang perkara tersebut dari terus berulang, pelakon filem Zombi Kampung Pisang itu memberitahu, dia dinasihatkan untuk melindungi diri dengan mendekatkan diri dengan Allah SWT selain membaca ayat suci al-Quran.
“Sebelum ini saya pernah kena santau dan pernah berjumpa dengan ustaz untuk berubat. Katanya, orang yang ‘buat’ kita ni akan cuba untuk ‘buat’ kita sampai bila-bila. Dia tak kan berenti dan puas hati.
“Jadi, saya sendiri yang perlu ubah cara hidup, maknanya jaga solat. InsyaAllah ia boleh sembuh dengan sendirinya. Setiasa dekatkan dirinya dengan Yang Maha Pencipta.
“Malah bila baca al-Quran, ia sudah lengkap untuk diri kita, baik dalam soal kesihatan dan segala-galanya.
“Saya cuba amalkan sebagai pendinding diri sendiri. Sekarang perkara itu tidak berlaku lagi. Alhamdulillah. Saya tidak rasa takut atau bimbang sebab Dia ada,” katanya lagi.
Ezlynn ditemui pada majlis pelancaran Sabun Toyyib, sabun pewangi dengan tekonolgi Endcap pertama di Malaysia dan berstatus halal di Klang, Selangor, baru-baru ini.
September lalu, penyanyi Hi Hi Bye Bye ini tertanya-tanya apabila beberapa kali terjumpa serbuk berpasir di salah satu sudut kediamannya.
Malah menerusi perkongsiannya di Instagram sebelum ini, serbuk berkenaan sentiasa ada di tempat tertentu biarpun telah dibersihkan berkali-kali.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI